Beberapa hari lepas, saya terbaca berita Timbalan Perdana Menteri melancarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M), dengan tujuan untuk membantu IPTA dan IPTS menghadapi kenaikan kos harga barangan. Kad diskaun KDS1M akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti.
Pelajar perlu menunjukkan KADS1M berserta Kad Pelajar sebagai bukti untuk mendapat diskaun. Pelajar tidak perlu memohon sebaliknya maklumat pelajar akan diberikan oleh IPT kepada kementerian dan pihaknya mengutamakan pelajar tahun akhir terlebih dahulu.
Katanya, kerajaan tidak menanggung sebarang kos, sebaliknya ia merupakan pendekatan ‘tanggungjawab sosial korporat’ oleh Bank Rakyat yang membiayai kos pengeluaran kad,
Khabarnyanya idea bernas daripada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ini menawarkan kadar diskaun antara lima hingga 60 peratus. Dah ada 51 syarikat yang bersetuju untuk memberikan diskaun melalui kad KDS1M meliputi buku, alat tulis, pakaian, makanan, barangan IT, perkhidmatan kesihatan, termasuk juga percutian.
Saya ada 2 anak lelaki yang sedang belajar di institut pengajian tinggi. Sebagai ibubapa yang menyara pengajian anak-anak saya juga berminat untuk mencari informasi mengenai barangan atau syarikat yang memberikan diskaun tersebut.
******************************
Syarikat dan Koperasi yang menawar Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) .
Kedai Buku
- MPH Bookstores
- Imlaq Book Centre
- Borders (hanya di KL)
- Rona
- Kiang Trading
- Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
- Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
- Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
*Kiang Trading – Diskaun 10% pada semua produk, kecuali pada item promosi, fotostat dan binding.
Pakaian
- Bata
- Ifamily
- Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
- Texline Lino
*Bata – Discount 10%
*Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad – Diskaun 10% hingga 45% bagi produk terpilih
Syarat
1. Pakaian Batik
• 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)
• 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)
• 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)
• 30% (Kain pasang cotton/fuji)
• 25% (Kaftan)
2. Songket
• 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)
• 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)
3. Samping
• 20% (Corak istana)
• 20% (Corak bunga abor)
Kesihatan
- Poliklinik An-Nisa’
- Qualitas Health
- Focus Point
- Menara Optometry
Makanan dan Minuman
- KFC
- Daily Fresh
- A&W
- Coffee Berry
- The Chicken Rice Shop
- Restoran Kenny Crab
- Sweet Chat
- Legend’s Claypot Briyani House
- Dubu Dubu Seoul Food
- My Java Coffee
- Pancake House International
- Station One Product
- Gloria Jean’s Coffees
- Bangi Kopitiam
KFC – Diskaun 5%
Syarat
1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.
2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.
A&W – Diskaun 50% diskaun ke atas mana-mana pembelian minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter
Penginapan
- Ancasa Hotels & Resorts
- Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
- Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
- Jerejak Rainforest Resort Penang
- Ancasa Express Pudu
- Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
- Leo Express Hotel
- Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
- Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad
- Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
- Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
- Rakyat Travel Sdn. Bhd.
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja
Salun / Pusat /Produk Kecantikan
- Foot Master
- Paris Hill
- Proactiv
- Clara
- Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%
*Proactiv – Diskaun 5%
Syarat
1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas dan Galaxy Ampang sahaja
2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain
3. Tidak sah semasa event/ roadshow
4. Diskaun:-
• Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%
• Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%
• Semua single item – diskaun 5%
Produk IT
- Koperasi Celcom Berhad
- Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% bagi produk dan perkhidmatan terpilih
Syarat
- Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian
- KOPCEL Shoppe – 5% bagi ‘Non PLU product’ iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman mineral water dan makanan bergoreng
- Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi
Lain-lain
- Bkz Bikerz
- Roller Star Arena
- Double Site
- Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
- Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
- Mydin
Bkz Bikerz – Diskaun RM100 bagi motosikal terpakai dan RM200 diskaun bagi pembelian motorsikal baru model BKZ
- Diskaun 10% – 20% pada harga aksesori motorsikal
- Sewa Motorsikal dari RM80.00 sebulan
- Percuma caj upah pekerja bagi safety checking
Senarai syarikat dan produk adalah seperti pada hari entri ini dikeluarkan, mungkin ada penambahan atau sebaliknya. Senarai ini saya ambil dari laman web www.1pengguna.com
**********************************
Dari semua senarai di atas, anak saya hanya memerlukan keperluan kesihatan iaitu cermin mata. Anak saya tak perlu batik satin, samping corak istana atau Clara untuk produk kecantikan.
Lain -lain keperluan asas dan utama seorang pelajar adalah makan, minum, penginapan, kos printing, fotostat atau binding. Makan di KFC bukan keperluan asas seorang pelajar.
Kalau buat kupon makan kat cafe universiti, kupon fotostat , diskaun sewa rumah tak membantu ke? Nampak macam idea makcik-makcik kampung aje , kan…..
Bab percutian tu yang paling menarik. Terus terang, anak sulung saya sejak menjadi pelajar institut pengajian tinggi tidak pernah berpeluang untuk bercuti. Agak menarik bila percutian menjadi satu keperluan bagi pelajar sehingga diberikan diskaun.
Saya bayar kos pengajian anak saya antara 3,000 hingga 4,000 satu semester dan sara diri antara 700 ratus sebulan termasuk sewa rumah rm 250. Saya tidak ada bajet untuk membenarkan anak saya bercuti atau duit poket untuk pembelian tidak perlu.
Bila difikir-fikir, mungkin keperluan asas kami orang biasa berlainan dengan pelajar lain… orang lain lain keperluan dia, kan…
Bagi pelajar lain yang mendapat pinjaman pengajian, mungkin mereka lebih mewah sehingga memerlukan percutian menjadi satu keperluan.
©kujie – sebagai surirumah, saya perlukan Kad Diskaun Mesin Lipat Baju 1Malaysia ……hiks!
Garlic and Asparagus will make your urine smell and tast bad.
I’ve collected some good songs for making such a slideshow.
We’ve all had at least one ex who we couldn’t
get over.
Dah la lapar mencerut td. KFC je paling dekat. Bila nak guna kad diskaun siswa (konon), cashier dia ckp tak boleh guna kad ni sbb pembelian kurang RM10. Kau rasa patut ke tak patut? Nasibbaik aku tak bertukar jd hulk mau aku tumbuk je muka cashier tu. KFC penipu besar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dah la bagi diskaun ciput, siap byk syarat lagi. Lepas tu bila pegi KFC branch lain, ada syarat lain pulak? Syarat mesti pembelian RM20 ke atas utk student? Apesal tak tulis kat kad tu, ‘kami akan bagi diskaun ikut suka hati mak bapak kami jek’. Kau ingt student keje dia buat parti mkn je ke? Blah lah KFC & government same je. Aku pon rasa kos buat kad tu lagi besar drp diskaun yg aku dpt selama ni. Takde impact.
Aku amik PJJ, dapat kad diskaun nie… beribu dah habis utuk blajar… Guna gaji sendiri, guna duit keja lebih masa, x mengharap pinjaman mana2… bila kad nie timbul rasa mcm di perbodohkan ja.. berapa la kos nak buat kad, promosi, dan edaran kad nie shj?? Mmg betul blajar kat MARA semua dapt tajaan… klu dah dapat TAJAAN KENAPA NAK KELUARKAN KAD yg memerlukan KOS??? Lepas tu apa yng tawaran diskaun nie semua mcm sampah… x bagi pon x apa… hanya penyedap mulut ja… x percaya??? P KFC guna kad nie… diskaun apa dia bg??
sikitnya diskaun….silap silap kalau pergi kedai lain lagi murah…harap semua dpt servey dulu harga tempat yg bole guna terima kad ini….rasa harga kedai yg terima kad ni semuanya mahal mahal brbanding kdai biasa.
sikithya diskaun…
Penggunaan kad sangat membantu pelajar sekiranya senarai kedai dan syarikat yang terlibat secara menyeluruh tidak hanya terletak di negeri2 tertentu sahaja, biarlah semua keperluan pelajar seperti keperluan dan alatan IT diberi keutamaan memandangkan sekarang ini zaman IT.
betul 2..
saya salaseorang dari pemegang card siswa tersebut…
bgai mna saya nk mnggunakannya kalau kedai2 y brnama tidak berada di kawasan saya…
Salam…..
Kita sebagai rakyat Malaysia ni sepatutnya bersyukur…..kerajaan dah buat benda baik pun nak kutuk juga.lebih baik ada daripada tak ada……tak bagi bising dah bagi pun bising…..buka mata…..buka minda….kalau kita nak bandingkan dengan beberapa negara kat dunia ni kita jauh lebih baik…..jgn sentiasa berfikir negatif….
saya suka ayat “buka mata” tu…sebab entri ini mengajak orang lain membuka minda dan mata terhadap kepelbagaian kehendak dan keperluan.
perbezaan pendapat adalah salah satu cara kita membuka minda.
betul cakap rbnizam, kita perlulah sentiasa bersyukur. dah diberi diskaun kira okaylah tu..lagipun dalam dunia ini tiada yang percuma kecuali surat khabar ‘the sun’. kalau semua benda percuma, dimana datangnya usaha,penat lelah dan penghargaan terhadap benda tersebut. janganlah mengharapkan usaha orang. kalau kita mahukan sesuatu kita usahakan sendiri.
Buka minda kepada yang mempermainkan KITA. Kenapa perlu adakan sesuatu yang tidak berguna? apa motifnya? berpa kosnya? apa kebaikanya? apa objektifnya? pelajar2 universiti tertumpu hanya 1 kwsn shj ka? Dimana nilai MORAL kebertanggunjawaban kepada pelajar? Ya bersyukur apa yang dapat… tp Redho di diperbodohkan??? Redho diri dipandang enteng?? redho dipergunakan dan diperalatkan demi kepentingan DIRI seseorng???
insyaalllah buku jingga menjanjikan pendidikan percuma =) selamat berusaha semua…semoga pendidikan kita percuma…waktu tu baru boleh pk nak g kfc…. =)
okla kalau ikut sy x perlu langsung diskaun tu…itu untuk lifestyle bukan asas……… yg asas mahal..yg perlu murah….xde gune
kalau guna kad siswa ni, maximum diskaun kat KFC adalah RM1 sbb hanya dpt 5% diskaun sehingga pembelian RM20 sahaja.
serius..memang xmembantu..mane nak cari semua kedai tu..yang tau MPH bookstore je..KFC..xkn nk mkn hari2..Satin..Songket..sape yang pakai?? salon bagailah..memang x rasional langsung
hari raya nanti still boleh pakai kad tu kan.. masa tulah pakai songket dgn satin tu..
saya sokong…
mahal nye yuran satu semester… sy belajar degree kt uitm course engineering.. yuran pengajian maximum rm500 stiap sem.. kiranya 4 taun belajar just rm4 ribu yuran pengajian.. rasanya discount tu x semestinya untuk perkara belajar je… Tension la… duk study jer.. x toleh keluar.. duduk bawah tempurung la…
oooo baguslah…. yuran pengajian murah
jadi belajar elok² ye nak..gunakan peluang yang ada tu sebaiknya
kerana diluar sana ramai yang terpaksa bersusah payah tanpa PTPTN atau pinjaman pihak lain… cuba semak dgn IPT lain….. keluar dari tempurung.
Ko bole lah yuran murah…u lain ko tak pikir….adoooiiuu …
sy sbg seorg pelajar menyarankan supaya di lakukan kajian dulu utk senarai kedai tu. keperluan bg kebanyakan pelajar xde kene mengena dgn rawatan kecantikan, bercuti sana sini, mkn mewah2 (kbykn nama kedai mkn tu sy xknal), dn baju songket bagai, sy cuma nk diskaun utk tambang bas dn kapal terbang, diskaun mkn dlm kwsn u, diskaun utk baju harian dn kasut, brg2 keperluan (sabun, jajan, perkakas belajar), brg IT (pndrive, hardisk, laptop). sy rasa tu pun sudah memadai. bg sy yg lain tu cuma KEMEWAHAN bkn KEPERLUAN.
saya sokong..
sebagai seorang pelajar, saya juga sokong…
sal xdpt komen ni
ala xbest langsung…hanya tmepat tetrntu je dapat diskaun..lau bg diskaun tuk tmbang balik kampung xpe jg..kain batik semua 2, harga mesti bratus..lau dpt diskaun pn hrga msti still mhal..student bknnye pakai sgt pn kain batik 2..lau bg diskaun untuk tiket bas ke, train ke, xpe la jg..untuk penginapan pn, bukan semua hotel dpt diskaun..apelah, lau btol2 nk tlong rakyat bt btol2..stakat diskaun cmni, xbbaloi pn..
ala xbest langsung…hanya tmepat tetrntu je dapat diskaun..lau bg diskaun tuk tmbang balik kampung xpe jg..kain batik semua 2, harga mesti bratus..lau dpt diskaun pn hrga msti still mhal..student bknnye pakai sgt pn kain batik 2..lau bg diskaun untuk tiket bas ke, train ke, xpe la jg..untuk penginapan pn, bukan semua hotel dpt diskaun..apelah, lau btol2 nk tlong rakyat bt btol2..stakat diskaun cmni, xbbaloi pn..
Ini bisa membantu menghemat pengeluaran para siswa, bagus tu..
untung budak-budak zaman sekarang ye..
memang untung sangat -sangat. Tak sempat den nak merasa semua ini sebab dah habis study…
Kalau macam ni, saya pun nak daftar jadi student, banyak manfaat ni.. best.
mahal jugak kos anak kak jie satu sem.. hmm,kad ni macam saya akan lebih guna kat KFC tak pun kedai buku je. hehehe
Terkejut dengan senarai peniaga yang terlibat. Pendapat peribadi ada yang perlu dan ada yang tidak. Objektif utama kad ini adalah untuk meringankan ibubapa dan pelajar. Zaman saya tidak ada semua itu, ada ketika terpaksa mengikat perut dan bekerja sambilan untuk menampung kos sara diri ketika belajar.
Macam pelajar kita diluar negara dibenarkan bekerja sambilan dan mengharap ia digalakkan juga di Malaysia. Majikan dapat menerima siswazah sebagai pekerja part time mereka yang pembayaran bergantung kepada jam.
Assalamualaikum,
Tercari2 yang mana satu boleh dapat diskaun 60% tu?
Kalau ikut pengumuman asal tu, student master dan phD pun akan dapat, tapi berita terkemudian tulis, pelajar tahun akhir diberi keutamaan. Tak tahulah mana satu yang terkini boleh diterima pakai.
sebagai pelajar, saya lebih memerlukan diskaun untuk buku2, alat tulis, toner, komputer dan makan yang murah berbanding hias kuku dan facial. Diskaun paling tinggi 50% untuk kaca mata. Sem depan boleh tukar kaca mata baru… 😉
salam kak…kalau nak buat cermin mata dtg kedai papa mifz…focus point jugak…tak yah tunjuk kad tuh pun xpe…lagi special diskaun nyer…;)
kakjie, ni untuk student under graduate ke student master boleh dapat sekali ek?
dia ckp pelajar tahun akhir…. kenapa perlu kad ini lagi ye kalau syaratnya perlu disertakan Kad Pelajar.
Tunjuk aje Kad Pelajar, otometik dapat diskaun.
hehe…bagus soklan kak jie ni…
rasanya sbb nak menunjukkan “kewujudan kad” dan “ada kerja” yg telah dibuat…hehehehehehe
Kalau pinjam kad nak gi cuti-cuti Malaysia boleh ke?
tak nak pinjam pergi buat nail manicure ?
Sebagai bekas pelajar IPTA:
1. Kedai buku – OK la. statinoary, fotostat, binding (pun bagus).
2. Pakaian – pelajar takde nak pakai satin, sutera, songket diraja, kaftan, cotton VIP segala. pakaian pelajar selalu yang simple je. tak perlu iron lagi bagus.
3. Kesihatan – bagus sbb saya pun rabun. sakit sikit2 tu biasa la normal. kalau dapat diskaun untuk dentist pun saya suka yg amat sgt.
4. Makan minum – kalau dapat diskaun kat cafe universiti & kolej kediaman sangat sokong. tapi sebab yg diberi diskaun utk makanan segera yg menggemukkan lagi takde khasiat tak payah.
5. Penginapan hotel – TAK PAYAH. nanti ramai pulak gi hotel buat benda entah apa2.
6. Salun – TAK PAYAH. masuk u nak belajar. bukan nak catwalk show off kecantikan diri. nanti fokus nak cantik je bukan nak belajar. duit habis beli mekap dan set rambut je pulak nanti.
7. Moto – tak payah pun takpe. yg ada kenderaan pun ramai datang lambat ke kelas. yg naik bas u lagi awal datang. lagipun yg ada transport ni lagi byk duit habis gi merayap. yang takde transport ni bertapa je la kat hostel buat apa yg patut.
***Bagi la diskaun tambang perkhidmatan awam (bas, train, dll). Nak balik kampung jauh. Memang banyak kos tambang pergi balik dulu. TQ
Betul -betul – anak kak jie nun jauh di Kedah. Tiket untuk sehala RM 47.00
Terbaik! Saya bagi 5 bintang!
Kenapa agaknya diskaun spti ni takda dalam senarai? Semua ahli majlis mesyuarat macam tak pernah jadi pelajar je? erm….
p.s-idea ‘kekampungan’ camnilah yg rakyat nak…leh jadi YB ni =)
apa pun, kat usm kampus kesihatan tempat farah belajar berduyun student beratur ambil kad siswa.. takpelah, baik ada dari tak de. Mana tahu nak guna jgak nanti
Amat munasabah sekali.
lebih baik ada drpd tak ada..kalau tak nak guna kad itu jgn guna…tak rugi pun kalau dpt.lagipun itu sahaja kedai YANG NAK participate dlm kad siswa ni..offer yg diberikan adalah offer dari kedai
Student selalunya habis duit sebab MAKANAN, BUKU dan duit TAMBANG BAS balik kampung. MInta perbanyakkan kedai2 yang berkaitan. Yang lain2 tu rasanya tak perlu kut.
*Bukan tak reti nak bersyukur cuma bagi cadangan supaya ada penambahbaikan untuk masa hadapan.
terima kasih tips tersebut. hehe 🙂
kalau nk diskaun Paris Hill ke, ajaklah anak² Kak Jie…dua orang tu ada kad
loh.. whatever la.. asal dpt ke paris hill ye kak? rasa mcm penting jgk ek bercuti..
entri ini ada ayat ” tiap orang berbeza cara hidup” jadi..mestilah kita berbeza keperluan
bersyukurlah dengan apa yang diberi..dah nama pun CSR daripada pelbagai pihak…jgn igt semua kedai nak bg diskaun..bukannye semua kedai hak kerajaan pon, kbnyakan yg bg tu syarikat persendirian @ swsta..kalau mak cik buka kedai pun belum tentu mak cik nak bt CSR bg diskaun..at least mereka yg bg kerjasama ni pun da di aggp ckup baik…maaf berkasar..tp jgnlah jd org yg xtau erti bersyukur..psal yuran pengajian anak mak cik yang beribu2 1sem tu…sy pun hadapi bnda yg sma jgk tp atas kjayaan dan kesedaran diri sndiri, alhamdulillah sy mndapat pembiayaan MARA…MARA tu nk bela ank bgsa kita dan bumiputera tp kita jek xsdar..lagipun krajaan da bg diskaun tuk pelajar cemerlang…ade mslah lg ker???…kalau anak kite tak cemerlang,jgn nk tunding jari tnjuk slah kt org lain…muhasabah diri dlu…kpd mereka yg nak pendidikan percuma…anda takut ker nk sahut cabaran kerajaan utk mndapat pembiayaan percuma sekiranya cemerlang??..adkh anda takut xcemerlang lantas anda bersuara begitu??…berikan pendapat anda
terbaik..syukur Alhmdlh kalo dpt kad ni,saya nk sgt tpi xdpt kg.. xpyh kita pk nk g cuti ke ape ke just grab pluang yg ade bli buku yg bpekdah. .tu kira kprluan asas student la kn?