Isi Borang Maklumat Penghuni Bercuti Meninggalkan Kediaman
Isu Semasa

Isi Borang Maklumat Penghuni Bercuti Meninggalkan Kediaman

borang naklumat polis pulang bercuti Dah isi borang maklumat meninggalkan rumah sewaktu cuti hari raya? Tiap tahun KRT taman perumahan kami akan edarkan borang  Maklumat Penghuni Bercuti Meninggalkan Kediaman seperti ini dan penduduk akan masukkan borang yang telah diisi di dalam tong yang disediakan di Pondok KRT.

Kebiasaannya setiap rumah mempunyai lebih dari sebuah kereta, jadi penting apabila kita berikan no kenderaan , jenis kenderaan yang kita tinggalkan di dalam atau luar pagar rumah supaya pasukan yang membuat rondaan tahu kereta di perkarangan rumah kita itu milik tuan rumah  atau “pelawat’ yang tidak diundang.

Salah satu sebab lain adalah, pernah terjadi selepas rumah dipecah masuk, pencuri menemui kunci kereta dan membawa kereta bersama.  Ada jiran lain yang melihat dan cuba menghubungi tuan rumah tetapi nombor yang dihubungi tidak aktif lagi.  Penting tinggalkan nombor telefon terkini kepada jiran terdekat atau pihak pentadbir KRT.

Kawasan Rukun Tetangga KRT
Kita berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah , semoga kediaman yang ditinggalkan didalam peliharaanNya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Isi Borang Maklumat Penghuni Bercuti Meninggalkan Kediaman

  1. wah lengkap sekali ya form yang mesti di isi di kampung saya tidak ada peraturan seperti itu,, jika memakai sistim ini semua akan merasa tenang ketika berlibur…

    1. Ada,, kerap kali cuti panjang, polis keluarkan statement suruh beritahu balai terdekat. Macam ni lah borang yang perlu diisi. Cuba pergi ke balai polis terdekat

    1. Rumah kak jie buat masa sekarang ni, alhamdulillah… lagi kena berjaga-jaga berganda sebab abang out station.

      lepas kita usaha jaga apa yang sepatutnya, doa banyak²

  2. info yang bagus dalam mengamalkan semangat kejiranan, biasanya di setiap kawasan taman perumahan ada disediakan borang informasi balik kampung untuk diserahkan kepada balai polis berhampiran…….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Petua Untuk BerdoaMy Profile

    1. Iye… sekali nampak area tempat rumah sebuah sebuah mcm tak peduli sesama sendiri sebenarnya kami sgt rapat dan mengenali satu sama lain.. ada no tel jiran2 berdozen dalam hp ni

      kalau bercuti atau di luar kawasan,ada saja yg msg beritahu perkembangan mengenai keadaan di sini atau bertanya

  3. Ini yang ramai orang selalu lupa. Kita ingat polis walaupun tak cuti nak ronda rumah kita selalu. Jadi dengan pemberitahuan ni sekurang-kurangnya rukun tetangga dan polis dapat alert lebih sikit la.

    Sata raya di KL je.. jiran-jiran yang nak balik biasanya minta tolong saya pantau pintu pagar rumahnya.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..5 Cara Berjimat Dengan Smartphone.My Profile

    1. yup.. kita yang kena pi balai ambil borang,jangan nak salah itu ini kalau diri sendiri pun tak usaha buat apa yang disyorkan.. benda baik, tak salah kita ikut.

Comments are closed.