H1N1: 3 lagi kematian dicatatkan
KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian dicatatkan akibat wabak Influenza A (H1N1) menjadikan angka kematian kini meningkat kepada 18 kes.Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini, pagi tadi – berita terbaru 08/08/09
Gerun sungguh untuk mengetahui semakin hari semakin ramai orang meninggal akibat Selesema Babi ( H1N1 ) sedangkan ubat untuk penyembuhan belum lagi ditemui . Kita hanya dapat berdoa dan berusaha memastikan ahli keluarga sendiri mengamalkan beberapa langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut .
Salah satu nasihat untuk mengawal jangkitan adalah dengan mengamalkan adab batuk yang baik .
Mengapa mesti menutup mulut ketika batuk atau bersin?
Penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kohol, sistem pernafasan akut yang terusk (SARS) dan tibi merebak melalui batuk dan bersin.
Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
Kita boleh hentikan penyebaran kuman semasa sakit dengan memakai penutup hidung dan mulut ( mask ) atau pun palingkan muka daripada orang lain atau makanan sewaktu batuk atau bersin.
Tutup mulut dan hidung dengan sapu tangan atau tisu ketika batuk dan bersin. Β Buang tisu di dalam tong sampah selepas digunakan. Β Jangan berkongsi sapu tangan dengan orang lain. Jika tiada pilihan lain, gunalah lengan baju atau skaf tetapi pastikan tidak bersentuhan dengan orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar.
Jangan pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai. Anda mudah menjangkiti atau anda mudah dijangkiti. Jika terpaksa, gunakan penutup mulut dan hidung ( mask ).
Beberapa fakta mengenai Influenza A ( H1N1 )
- Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
- Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
- Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.
- Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1).
- Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100Β°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul.
- Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.
Rujukan : Laman web rasmi H1N1 [ h1n1.moh.gov.my ]
huhu..bahaya betul selsema nih.. π‘
@abrablog, ubat belum ada pula tu.. π
kamu, nak tahu tak minggu lepas di sabah ada pesta gatah tiba2 orang2 disana dah terjangkit A [H1N1].
@ANGLE JOHN, itulah….virus ini mudah disebarkan…kena berhati2 dan berjaga…setiap orang perlu mainkan peranan masing2…
Isteri saya jadi takut pulak nak keluar rumah.. hari ni tukar program untuk duduk rumah je.. lepas tu mintak belikan mask sebab semalam masa pegi Tesco ada keluarga yang pakai mask.. macam-macam..
@nuaeman, Kak Jie tadi pergi beli barang2 dapur..hanya kami anak beranak yang pakai mask…orang lain tengok saja…rasa macam kami ni alien π
Goverment should be responsible to all these…. Kalau kita tak fikir sangat pasal $. Close the border. Jangan kasi org luar masuk, mungkin tak seteruk ni. Yalah imported cases yg banyak. la..ni dah terlambat.. dah kena kat local. dalam Islam pun ada cakap; kalau ada wabak, yang kena jgn keluar,, yang di luar jagn bagi masuk. yalah $$$ punya pasal. Sangup tanggung rugi, mati pun takpe. Really sad.
@yan, kita sendiri pun tak ada kesedaran…. cuba tengok keadaan sekeliling kita, berapa ramai yang pakai mask dengan tak pakai sedangkan kita faham virus tersebar melalui batuk dan bersin.
thanks kak Jie.. memang neeza dok mencari artikel pasal H1N1 pun.. sebab kami ni baru baik dari ILI (cewah.. dah pandai sekarang huhuuu..). Alhamdulillah.. cuma sikecik tu still batuk lagi.. kesian pulak dia.. semoga kita semua dijauhkan dari penyakit tu kan..
.-= Neeza´s last blog ..Musim pindah randah? =-.
@Neeza, tak semua yg demam dan batuk tu ada h1n1 , cuma mereka berisiko lebih je…kena tau kita kat level mana…jgn panik , bertenang…
Tapikan sojak duo monjak ni, ramai lak yg keno athma dan domam. huhuh
tambah lah laie haru tu kanzz.. huhuhu
.-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.
@maza, mmg ramai pun, pergi klinik……….ramainya orang. majoritinya demam
omak den nak datang kek sini, di KL ni..
tapi den tak borikan.. sbb eh takut keno domam dan semput lak.. terutamo udaro kek KL ni tak menentu. kojap corah, kojap jorobu..
apotah laie bilo den tengok’an di hospital mahal dan klinik mahal.. ponuh orang! huhuhu
takut den domam najis mughalazah tak boleh samak itu melarat kek omak den.. dah lah omak den tu umur eh baru 59 thn gitew. huhuhu
.-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.
@maza, ooo.. kalau mcm tu tak payah datanglah… keadaan cuaca dan persekitaran mmg tak membantu…sesak kt Kl ni..mcm berebut oksigen.
rasanya macam kes sebenar jauh dari yang dilaporkan. takut rakyat panic kot. tadi iza pi hospital lawat anak sepupu yang suspek leukimia, ramai betul yang pergi hospital untuk periksa tahap kesihatan. hospital la ni penuh belaka..dasat lah. seram fikir pasal h1n1 ni π
@iza, terfikir juga macam tu… tapi memang panik jiran tetangga….TAPI cakap je takut, gerun………tak pula lindungi diri sendiri…tak de sorang pun keluar pakai mask..
itu mendedahkan diri utk dijangkiti…
byk info pasal H1n1 ni dlm web, tp setakat mana org kita amalkan pemakainan mask ni n cara pencegahannya… kalu pakai di tempat yg takde org lain pakai, semua org pandang semcm je tambah2 kawasan kampung…. hai… mcmana la masyarakat kita berfikir….
.-= jue mj´s last blog ..HARI JADI ABANG SYAUQI – YG DIPERCEPATKAN… =-.
@jue mj, betul tu…byk info..cara batuk, cara cuci tangan.. cara pakai mask tapi setakad hari ini ramai tak amalkan………
kami pakai….HANYA kami sekeluarga….orang tengok macam kami pembawa penyakit..sedangkan kami hanya melindungi diri dari mereka yang mungkin pembawa π
orang lelaki tak takut H1N1. Yang mereka takut B1N1…
@BDewa, erk….org lelaki tu termasuk BD ke? π
amalkan pemakaian mask..ade kajian di tv jepun kate pakai mask sahaja boleh kurangkan partikel atau zarah2 dari batuk tu drpd terkena orang lain sebanyak 90 percent lebeh..hehe..
nice info kakjie!!! i like~hehe π π
.-= cikun-kun´s last blog ..my ζθ¬ο½ =-.
@cikun-kun, ye ke..bagus juga apa yang dibagitahu kerana ramai tak sedar betapa pentingkan memakai mask…. ramai rasa sipu2…segan dan malu
semakin seram! rasa fobia pada dunia luar.
perkara paling penting yang diambil berat ialah berkenaan sistem daya tahan badan. lebih ringkas iaitu sistem imun.
.-= megat´s last blog ..Musyawarah, Sejauh Mana Kita Menghayatinya!? =-.
@megat, Betul tu, Kak Jie mmg mengelak utk keluar .
Kesedaran orang kita masih kurang….masih kurang yang pakai mask
wahhh…dah tukar theme erk…..dengar jugak komen dari kita π ….kita nak dengar pendapat orang lain tentang kak jie
.-= kita´s last blog ..Menariknya Kujie2 ( Kak Jie ) Pada Aku =-.
@kita, NI theme lama, Azman Ishak ( kruger ) yang bagi . Warna asal merah, dia jadikan purple tapi Kak Jie tukar hijau…tetapi ada beberapa kelemahan yg kak jie tak dapat selesaikan hingga kita… border terlalu besar..dah cuba tak jumap2 nak edit kat mana…
Memang sungguh menggerunkan. Kak Long bimbang dengan kes demam dalam kalangan pelajar yang semakin meningkat. π
@Kak Long, Murid sekolah anak saya , 30 orang demam…. minggu ni dan minggu depan musim peperiksaan bulanan pula tu…
Ni ujian Allah kepada manusia yang semakin jauh dengan Allah…..marilah kita kembali kepada-Nya Allah Maha Esa
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
@denaihati, bala ini bukan sekadar ke atas mereka yang ingkar tetapi kepada semua manusia di kawasan tersebut
H1N1 ini semakin menjadi-jadi. Semakin menular dan sukar dibendung. Haih…harap-harap Tuhan dapat memberkati kita untuk menempuh saat genting. π Saya takna sesiapa lagi yang menjadi mangsa kepada virus ini.
@tekkaus, Kita kena ada kesedaran untuk mencegah, contohnya kalau tahu diri mengidap, berhati2 supaya tidak menjangkiti orang lain.
Akhir zaman…
.-= kruel74´s last blog ..Today is our 6th Wedding Anniversary!!! =-.
@kruel74, salah satu tanda-tanda …bersediakah kita
hoho info yang menarik !
.-= MrRoll´s last blog ..Vote For Your Favourite Artist On Vma =-.
@MrRoll, sejak anak saya demam, memang hari2 cari info ttg selesema babi.