Saya yakin selain dari Mid Valley dan KL Sentral, Stesen Komuter Putra adalah hentian paling sesak sepanjang minggu ini. Tetapi dibandingkan dengan kapatisi , Stesen Putra mengalami kesesakan paling ketara.
Anehnya setelah 30 minit bersesak² di sini, tiada seorang pun kakitangan bantuan/sokongan yang datang cuba menyelesaikan masalah ini.
Penumpang yang beratur membeli tiket di kaunter dan mesin telah menutup laluan keluar masuk penumpang lain yang telah membeli tiket dua hala. Penumpang dari dalam juga tak boleh keluar.
Cadangan saya – letak penghadang laluan keluar masuk atau seorang kakitangan yang menjaga laluan. Ramai yang telah mempunyai tiket tetapi terhalang untuk memasuki stesen.
Ini bukan pengalaman pertama seperti ini di Stesen Putra! Sepatutnya KTMB telah memahami dan telah bersedia dengan limpahan ‘kaki buku’
Tak boleh nak salahkan pengunjung yang dah berpeluh² dan hilang sabar kerana kita bukan di di hadapan bangunan Westminster Abbey melambai² pasangan Putera William dan Kate Middleton. Suhu maksimum di London 19°C, Kuala Lumpur 33°C.
Tiket komuter RM 20 utk 2 dewasa 3 kanak² , berdiri dan berpeluh macam dalam oven bergerak. Kalau memandu dari rumah kos tak sampai RM20 termasuk harga parkir , tetapi ruang parkir pula masalahnya. Dicampur tolak darab bahagi, tempuh saja .
Ada 3 buku baru
- Murabbi Cinta – Hasrizal Abdul Jamil – saifulislam.com
- Bukan Susah Nak Faham – Zahiruddin Zabidi – kalamkhalifah.com
- Travelog : Debu-debu Kota 1000 Menara – Mohd Farid Md Rashidi – faridrashidi.com
semua buku ustaz blogger
Assalamualaikum,
Kenapalah tak buat pesta buku ni sebulan…kan tak payah sesak-sesak macam nak melambai kate.
Sebab sesak, saya hanya tuju booth tertentu sahaja. Itupun dah melayang beratus-ratus. Kalau jelajah semua booth, alamat tak baliklah kekontangan poket tak mampu beli tiket komuter 😉
huhu…bertahun pendam rasa. duk kl dulu dapat gak gi. ni nak ajak cik abang macam nak gi america payahnya. 🙄
Salam,
Selamat membaca dan tahniah kerana menjadi salah seorang manusia yang suka membaca!
lamanya tak membaca buku…rasa teruja bila ramai orang beli buku…rasa nak mulakan baca buku la..
bangga rasanya melihat jem dan sesak itu sebab semuanya bersemangat mahu pergi ke Pesta Buku dan bukan ke Jom Heboh..hihihi..
ari tu fetch my sis naik kereta. mmg jam yg amat nak masuk pwtc tu
memang jadi tumpuan…rupanya rakyat negara kita ramai yang cintakan ilmu… tahniah buat kita semua… 🙂
bestnya dapat gi pesta buku. seronok sgt beli buku2 ilmiah camtu. saya suka buku2 berkaitan bisnes especially berkenaan tokoh2 bisnes atau rahsia sesebuah kejayaan syarikat besar 🙂
memang sesak… 😐
kakjie beli online kat mana? pe webnya?
Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kepada Puan Kujie kerana sanggup bersusah payah datang ke PBAKL dan seterusnya memiliki naskhah BUKAN SUSAH NAK FAHAM. Semoga ianya bermanfaat kepada puan sekeluarga dan sesuai juga andai dikongsikan kepada rakan siber puan di sini. Cerita-cerita pendek tersebut saya tulis selepas penelitian dan analisis secara nyata dan logikal di samping berasaskan perbahasan hukum-hakam agama.
Selamat membaca, wassalam.
nak pergi tapi tak sempat… 😉
tulah pasal..sebab stesen putra kecik je dia punya stesen..tu yang sampai jammed..kalau saya gi PWTC biasanya akan parking dalam stesen bas putra tu..tp mungkin time ni pun dah penuh..huhu..
Masa pergi – dalam pukuk 10.30 am, kami yg tren dari arah Rawang kena beratur sampai atas jejantas merentasi landasan untuk keluar….bayangkan……ramainya org kat stesen kecik tu.
Tak ada kakitangan yang pantau….itu pun nasib dia kutip tiket bukan keluar ikut mesin..kalau ikut laluan biasa tu..rasanya beratur nak keluar sampai Segambut!
Tahniah KAK KUJIE, berjaya sampai dan berjaya dapat buku idaman hati. Ada orang tanya kat mana booth yang jual buku Habibul Rahman, tapi sampai sudah tak jumpa. Adehhh…
masa pegi minggu lepas, dompet kawan saya kena curi…huhu…tak beli buku la alamatnya…kecian dia…
kagum dengan orang suka membace ni…
saya pergi hari jumaat. mcm tak byk je buku. atau saya yg tak habis ronda. bila dah sesak tu, rasa nak keluar cepat je. hehehe.
Buku-buku yang saya beli menunggu saya cuti 3 bulan bermula Jun ini 😎
Ingatkan mengunaka kenderaan awam dapat mengelakkan kesesakkan rupanya lain jadinya. Pihak KTM perlu lebih prihatin membantu pengguna komuter supaya berasa selesa ketika mengunakan perkhidmatan mereka.
Bagaimanakah nanti perlaksanaan tiket RM1 untuk OKU dan warga emas nanti?
Pesta Buku??… Huah!Huah!Huah. Nangis ketiak aku dibuatnya….
tak sempat kak jie…sibuk memanjang
er, sekurang-kurangnya saya pernah singgah ke blog-blog 3 penulis tersebut..
dah sampai masanya negara kita membuka ruang seluas-luasnya untuk merayakan budaya beli buku dan baca..
saya tak ergi pun takut anak2 tercicir dalam lautan manusia makluam ler anak2 kecil2 lagi , tk de pulak org nk tolong jaga ! heheh! 😛
tadi baca d blog TE menceritakan tentang lautan manusia yang bersesak-sesak ke pesta buku juga…belalang x pernah rasai lagi hal begitu…ngee
Beli online tu, cuma belum baca…. cuma buku Ustaz Zahiruddin saja , Jumpa beliau semalam
Buku Ustaz Farid masih baru – baru seminggu ini dilancarkan. Posmen baru hantar ke rumah.
kak jie,sy ke pesta buku hari jumaat.itupun mcm dah kt perkahwinan prince william n kate.
masa balik tu,di stesen putra trainnya ke pelabuhan klang jadi naik aje lah turun kt kl sentral utk tukar train. 2 kali percubaan nak masuk train gagal sbb terlampau ramai.
masa semua org tgh bersesak2 berebut masuk tu, ada plak 2 org polis yg menjerit2 tak ketahuan siap cakap “bodoh ke korang ni? bangang betullah!!” tak patut btul mereka bsikap kasar mcm tu. geram sy melihatnya.
emm,bila keadaan sesak mcm ni, siapa yg bertanggungjwb sbnrnya? perlu tak kerajaan tambah train tu bg byk ckit? sy pun tatau nak letakkan tggungjwb ni kat sapa spy mslh ni selesai kt malaysia 🙄
Saya dah ada 2 buku daripada 3 buku itu. Murabbi Cinta beserta tandatangan Ustaz Hasrizal di pesta buku tahun lepas.
Ustaz Zahiruddin baru sahaja saya temui Ahad lepas.