Kenangan 11 September 10 Tahun Dulu
Isu Semasa

Kenangan 11 September 10 Tahun Dulu

Kami sekeluarga baru sebulan berpindah dari Bentong ke Banting.  Entah kenapa, malam tersebut terasa agak tidak selesa untuk tidur.  Dalam perjalanan ke dapur untuk minum,  saya petik suis televisyen.

Saya buka CNN dan terus terpaku mengadap skrin tv yang sedang memaparkan salah satu dari menara World Trade Center, New York sedang terbakar. Suara pengantar dari TV sangat bercelaru dan keadaan seperti satu malapetaka atau huru hara yang besar sedang berlaku.

Saya panggil suami, dan kami berdua menyaksikan berita tergempar ini yang baharu beberapa minit terjadi.  Kami hantar sms kepada adik, suruh dia buka CNN.  Saya buka saluran TV lain, nota kaki terpapar peristiwa tergempar tersebut.

Tiba²………… keadaan menjadi owh…owh…owh…… terkedu di depan tv. Dari skrin TV dapat dilihat dengan jelas sebuah lagi kapalterbang sedang menuju tepat ke arah satu lagi  menara  World Trade Centre.


Saya melihat secara live menara kedua WTC sedang dirempuh oleh sebuah lagi kapalterbang.    Macam tak percaya kerana tidak pernah melihat kejadian sebesar ini secara langsung, apa lagi dari  jarak ribuan kilometer.

Sepanjang hari hanya menunggu di depan TV, mengikuti berbagai laporan dan perkembangan.

Setelah 10 tahun dengan berbagai konpirasi dan teori  dari berbagai sudut pandangan juga kepentingan,   adakah serangan ke atas WTC ini memberikan kesan kepada kehidupan anda?

Trivia

Peristiwa 11/9 membabitkan 4 buah kapalterbang penumpang

  1. 8:46 pagi – Penerbangan 11 American Airlines terhempas ke dalam Menara Utara World Trade Center
  2. 9:03 pagi – Penerbangan 175 United Airlines merempuh Menara Selatan WTC
  3. 9:37 pagi – Penerbangan 77 American Airlines dirampas dan terhempas berhampiran Pentagon
  4. 10:03 pagi – Penerbangan 93 United Airlines terhempas di sebuah padang di Stonycreek, Shanksville, Pennsylvania yang pada asalnya dipercayai bertujuan menghancurkan Rumah Putih.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Kenangan 11 September 10 Tahun Dulu

  1. masih segar jugak ingatan yonna masa malam kejadian ni. duduk dalam bilik,tgh study sambil dengar radio. tiba2 dikejutkan dengan berita ni.

    masa tu form 3. still duduk kat berek lama lagi hehe

  2. saya ada d Connecticut dekat dgn n.york masa kejadian ni berlaku.Dn smpat jg tngok LIVE d CNN masa k.terbang yg kedua melanggar bngunan tu..sejak kjadian tu mmg rasa takut jg,sbb bila dorang dh mula pandang serong pada muslim yg mcm kita ni..d sbbkn tragedi ini jg sy balik ke malaysia..

  3. Sedar tak sedar…dah 10 tahun dah sejak kejadian tuh..

    Memang terasa cepat dan barat sampai sekarang masih lagi terus gunakan Islam sbgai alasan menyalahkan atas sesuatu perkara…

    Sama2 kita ambil iktibar dan pengajaran
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Blog hafizmohd.com kena hacked?My Profile

  4. saya tingkatan tiga masa tuh, tengok kat tv je terkedu, senyap tengok kapal terbang langgar WTC tuh.

  5. Assalamualaikum,
    Kesan positif yang negara kita dapat secara tak langsung adalah: kebanjiran pelajar asing dari negara Islam (Arab) dan Afrika kerana mereka dah sangat susah nak masuk US dan UK.

    yang negatifnya: saingan kepada pelajar tempatan dan bukan semua pelajar asing ni masuk sebab nak belajar. Ada yang jadikan tiket “pelajar” itu untuk aktiviti lain.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Iklan Nuffnang Tak Mau Beraya Kat Blog Ni DahMy Profile

  6. salam…

    klu difikirkan logik tak dalam satu hari 4 kapal terbang di rampas oleh pengganas…

    peristiwa ii sept tuh bagi saya cuma alasan US untuk halalkan rancangan mereka menakluk afganistan dan manghancurkan iraq…
    Jom terjah post menarik dari Zainal ..Favicon GeneratorMy Profile

  7. samapai sekarang saya masih lagi teringat akan peristiwa itu yg mengubah minda berfikir saya dari bawa berita semasa kepada berita dunia. Sampaikan saya boleh hafal semua peta peta dunia islam dan eropah dari peristiwa terbut
    Jom terjah post menarik dari Juan ..11 September 2001 – 9/11 truthMy Profile

  8. apa yang saya tahu, impak dari peristiwa tersebut sangat besar. tak kiralah dari segi buruk atau baik.

    untuk kita, ia menunjukkan betapa besar kuasa Allah yang mengawal setiap kejadian dan sudah pasti ia bertujuan menyedarkan kita.

    subhanallah!
    Jom terjah post menarik dari megat ..Solat Jumaat Menurut Mazhab SyafieMy Profile

Comments are closed.