Isu Semasa

Penderaan seksual dan jenayah kanak-kanak

Ingat lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor yang ditujukan khas kepada seorang kanak-kanak, Adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Adik malang ini telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh kejam oleh manusia yang tak berperi kemanusian.Setelah 4 tahun, semalam Mahkamah Persekutuan telah membebaskan hukuman mati keatas bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan yang didapati bersalah membunuh adik Nurul Huda .

Bagi kesalahan merogol , mahkamah mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan . Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana dia kini berumur 52 tahun.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terlibat dalam kes itu.

Petikan – Bernama

Salah satu prinsip penting pertumbuhan kanak² ialah keperluan waktu bermain yang bebas dan panjang. Permainan penting dalam pembinaan peribadi seorang kanak². Ia juga ada kaitan dengan keperluan menjadikan mereka cergas dan sihat.

Lebih utama lagi ialah kepentingan untuk berinteraksi dengan kawan² dan persekitaran. Dalam proses seperti itu, kanak² akan melalui proses sosialisasi yang akan menguntungkan mereka untuk jangka panjang.

Pada zaman saya membesar, kami menghabiskan lima kali lebih banyak masa di luar rumah daripada kanak² zaman ini. Ketika itu tidak ada ‘gangguan’ lain. Televisyen belum ada, apa lagi internet atau permainan komputer.

Kanak² membesar sebagai sebahagian daripada proses bermasyarakat , milik komuniti dan boleh ditegur oleh semua orang.

Hari ini, peranan anggota masyarakat menjadi kacau bilau oleh pelbagai elemen dan pengaruh luar. Globalisasi, dunia tanpa sempadan, pengaruh teknologi maklumat dan kecanggihan peralatan moden mengubah cara manusia berinteraksi dan bermasyarakat.

Ibu bapa moden memilih untuk hidup di dalam kepompong keselamatan masing² .  Rumah menjadi benteng memisahkan mereka dan anak² dari luar. Segala-galanya dibayangi kekhuatiran terhadap keselamatan.

Kita tidak boleh menyalahkan kerisauan ini. Meningkatnya kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual ada kaitannya dengan fobia baru ibu bapa mengenai keselamatan anak mereka sehingga ibu bapa mendirikan tembok yang lebih besar bagi melindungi anak mereka.

Kepadatan penduduk, manusia yang tidak boleh dijangka dan sistem bermasyarakat di bandar tidak memihak kepada kanak² untuk hidup berdikari dan punya kebebasan tersendiri sedangkan ianya sesuatu yang diperlukan dalam proses pertumbuhan menuju kedewasaan.

Mendidik anak² memanglah tugas ibubapa, jadi apa yang ingin saya kongsi adalah cara saya sebagai seorang ibu mengawasi anak² saya . Saya melalui dan saya percaya teman² saya di luar sana adalah ibubapa muda yang mempunyai anak yang sedang membesar dan memerlukan  perhatian.

Baca beberapa tips yang pernah saya lakukan untuk peringatan kepada anak² saya dan moga ianya dapat membantu.
< Ini Intan – satu² nya kanak-kanak  di dalam rumah saya.

Laporan Blogawan lain mengenai kes yang berkaitan :

  • Baca pandangan seorang lawyer – Nurhidayaty Maidin – Kes Nurul Huda – Apa yang tak kena

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

52 thoughts on “Penderaan seksual dan jenayah kanak-kanak

  1. lelaki zaman sekarang memang gemar menjadikan kanak2 sebagai mangsa atau pelepas hawa nafsu.. jangankah menjadikan kanak2 sebagai mangsa anda!! mareka adalah kanak2 yg masih dlm proses mengenal dunia ini,..sygilah golongan muda kerana mereka pun mempunyai impian yg mereka ingin capai..huhuhuh

  2. OD tak pernah baca pasal kes ni until kes Allahyarham adik Nurin keluar. Masa tu, baru cari cerita tentang Allahyarham Nurul Huda ni. Sakit hati bila baca bagaimana dia dibunuh dan jenazahnya dibiarkan bertinggung di dalam tandas pos pengawal tu. Gila apa? Harapkan pagar, pagar makan padi. Ni bukan apa, dia orang ni suka baca majalah dan tonton dvd lucah. Inilah jadinya. Elok pun dihukum mati sebab orang macam ni, tak ada gunanya dia hidup kat atas dunia ni. 😡

    ODs last blog post..Temuramah Dengan Pelesit

    1. @OD, yap! memang menyedihkan..kan3! kanak2 zmn skrg perlu kan perlindungan drpd org ramai..bagi hukuman 2k para perogol perlu di beratkan lagi(ekeleh,bt mcm sida2 zmn dulu2) 👿 👿

  3. tak patut dilepaskan daripada hukuman sbb kalau org mcm tu takkan serik punya.kesian budak yg tak tahu apa-apa jadi mangsa.

  4. eeeeeee!! gramnya bla dengar asl penderaan keats knak2 :mad:bdh btl…xde prasaan ke diaorg nie…

  5. kekadang ada kes jd lama psl ada kepentingan tertentu kak jie…saya tahu ada 2,3 kes yg camtuh…psl melibatkan org2 penting..so diorang sajer delaykan… 👿

    |1f34|-|1r3s last blog post..More munchy’s & melamine issues

    1. @|1f34|-|1r3, contoh terbaru kes anak exco kat Johor kena tangkap khalwat tapi tak didakwa ye….. baca juga beberapa kes yang disapu bawah karpet.

  6. aku tumpang simpati jer la…ni kes nurul huda…syarlinie xjumpa lg…kes nurin pon senyap gitu jer…apa la nak jadi ngan malaysia ni

    |1f34|-|1r3s last blog post..How to change “Read More” in WordPress

  7. tak puashatikan? yang saya pelik macam mana dua lagi terlepas bebas.
    Yang berjaya ditangkap dah mengaku salah masih terlepas bebas daripada hukuman keras.
    Keluarga arwah yang trauma. Al fatihah.

    1. @zany, kalaulah yg terlepas tu dpt ditangkap
      adalah hukuman mati tu akan di bahagi 3 ( kalau 3 org )
      mati sorang sikit 😥

  8. kenapa orang merogol?? isk.. mungkin aku takleh jawab sbb aku takleh berfikir mcm mana perogol tu berfikir?? kenapa berlaku? rosak bahagian otak ke? atau rosak dalam hati… sememangnya mereka mmg rosak dalam iman.. lagi aku takleh fikir bila rogol budak? apakah sebenarnya dalam kepala perogol-perogol macam ni?? adakah kerana gen, sbb aku pernah tahu wujud gen tertentu dalam manusia yang mendorong seseorang menjadi ganas.. tapi itu hanya sains, sains yang cuba menjelaskan sikap manusia dab dunia, hanya dengan logik dan ta’kulan, ia tidak semestinya benar…bermacam hipotesis bermain didalam kepala aku… isk..

  9. di dunia mungkin dia dah dpt balasan yg sedikit. tapi di akhirat nnt ko cari lah anak tu utk minta maaf iye… tu blom kira balasan dr Nya lagi.. nauzubillah…

    Zanas last blog post..Selamat Jalan…

  10. saya pun baca news ni pagi tadi, tak tahu nak cakap macamana…. 😥

    Mak Sus last blog post..Cer cek infonyer, cer cek….. uuuhhhuuuuu, cerita hantu

  11. Perogol ni patut di kenakan sebatan tak kira usianya berapa. Masa nak buat keje tuh dia tak sedar ke yang rumah kata pegi kubor kata mari, dah tua bangka masih tak insaf. Nak lepas anak2 main beskal dpn umah pun tkt skang ni.

    julietchuns last blog post..Kerana Dia

  12. Salam….Tie rasa marah betul dgn keputusan mahkamah tu..tapi kita orang biasa ni tak tahu nak buat apa. Memang sedih kisah anak2 kecil diperlakukan dan dibunuh dgn begitu kejam. Tie tak boleh baca kisah mereka ni terutama kes nurin, kerana terlalu sedih dan banjir seketika..Hanya doa saja untuk anak2 malang itu.

    ties last blog post..Pandangan

  13. memerlukan org yg masuh berinsan dan hati mulia jugak yg jd hakim dan peguam.. kalu x.. org jht senang2 jer lepas.. sbb itulah, inilah..

    smaelzs last blog post..WOW! Sex on the Beach!

    1. @smaelz, kesalahan tu jelas, ada bukti
      cuma bersama org lain..agaknya kalaulah org ke-3 yg disyaki itu ada
      hukuman mati tu dibahagia sama byk ke?
      mati separuh

  14. @Kujie, bukan budaya kak, sebenarnya diorang tu gersang.. x dpt lyn pompuan, jd gay.. yg tanak jd gay pi rogol budak2 dan bunuh

    smaelzs last blog post..WOW! Sex on the Beach!

  15. Salamualaikum..

    Blog yang menyentuh hati saya.

    Andainya gadis malang itu hidup sekalipun…bayangkan kesan emosi terhadapnya.

    Allah Maha Adil

  16. kak jie… selain tanggungjawab ibu bapa, seorang anak/insan, apabila di luar… adalah telah menjadi hak & tanggungjawab masyarakat untuk memerhati. tanggungjawab sosial seperti yang telah dinyatakan oleh fuqaha ini adalah fardhu kifayah bagi setiap ahli masyarakat. malah menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi bidang fardu kifayah itu boleh bertukar menjadi fardu ain jika keperluan itu amat terdesak dan menjaga maslahah umat Islam. adakah kita juga memainkan peranan menjaga anak² orang lain di luar sana?

    1. @suealeen, Betul tu Su, kita selalu bercakap ttg kepincangan masyarakat sedangkan kita sendiri adalah komuniti dalam masyarakat. Kita yang sedar yang mesti memainkan peranan. Ia merupakan peranan semua orang dewasa di dalam masyarakat untuk memastikan kanak-kanak dan remaja merasa selamat di dalam kawasan tempat tinggal

  17. Salam kak jie…
    Bila dah banyak sangat kes yg menakutkan, tak ada pilihan lain untuk menjaga anak2 selain dari menghadkan masa di luar rumah. Tapi mmg sedih sbb anak-anak tak boleh rasa kemeriahan berada dlm komuniti.

    suaras last blog post..Bertahanlah…

    1. @suara, Intan nak pergi rumah sepupu dia, selang 3 rumah pun, kena Angah /Along yang hantar..atau diri depan rumah tengok dia pergi..sampailah dia selamat masuk dalam gate rumah kakak

  18. salah satu perlu diambil kira ialah golongan PATI..
    bukanlah semua, tapi segelintirnya memang kejam..
    👿

    menteils last blog post..Kekeliruan Contest

  19. owh kak
    sy baru je pas baca berita harian muka depan..
    confius gak nape terlepas…
    alasan ada org ketiga…
    emmmm

    sokong kata izzah
    budak2 skang x mcm dulu…
    bebas je bermain….
    🙂

    1. @emy@aldyst, dulu² kita ada Mak Ngah, Pak Lang, Tok Su, TokCik…Abang Teh…Kak Wan…sekeliling kampung ada pertalian saudara. Masing² tegur menegur…

  20. kak jie cuba baca blog nurhidayaty (lawyer), pandangan dia mengenai kes ini… dan semalam jugak tan sri zaki tun azmi itu telah dicalonkan oleh majlis raja² untuk dilantik sebagai ketua hakim negara menggantikan tan sri abdul hamid mohamad yang akan bersara.

    baca tentang dia dan sedikit perbandingan dengan kes lain di klang.

    1. @suealeen, posting ni save draft semlm, pagi ni baru cari bahan… kak jie semlm baca ummahonline, tapi belum jumpa artikel tu…
      Thanks Sue

  21. isu serius nie…memang menakutkan kalau membiarkan anak2 kecik nie bermain di luar sendirian tanpa pengawasan…kalau terlepas pandang sikit pun dah rasa berdebar2….tapi kadang2 bila dorang suruh temankan main basikal kat luar rumah..kita pulak yang banyak alasan…tapi memang kesian dengan kanak2 zaman sekarang..tak rasa keseronokan kita bermain lepas bebas macam dulu2…

  22. Argh… dah lama juga berhutang untuk bawa Adam & Alya bermain-main di taman permainan depan rumah. Sekarang balik kerja selalu lewat, dan hujan pula setiap petang.
    Hujung minggu pula sibuk memuaskan nafsu makan, menghadiri rumah terbuka. 🙂

    mudin001s last blog post..Teka objek, jawapannya ialah…

    1. @mudin001, Hujan pula alasan..hehehe
      jadi je ‘kuda hitam’….suruh anak² tunggang keliling ruang tamu..hehehe 😆
      Yang hujung minggu tu anak² suka…sebab dapat duit raya

Comments are closed.