Mulai Januari 2010, Kerajaan Selangor telah melaksanakan satu kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” setiap sabtu.
Tujuan kempen adalah bagi mengalakkan budaya kitar-semula dan mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution.
Sesiapa yang masih ingin memohon beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen sehelai. Maklumat lanjut, klik www.selangor.gov.my
Kempen dah cantik. Kita berusaha bersama menjaga alam sekitar. Tetapi betul ke kempen ini dilaksanakan sepenuh jayanya?
Awal tahun, saya pun beli “beg hijau kaler biru” – the big green bag untuk sama menyokong kempen demi kesejahteraan generasi akan datang.
Sejak hari tersebut, saya tidak lagi menggunakan beg plastik setiap kali membeli belah tak kira hari Sabtu atau hari Rabu. Saya berkemampuan untuk mengelak diri dari menambah bahan toksin di dalam bumi kita.
Sabtu lepas saya ke Tesco dengan ‘beg hijau kaler biru” seperti biasa. Agak hairan kerana melihat pengunjung menyorong troli dengan barang-barang di dalam beg plastik.
Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” dah tamat ke? Bumi dah kembali hijau – masa ini saya bayangkan filem Wall E bila kita semua hidup di dalam kapal angkasa Axiom .Terbayang EVE yang cute cuba mengesan tumbuhan di bumi yang gersang sebagai aras tanda bumi kembali selamat untuk diduduki.
Kemudian saya terbayang robot pembersih pencemaran WALL-E (Waste Allocation Load Lifter Earth-class) – teringat masa Wall E kena petir berpayung dengan EVE , masa dipakaikan EVE dengan lampu berkelip-kelip macam kedai makan tu… cutelah.
ok … ok……kelaut pula entri ni.
Waktu di kaunter bayaran, juruwang Tesco keluarkan beg plastik untuk mengisi barang-barang saya. Saya tak nak beg plastik sebab saya dah bawa ‘beg hijau kaler biru’ dan saya sedang menjalankan satu kempen hebat peringkat negeri.
” Tak pe kak, tak kena bayar”
“kenapa ?
“Tahun Baru Cina”
“Adik , kakak berkempen bukan ikut musim. Kesedaran tentang alam sekitar bukan hanya pada hari Sabtu atau pada sekian-sekian hari. Kesedaran kakak bukan berharga 20 sen.”
Dari 8 kaunter pembayaran Tesco yang dibuka waktu itu, hanya ada 2 pelanggan yang tidak mengambil beg plastik termasuk saya.
Jadi kalau cuaca sekarang ni panas terik, rasa macam nak rentung…toksah dok gatai mulut nak merungut…. semua tu balik pada diri sendiri. Tak payah penat-penat nak ambil tau pasal global warming, rumah kaca ( tapi kawan kat London panggil Green House) kalau hanya untuk hafalan di dewan peperiksaan.
©Kujie – Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul
kempen yang bagus tapi perlu banyak dirapikan modus operandinya
kalau tak mula sekarang sampai bila2 pun tak mula
sekurang-kurangnya saya rasa ada permulaan. 🙂
.-= tekkaus´s last blog ..Happy Chinese Tiger Year From Tekkaus =-.
@tekkaus, Something is better than nothing
saya sokong hari tanpa plastik.klu kat penang.isnin,selasa dan rabu klu shapoing tk de plastik.mula-mula mmg payah tk dah biasa bw beg sendrii.dah jadi senang.
.-= datulkisya´s last blog ..Perjalanan yang MAsih Panjang =-.
@datulkisya, diri sendiri je yang menentukan
benda yang baik, tak de sebab untuk kita menolak
kempen je hebat..perlaksanaanya fail 😀
@marki, kadang2 kempen tu sekadar merasmikan
kita yg boleh berfikir nak ikut kempen ke nak ikut buat baik dari kesedaran sendiri
saya salute kak jie..saya tak pernah buat lagi.kena berubah segera ni..
@Bb Hussain, mmg kena buat utk selamatkan bumi kita…
.-= Ayah Aiman´s last blog ..Hikmah Disebalik Musibah =-.
hangat2 taik ayam budaya kita
.-= ahfat´s last blog ..MENJADI WIRA DI SAAT KECEMASAN =-.
@ahfat, klu genggam bara, biar sampai jadi arang… ❓
.-= Ayah Aiman´s last blog ..Hikmah Disebalik Musibah =-.
mana2 gomen kalau bab kempen memang hebat tapi bab perlaksanaannya…hancur….. 😀 always green.
.-= familyria92´s last blog ..tip untuk tahan lama dan lambat kuncup. =-.
@familyria92, kempen dari kerajaan itu hanya panduan/ hebahan
kesedaran dtg dari diri masing2
Baguslah kak jie.. kalau barang setakat 2-3 kat kedai saya tak pakai plastik..
.-= zool´s last blog ..Adakah anda sensitif ? =-.
@zool, sebelum kita salahkan kempen, salahkan orang yang bagi plastik, salahkan kilang plastik, salahkan itu ini………..kita balik pada diri sendiri dulu
mulakan dari diri sendiri…
bila dah baca kat sini, trasa diri kejam.
memang sayalah antara yang akan merungut panas terik,
rasa macam nak rentung…
sayalah antara penyumbang green house
😐
Nak beli beg shopinglah pasni.
.-= Maya´s last blog ..Tutorial WordPress: Membina Widget Shout =-.
@Maya, tak pe… masih boleh dimulai sekarang
jangan tak buat langsung
salam,
kalau setalkat 1/2/3 barang saya elakkan.. tapi klo menimbun2 x dapat jega.. trima ksih menambahkan kesedaran.. insyaallah akan di amalkan 😉
.-= cikgu isza´s last blog ..KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH =-.
tak tahulah saya Jie, saya jarang2 gi supping, sebulan hanya sekali…. tapi saya akan terai ler bawak beg sendiri kalu nak supping nanti
maza sedapat mungkin menolak penggunaan beg plastik..walau ada sesetengah orang memerli maza dan tersengeh2 kambing……
maza lak, pedulik hapa!
“kalau aku tak turut berusaha, nak harap ko, entahlah?! huhuhu”, kata hati kecil yg tiny miny monny itewww…
hehehhehehe
.-= maza´s last blog ..Kena tinggal dek suami. =-.
respek customer cam akk nih!!!;-)
.-= jmr´s last blog ..Balik kampung.. =-.
hebat…hebat. tahniah kerana tahu dan amal.
.-= rumah kuning´s last blog ..Kalaulah Saya Kaya… =-.
Perkara yang baik memang patut diamalkan berterusan.
Saya setuju sangat dengan Quote Kujie, “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
Pastinya ramai yang tahu kepentingan melakukan perkara ini, tapi malangnya, tak ramai yang turut sama melakukannya dan beranggapan bahawa biarlah orang lain sahaja yang melakukannya.
.-= Kak Long´s last blog ..Desa di celah bandar =-.
@Kak Long,
Kak long kena bikin kampen gak kat sekolah nu, yea.. hehehe
termasuk kempen kutip sampah sekali .. huhuhu
jgn tau nak buang sampah, tapi nak bersihkan tak reti..
erk! ada kaitan ke dgn isu di blog ini?
hehehhee
.-= maza´s last blog ..Kena tinggal dek suami. =-.
oo.. boelh pulak de kempen terbatal sebab de perayaan ek.. 🙂 bile nak kate nak kempen ni, patutnya xkesah la bila2 pun kan.. entah la..
pape pun, mari kita menyokong hijau kan bumi..
berjaya atau tak, saya tak leh jangka.. tapi sy pasti, bile kawasan pelupusan sampah dh dok sebelah umah diorg, mesti diorg terpakse Go green..
.-= Liyana´s last blog ..…Dam Aji Tote for SALE… =-.
Patut kat bag recycle kita tu tulis
I’M SAVING THE PLANET WHAT ABOUT YOU?
Baru laa cool@!~ baru laa orang nak baca.. baru laa terpahat, manusia ni susah nak sedar, susah nak ingat, susah nak pahat dalam otak!!
I SUKA BAG BIRU GIANT! hahahaah
.-= Jiji´s last blog ..Sedih =-.
usm dah lama haramkan penggunaan plastik + polystyrene,
bekas makanan (ala2 polystyrene) berkertas kena tambah extra 20sen.
straw x bagi (kecuali atas permintaan)..
tapi ada jugak penjual2 yang x mengikut syarat2 ni..
kempen ni boleh berjaya kalau sume bagi komitmen.
.-= Azah´s last blog ..Bila Dia Annoying, Putus atau Jauhkan Diri? =-.
@Azah, harap2 orang2 bijak pandai yang belajar kat situ nanti dapat terapkan benda bai2k ni dlm kehidupan – atau gunakan kepintaran untuk merancang bandar, merangka kempen atau mencari jalan memberi kesedaran lebih meluas kepada orang malaysia
aih…cashier nih tak diberi taklimat ker pasal kempen nih?
.-= aidi-safuan´s last blog ..Public Bath now in KL! *bleeding nose* =-.
@aidi-safuan, bgi kak jie bukan salah cashier tu..sebab semua kaunter bagi beg plastik tapi TESCO itu sendiri
hari sabtu lain dia ikut kempen, hari sabtu yang boleh ‘untung besar’ sebab nak sambut tahun baru cina – dia abaikan
duit ma….duit….. 😆
@Kujie, haha… camtuh rupanya. ala, risau sangat la tesco nih. ikea tuh lek jer tiap hari xnak kasik beg plastik. :p
.-= aidi-safuan´s last blog ..Public Bath now in KL! *bleeding nose* =-.
dekat penang nie, hari isnin merupakan hari tanpa plastik. Walaupun dah lama kempen nie start, alhamdulillah akhir-akhir ini semakin banyak pasaraya besar ambil bahagian. dan yang paling seronoknya bila tengok pasaraya yang kecil-kecil turut tak ketinggalan, ada yang menambahkan bilangan hari termasuk selasa dan rabu.
Semoga kempen ini akan terus kekal sampai bila-bila dan sebagai pengguna kita kenalah support kempen nie. Janganlah nak membebel dekat kaunter tu bila plastik tidak disediakan.
go green 🙂
@angel_baik, wahhhhhh…bestnya
dah lama pergi pasar pun bawa bakul rotan , kalau kedai kecik2..beli barang sikit2..memang tak berplastik…cuba meminimumkan penggunaan
kata orang bijak pandai
kalau kita tak boleh buat semua, kita jangan tinggal semua 😆
saya dah lama shopping pakai green beg (walaupun sebenarnya kaler biru) . cuma bila beli kuih atau pisang goreng, terpakai juga plastik beg. sepatutnya diorang bagi la paper bag kan. huhu…
@penyubiru, hahaha…betul
beg hijau kaler biru 😆
kat sini ada juga gerai jual kuih2 goreng mcm tu bagi beg kertas
kat sini dah biase dah beli barang trus letak dlm bag. janji buat kempem semua well infrom. tak de la kelam kabut kat kounter nanti. ade jugak nanti yg berkira plastik 20sen tu.
.-= Hajib´s last blog ..Cakera Ibu Jari 128 =-.
@Hajib, mgkn nampak kecik, nampak remeh
tapi kalau tiap orang – bukan sebilangan orang ada kesedaran
kita boleh sama2 ‘memelihara tempat tinggal ‘ kita
xkn menjadi py kempen ni..cayalah ckp sy ni..hehe
.-= x-po´s last blog ..AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR =-.
@x-po, tak jadi kalau kau tak sokong 🙂
@angel_baik, aku mmg xkn sokong kempen yg akan myusahkan lg org..hoho
.-= x-po´s last blog ..AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR =-.
@x-po, cikgu jangan kencing berdiri………….nanti…….tatau…. 😆 😆
@Kujie, hehe tp ni mmg pengakuan ikhlas dr sy, sy rs kempen ni mmg sia2 je..org xkn ikut..sbb biasalah rkyat malaysia ni, ssh nk trima bnda baru..kalau kita je yg duk sggh2 ikut tp org lain wat dek je, xda guna gak
.-= x-po´s last blog ..AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR =-.
@x-po, bermula dari diri kita
kalau kita rasa ‘ramai rakyat malaysia’ yang susah nak terima hal2 macam ni..kita jangan jadi sebahagian dari ‘rakyat malaysia’ yang macam tu
kita tahu benda yang betul , jadi kita buat benda yang betul
kita kena jadi rakyat malaysia yang ada kesedaran, tak boleh jadikan alasan orang lain….
semua tu dari individu itu sendiri
@x-po,
Kita buat perkara betul!
kita tahu perkara itu betul dan memanfaatkan, maka kita buat dahulu..
paling bangsat pun, kita sudah berikan contoh terbaik. kalau depa tak nak ikut, tak apa… tiada paksaan dlm membuat kebaikan (eh! mcm ayat dlm surah kafirun lah pulak..hehhehe)
Lama2 bila sudah jadi amalan, dgn niat yg murni, akan mengubah senario…
terapkan benda yg baik ini juga kepada anak2 sekali….
kelaknya yg bermunafaat adalah kita juga, kanzz.. hehhehe
.-= maza´s last blog ..Kena tinggal dek suami. =-.
bagus inisiatif ni…Mesra alam..Boleh berjaya kalau semua bekerjasama menjayakannya
.-= eyriqazz´s last blog ..Aura Gengblogger | Fenomena Baru Tercipta =-.
dah lame tak shopping ari sabtu jadi baru perasan ada kempen ni bula kawan2 mula merungut kene beli beg plastik doploh sen
.-= ~mrs azmi~´s last blog .."JAPLISH" tutorial =-.
@~mrs azmi~,
Jom kita sokong kampen ini!
hehehhe
Utk kebaikan bersama gak kanzz…
soal berjaya atau tidak, kita usahakan dulu….
mcm mrs azmi berusaha utk jadi pengomel kedua terhangat di blog kujie ini.. hehhehe
(yg pertamo totap den pertahan kan gitew..wakakkaka)
.-= maza´s last blog ..Kena tinggal dek suami. =-.
personally, rasanyanya kempen sebegini mcm susah sikit nak capai matlamatnya..tak semua org nak bwk plastik drp rumah..
wife saya dah start guna plastik boleh guna semula (recycle plastic) utk berbelanja di Tesco & Jusco. tp beg plastik tu mahal harganya..lg elok kalau dpt free untuk mengalakkan sambutan drp org ramai…
.-= Ayah Aiman´s last blog ..Blogger We Care: Kempen "Fund Raising" Untuk "Adik Ammar" =-.
@Ayah Aiman, beli beg hijau tu hanya sekali, boleh guna berkali2…. agak kukuh yang kat tesco ni.
memang tak semua orang sedar, nak baca beg…tapi kita2 yang ‘sekolah’ tentu tahu , kan
kan taraf pendidikan rakyat malaysia dah meningkat , tak macam zaman dulu
masing2 dah celik huruf
masing2 dah ada internet…. gunalah utk kebaikan
saya pun rasa kempen tu bagus, tapi macam x berapa di promote awareness nya… sayang…
.-= zuhaini´s last blog ..Are we slowing down? =-.
@zuhaini, kita bermula dari diri sendiri – keluarga sendiri – komuniti kita sendiri
mgkn kita tak boleh buat kesemua tapi jangan kita tinggal semua
dpt buat 2-3 hal2 baik pun , ok lah
bulan lepas, masa tu saya gi jusco dan nak beli baran, tetiba yg jg kaunter ckp kalau nak plastik bayar 20sen, rupa2nya ada kempen…so sy pun beli satu plastik jer, sbb memang tak tahu pun ada kempen tu
pastu sy beli satu beg hijau untuk senang bila time gi shopping lain kali..
sy rasa kempen ni perlu lebih agresif lagi…biar semua org tahu
.-= mijie´s last blog ..Macam mana nak beli Domain dan Hosting =-.
@mijie, perlu dihebahkan…. so apa lagi blogger semua
kalau berita artis kena tangkap kalwat semua berebut2 nak update blog
tak kan hal2 mcm ni tak nak buat 😆
@Kujie,
Oh! ya.. artis kena tangkap khalwat belum pernah maza tulis di blog..
bagus cadangan kujie ini..
hehehheh
.-= maza´s last blog ..Kena tinggal dek suami. =-.
@Kujie, itulah kak, tanggungjawab sosial ni tak ramai org nak buat, kalau untuk dapat duit mesti ramai yg nak buat
Kak sebenarnya kempem tu tak meluas. Ramai lagi yang tak tau dan tak prihatin pun. Penerangan mengenai kempen itu pun tak sampai kepada orang ramai. Tgk sahaja yang berlaku di Tesco. Mereka sendiri pun tak tau. Ataupun mereka tak ambil tahu..Kena menyeluruh kempen ni..
.-= Shaffik´s last blog ..Puas Rasanya Dalam Hati =-.
SETUJU!!
Kena charge 20sen pun kecoh, bila cuaca panas, tanah runtuh (terhakis), jerebu pandai, banyak sakit cancer, sakit itu ini, laa pulak tetiba2 semua jadik AHLI GREENPEACE.
Nak alam sekeliling best… Aloooo! nak alam sekeliling best kena la berkorban! .. macam menda lain jugak: paling mudah masak, nak masakan sedap kena la korban masa, kena masak betul2 dan ambil masa pilih bahan yang baik.
Piirahhhh yang kecoh2 ni semua.. sekadar talk2 nak melalak, tak yah buang masa habiskan ruang space dekat alam semesta ni je, buang karen je cakap2 merecik2 air liur. 👿
sori tersengal kejap pagi2 jumaat – ehhh bukan azman pun ada entri sengal jumaat lepas kak jie
p/s : Kak Jie – kenapa kak jie tak shoot gambar Tesco yang tengah bagi plastik tu, lepas tuu, buat la entri kat Blog ni tajuk , “Kempen Tesco (pilih cawangan) – Warm2 Chicken Shit – ”
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Saya Baca Blog Anda, Bosan.. Lalu Saya.. =-.
@Incik RestNrilekS, teruskan……teruskan…
Kak Jie nak p kelas dulu….. bukan anak murid tunggu ustaz
ustaz tunggu anak murid lak nanti..hahaha
chow
@Kujie, aha tak leh teruskan komen panas panjang2, komen sengal2 kena sket2 jer, baru seksi mengancam.
orait selamat belajar kak jie, jangan tertinggal buku pulak…
p/s ; Kak jie tak tanya ke kat ustaz tu dia ada blog tak? tak pun twitter, kalau nak tahu mendalam mungkin Kak Jie boleh tweet je ustaz tu nanti 😉
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Saya Baca Blog Anda, Bosan.. Lalu Saya.. =-.
@Incik RestNrilekS, balik kejap je ni..rehat sikit….lepas tu nak memasak lagi
hantar lunch utk Intan
petang nanti nak g rewang… kawan nak buat kenduri kahwin hari sabtu 😆
ambil masa jugak nak laksanakan kempen ni,sebab beg plastik tu dah dijadikan keperluan. Apasal tak buat recycle paper bag je mcm kat europe?
.-= blowie´s last blog ..Facebook : Hina Nabi Muhammad dan Sultan =-.
@blowie, semua perkara pun perlu ambil masa untuk dapatkan kejayaan dlm matlamatnya…. mgkn sumbangan kita sikit..kecik…tapi kalau setiap orang…..mengambil peranan masing2…boleh kan?
jangan jadikan alasan……….ala……. aku buat pun tak denya nak jadi apa2…
kalau aku kutip sampah2 tu pun bukan bumi sekelip mata boleh elok…
kalau semua org fikir mcm tu… memang habislah
tapi sekurang2 nya kita bertanggungjawab dengan diri sendiri
@Kujie,
Kalau recycle bag karang banyak lak pokok tumbang!
hutang lenyap!
kayu balak kena songlap..
hehehhehe
bawa ajelah bag sendiri.. sonang ja lorrr
jadikan amalan gitew.. hehehhe
.-= maza´s last blog ..Kena tinggal dek suami. =-.
kalau mmg sikap yang menjual pun macam tu, pengguna yang jarang amik endah pun akan buat tak kisah.
sekarang ni, masih jarang guna beg plastik. Jarang shopping. Kalau beli barang kat kedai dalam uni pun, bawa dalam tangan tanpa beg plastik je.
dalam uni saya dah kuatkuasa, penggunaan polystren makanan telah dihapuskan. lepas tu mula la makan dalam bekas makanan diperbuat daripada kotak. huhu. sungguh tak best. nasib baik ada tupperware. just bawa yg tu setiap kali nak pergi beli makanan.
.-= beliamuda´s last blog ..Aktiviti Lelaki Bujang Yang Mencari List Awek Cun di Facebook =-.
@beliamuda,
Bermula dgn susah, baru jadi senang, kanzz.. hehehhee
.-= maza´s last blog ..Kena tinggal dek suami. =-.
kat miri (sarawak) tempat saya, hari tanpa beg plastik 3 hari;jumaat, sabtu, ahad..saya dan husband memang bawa beg kain sendiri..bangga bila bawa masukkan barang-barang dalam beg sendiri sebab orang-orang yang Q dalam line akan pandang (ceh, perasan plak..ahaha..tapi betul)kemudian cashier akan letak sedikit selotape “paid’ tanda kita da bayar barang-barang dalam beg tu..so jumaat, sabtu ahad selalunya orang sini akan tengok wayang atau jalan-jalan shopping complex je.hari lain baru beli groceries
@linarahim, meh…kita kawan!
ramai orang yang pura-pura..berkempen bagai nak rak
tapi – hanya bila orang lain buat…kesedaran tak betul2 tertanam dalam diri.
sebelum kita menuding jari salahkan air berkeladak, salahkan cuaca makin panas, salahkan penyakit mudah merebak…..tanya diri sendiri dulu
betul ke kita mengambil peranan menjaga ‘tempat tinggal kita’
saya dan keluarga telah menanam tabiat, tiap kali ke tempat2 perkelahan..salah satu aktiviti wajib kami adalah mengumpul dan mengutip segala sampah sarap yang ditinggalkan – kadang 2-3 beg hitam ( beg sampah )
pergi berkelah bawa 1 beg, balik bawa lebih…. 😀
@Kujie,
kak jie tolong kutip sampah? wah…kagum betul saya. saya pun nak kena terapkan semangat macam ni… first time saya dengar ni org tolong kutipkan peninggalan org lain.