EDIT : Status Terkini Jalan Felda Aring – Tasik Kenyir FT 185 ( klik ) telah dibuka untuk semua kenderaan pada 10/2/2015
Info terkini jalan Felda Aring – Tasik Kenyir ke Kuala Berang pada tarikh 28/12/2014.
Lokasi Jalan Aring 8 & 9 yang ditutup kerana banjir.
Edit : 02/01/2015 – Jalan telah dibuka kerana banjir yang sudah surut.
Peta lokasi tanah runtuh Jalan Aring 8 – Kenyir – Kuala Jeneris, maklumat terkini jam 6 pagi 28/12/2014
Peta lokasi tanah mendap Jalan Aring 8 – Kenyir – Kuala Jeneris , maklumat terkini jam 6 pagi 28/12/2014
Tanah mendap adalah pergerakan tanah ke arah bawah atau tergelongsor kerana tidak berupaya untuk menampung beban. Di Malaysia kebiasaanya adalah berpunca daripada faktor tanah menerima kandungan air yang terlampau banyak terutamanya pada musim hujan di mana struktur tanah di bawah turapan jalan menjadi lembik dan tidak berupaya untuk menampung beban sehingga mendap.
Maklumat ini adalah daripasa sumber : Portal Rasmi Pusat Pengurusan Banjir JKR. Lawati laman ini untuk maklumat terkini yang dikemaskini dari masa ke semasa.
Gambar-gambar tanah runtuh Jalan Aring 8 – Tasik Kenyir – Kuala Jeneris dibawah ini adalah dari Facebook anak saya dan suami yang berada di kawasan Kenyir.
Suami saya melalui jalan Aring- Kenyir pada 26/12/2014 malam dan esok tengahari 27/12/2014 baru selamat tiba di sana selepas berjalan kaki lebih kurang 20KM dan terpaksa meninggalkan kereta.
Dengan keadaan tanah runtuh dan mendap yang teruk di lalau Felda Aring – Kenyir, saya anggap jalan ini akan ditutup bagi tempuh yang lama.
Saya berada di Hulu Terangganu sehingga 21/12/204 dan pernah tidur di masjid kerana tidak dapat balik akibat jalan dinaiki air banjir.
Lokasi : Kampung Pasir Dula, Kuala Jeneris.
Kalau boleh dielak, silalah elak untuk memasuki negeri-negeri yang terlibat dengan bencana ini kerana perubahan jalan sering berlaku dalam masa yang singkat. Sebelum bertolak kita mungkin mendapat maklumat jalan telah dibuka tetapi dalam masa beberapa jam sahaja, perubahan boleh berlaku.
Semoga manga-mangsa banjir yang terlibat lebih kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan ini.
As salam,
akak, jln felda aring ke cameron dah dibuka blm?
sbb rancang nk ke cmeron pada april ini.
tq
Jalan Kenyir ke Gua Musang melalui Felda Aring dah dibuka pada 10/2/2015
Jalan Gua Musang ke Cameron Highlands melalui Lojing juga telah dibuka pada 18/2/2015
parah benar keadaannya.
Jom terjah post menarik dari Ikhwan Fahmi ..Strategi Bisnes Yahudi Yang Boleh Kita Kaji
Maaf, tumpang tanye, jalan di felda aring sudah dibuka belum dan adakah boleh dilalui oleh kenderaan
Minta maaf lewat balas.
Jalan Felda Aring – Kenyir telah dibuka pada 10/2/2015
Nak tanya, jalan di felda aring sudah dibuka belum dan boleh dilalui ke
nampak seperti air dari tempat ia bertakung tu telah melepasi tebing2 yg pecah. ada tak kemungkinan air2 yg terlepas ni mengalir ke sungai lebir?
terimakasih atas maklumat anda allah sja yang mampu membalasnya
seram tengok. dah macam gempa pun ada. semoga semua mangsa yang terlibat dapat bersabar. semoga semuanya dipermudahkan Allah
Ya Rabb teruk kesannya. Bumi ni dah terlampau tua, dan mungkin juga Allah swt mahu menduga kita….
Jom terjah post menarik dari Suriya ..5 Cara Mudah Bantu Mangsa Banjir & Gerenti Dapat Pahala
bahaya betul..habis jalan runtuh semua
Jom terjah post menarik dari Vimax Malaysia Original ..Vimax Herba Lelaki Terbaik
teruk benar banjir kali ni
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Cara Memutihkan Hitam Bawah Ketiak dan Leher
Sekali pandang macam bukan dekat Malaysia. Terburuk bencana yang kena kita tahun ni. Harap mangsa bencara banjir kali ni bersabar nah, dugaanNya
Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Rahsia Tarik Targeted Follower Di Instagram. Panduan Penting Untuk Berniaga Online
Teruk kesan bencana alam. Harap semua mangsa berada didalam keadaan selamat.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Berehat sebentar dengan menikmati KitKat Rubies
Semoga semuanya selamat…
Tabahah dgn semua dugaan yg dihadapi…
Jom terjah post menarik dari chekguBH ..Contest BH: Dari Negeri Bawah Bayu
kalau nak ikut kan cerita sebenar…..Ibarat indiana Jones 5
fuhh bhaya betul jalan smpai pecah2 – kedaionlinemy.com
Jom terjah post menarik dari KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com ..Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 8