credit photo:flickr
Saya bersetuju – 100%. Baca dengan jelas, saya bersetuju mas kahwin dinaikan bukan wang hantaran!
Kadar mas kahwin di Selangor ialah RM80 bagi anak dara dan RM40 bagi janda dan digunakan sejak 30 tahun lalu! Dalam tempoh tersebut, harga petrol berkali² dinaikkan. Kenapa saya bandingkan dengan harta petrol? Sebab itulah tanda aras yang selalu kita gunakan untuk menentukan kenaikan harga barang² keperluan semasa.
Apalah nilai RM80 di zaman sekarang?
Saya juga tidak bersetuju kadar mas kahwin ditentukan oleh pihak pemerintah – Jabatan Agama Islam . Sepatutnya makbapa/ penjaga/ kaum keluarga yang berhak menentukan mas kahwin anak masing² seperti di negeri Kedah.
Mas kahwin bagi negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan, pihak keluarga yang akan menentukan kadar mas kahwin tanpa campur tangan dari pemerintah. Biasanya mas kahwin antara RM 500 – RM 2000. Mungkin kurang mungkin lebih kerana memang tiada had yang ditetapkan.
Mas Kahwin Negeri² di Malaysia:
Johor: RM 22.50
Melaka: RM 40.00
Negeri Sembilan:
RM 24.00 (Bukan Waris – Dara)
RM 12.00 (Bukan Waris – Janda)
RM 48.00 (Waris – Dara)
RM 24.00 (Waris – Janda)
Selangor: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)
Kuala Lumpur: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)
Perak: RM 101.00
Pulau Pinang: RM 24.00
Pahang: RM 22.50
Sabah: RM 100.00 (Dara) , RM 80.00 (Janda)
Sarawak: RM 120.00
Labuan: RM 80.00
Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan : Tidak ditetapkan.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya.” Memang ini tuntutan agama tetapi berkatkah kalau hanya mengukur kemampuan hanya dalam hal mas kahwin sedangkan pembaziran dalam segi lain dibiarkan. Tempah pelamin, persalinan pengantin, solekan dan berbagai² .
Contoh : Berapa jumlah yang dibelanjakan untuk rokok dalam sebulan?
Baca juga entri – adap akad nikah di masjid
©Kujie – ramai yang keliru antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin adalah hak peribadi untuk seorang isteri. Walaupun tiada nilai yang dapat kita tentukan untuk seorang isteri, kalau boleh biarlah berada kedudukan yang dihargai.
mas kahwin yg ditentukan oleh pemerintah sekadar penanda aras..
tu la kdg2 x faham bab2 mas kahwin dan hantaran ni..
kite mmg org trganu dah nak kawen ni baru tahu ada negeri yg tetapkan maskawen… lau cam2 kesian gak kat pengantin popuan yg dpt maskawen sikit ek..
yela kt dah tentu kena mengabdikan diri pd suami…
untung baru tenggelam…
untung sabut timbullah jawabnye…
Yang mas kahwin seribu satu tu mcm mane pulak yer?
.-= Ryehanna´s last blog ..When I have the time to jot them down. =-.
@Ryehanna, itu wang hantaran serba satu – hanyalah tradisi @ adat
@Kujie, oh.. maknanye ape? satu hantaran seribu ke? sebab saya tny mak, mak kata mas kahwin seribu….
xberapa paham. huhu
@Ryehanna, tengoklah masa berbincang tu pihak perempuan cakap apa
kalau dia ckp mas kahwin seribu – mmg seribulah
mas kahwin seribu satu tu – 1001 kot,sbb tak pernah dengar bab mas kahwin serba satu ni…yang selalu dengar hantaran serba satu tu – hiasan dan persalinan serba satu
mgkn lain tempat lain pemahaman dia kot
bukan seribu satu la…
seribu serba satu…
maksudnya hantaran kene seribu, majlis kene seribu, pakaian semua pun seribu…
so kire lah berape?
Hmm…saya takde lar komen. Tapi saya rasa kalau mampu kenapa tidak kan? :p
.-= tekkaus´s last blog ..I Am Studying Again! =-.
Jie… yang 300 ringgit tu baru harga basic mas kahwin. itu belum masuk cukai impot, cukai tanah dan cukai macam-macam lagi. kalau dah masuk semua cukai harga dia naik sampai 2,000 ringgit tau… negara kita kan terkenal dengan kes cukai mencukai…
@BDewa, yg wajib je kita kita patut cakap..yg lain2 tu ikut kemampuan masing2lah kot…ada org 5K dah cukup, ada org 50K baru cukup
salam kakjie,
long time no see..hehe..
iA kalau xde halangan saya nak kahwin jugak..tp skg sume kene ade poket tebal..duit oh duit…saya just tak berapa agree kalau nak kawin kene pakai banyak duit..abeh tu kalau mase khwin(nikah, sanding, hantaran) sampai sanggup berhutang, lepas kwin macam mana?
IMO, membina rumahtangga adalah perkara yang sangat mulia, so, kena lah dipermudahkan, ini tak, ada macam2 halangan/proses utk nikah/kahwin..saringan HIV lah, borang itu borang ini la..hish..
kakjie, need ur opinion plis..
.-= cikun-kun´s last blog ..Is that makes sense? =-.
@cikun-kun, sebenarnya proses2 sebelum kahwin, borang itu borang ini, kursus itu kursus ini – kalau utk kebaikan, apa salahnya…jgn rumitkan diri anggap semua itu beban…anggap kita sedang dlm proses menuju satu tingkat yang lebih baik
mcm kita belajar juga, kan…. utk lepas sesuatu peringkat, kenalah diuji sikit.
itu hanya perkara2 yg paling simple, selepas kahwin ada banyak lagi hal2 yang akan ditempuh……… mmg tak ada borang, tak ada kursus tetapi praktikal yang kita kena buat mengikut gerak hati sendiri, dari pengalaman sendiri atau pun ilmu yang kita pelajari.
sanding, hantara bagai2 tu – ramai yg buat sbb nak ikut org – ayat paling kerap ‘ nnt apa org kata”
di situlah masalahnya .
jgn berhutang, berterus terang kadar kemampuan yg ada kepada bakal keluarga isteri. Insyaalah mereka akan faham.
@Kujie, thx kakjie!!
.-= cikun-kun´s last blog ..Is that makes sense? =-.
isu ini menjadi topik terhangat di mana-mana…
.-= kenari´s last blog ..PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) =-.
@kenari, hal2 bersangkut dgn kehidupan kita
saya pun setuju mas kawin ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaga. tetapi biarlah dalam logik mengikut kemampuan dan darjat seseorang.
yalah kita pun tahu seminimum mas kawin yang kita ialah senaskah al-quran tetapi dalam dunia kini semuanya dinilai dalm bentuk wang tunai.
yang paling saya setuju apabila kak jie kata, setiap orang punyai pendapat masing-masing lahir dari tahap pendidikan, pengetahuan, persekitaran dan latar belakang. seringkali sebagai blogger menjadi pertentangan pendapat pada yang tak berkenaan (hu3)
.-= megat´s last blog ..Bersuci, Memastikan Diri Bersih Sebelum Menunaikan Ibadah =-.
@megat, lebih indah kalau bagi Al-Quran bukan hanya pemberian semata-mata tetapi mengamalkan segala isi kandungannya…..
Kak Jie jarang pertikaikan pendapat orang – kerana masing2 berbeza hati dan perasaan… jalan hidup dan apa yang kita tempuh sepanjang perjalanan ini tidak pernah sama dan sudah tentu pendapat bergantung dari sisi mana kita melihat sesuatu perkara.
Pernah baca kak jie menulis – tak suka blog tu, tak suka template org tu, tak suka entri orang tu?
Memang ada yang kak jie tak suka, tetapi tak mungkin semua kak jie suka.
saya pernah dengar yang Nabi kata serendah2 mas kahwin untuk wanita ialah setengah dinar yakni bermaksud dlm lingkungan RM300 duit kita sekarang..
sila betulkan jika saya silap~
.-= ♥chentatiku♥´s last blog ..::rumah aku chantekkkkkk!!!!:: =-.
@♥chentatiku♥, kalau mas kahwin tu hak peribadi , ditentukan oleh keluarga – berapa itu adalah hal peribadi keluarga masing2…
lagi satu – perkahwinan itu persetujuan kedua belah pihak…jadi..kalau dua2 dah bertepuk..berbunyilah.. 😆
Kahwin janda 18 tahun ajelah. Murah!
@abg putra, 18 thn? boleh ke dpt murah tu abg putra…hahaha
nnt ramai pula yg contact abg putra, order sorang satu…
jadi ejen janda 18 tahun 😆
Jabatan Agama Islam Negeri meletakkan nilai mas kahwin itu adalah yang MINIMUM bukan MAKSIMUM. Tujuannya agar pihak perempuan tidak rasa tertindas diatas perkahwinan dan rasa diri itu bernilai.
Walaubagaimanapun kadar MAKSIMUM ditetapkan oleh ibu/bapa pihak perempuan. Bukan tujuan untuk menjual anak tetapi sebagai penghargaan dan memastikan supaya sianak berada di kedudukan yang dihargai.
Tetapi jangan pula kita menidakkan sabda Nabi s.a.w. “Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya.”
Pernah Nabi s.a.w. bersabda sebelum baginda wafat : “Akan selamat umatku selagi dia berpegang dengan dua perkara iaitu: AlQuran dan Sunnahku”
Wallah hualam bissawab.
p/s Eee … takut… kita ada 3 anak dara. Cam ne nak settle. Iman manusia bukan sentiasa tetap.
@kak an, saya respect orang yang memberi dan menerima mas kahwin dengan Al-Quran dan mengamalkan sepenuhnya apa yang terkandung didalamnya…bukan semata2 sebagai memberi dan menerima satu objek.
@Kujie, betul betul betul. 😛
err..bab ni mungkin patut gak la untuk kaum perempuan kan..hehe
xtau nak ckap pe pun..haha nnt cuz nak kawin mmg kene buat pinjaman bank la..huhu
.-= Mr. Cuz´s last blog ..LEVEL 1 CABARAN MASTER KAMIBLOGGER =-.
@Mr. Cuz, masalahnya ramai org lebih beri perhatian pada hantaran daripada mas kahwin
wah menarik posting ni. bnyk maklumat dpt .. thanks sharing
.-= zuwairiaiman´s last blog ..Charity Program =-.
@zuwairiaiman, musim orang kahwin skrg ni
rm300..bukan beban rasanye…
saya tahu pasal perkara ni (kenaikan kadar mas kahwin) sejak beberapa bulan lepas dari seorg kawan yang bekerja di JAIS…
perkara yg wajib jgn dipandang beban…jadikan ia tanggungjawab…
kalau hantaran beribu2 boleh…takkan mas kahwin rm300 tak boleh…
bukan untuk sesiapa pun..untuk bakal ibu anak2 awak jugak kan….
.-= izzah´s last blog ..Muhasabah Cinta =-.
@izzah, ini entri lama yg kak jie kitar semula – entri asal adalah ura-ura untuk menaikkan mas kahwin setahun lepas – bila apa yang diura-urakan itu dipastikan – kak jie kitar semula entri ini… 😆
topik best! haha. bagus2. nnti link exchange ye.
.-= ariff´s last blog ..Born to Rock, Drink and F**k =-.
@ariff, moga kita sama2 mendapat manafaatnya
bagi saya kerajaan patut bagi pinjaman tanpa faedah melalui potongan gaji.Sekarang ni nak kahwin kalau takde RM20K mmg tak kahwin la jawabnya.(berdasarkan pengalaman).Saya dulu sampai 2 tiga loan saya buat semata2 nak kahwin.Yerla,kerja bertahun2pun brapa sgtla dapat simpan sekrang ni dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
.-= eyriqazz´s last blog ..Fauziah Latiff =-.
@eyriqazz, mmg perbelanjaan kahwin bukan sedikit – bergantung pada kemampuan nak buat macam mana.
Ada org cukup 2 pasang baju – ada orang nak 4-5 pasang
ada orang hantaran 5-7 dulang, ada orang berbelas-dulang
ada orang tak letak syarat langsung – tak de dulang pun ada
ada orang kasut BATA, ada org kasut Gucci, siap begtangan, jam tangan dan berbagai2 lagi…
kalau dah buat pinjaman, kesan lepas perkahwinan pula yang perlu ditanggung.
@Kujie, mmg gitula skrg..kalau takde paling2 sempoi pun 10k..agak sukarla sedikit..btul kate kak jie tu..semuanye bergantung pade kite..nk meletopp ke?@ bersederhane? 🙄
.-= hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? =-.
kak jie…negeri sembilan bukan RM24 lagi. rasanya dah beberapa tahun dinaikkan ke RM200 dan RM100
refer nie:
.
http://nurmala-mazlan.blogspot.com/2008/07/mas-kahwin-selangor-mungkin-naik.html
salah satu sebab kenaikan tu adalah disebabkan:
“murahnya anak gadis negeri sembilan….”
pedih telinga, kak jie. cukup2lah org negeri lain membidik kami.
itu sebab takde tentangan di negeri sembilan.
kami setuju! dan tak pernah dengar pengantin lelaki bising pulak.
tp kat selangor…rm300 tuh dah macam bayar kereta sebijik kan. harga broadband naik pon marah, inikan harga kawen:P
tp kalau cinta…mungkin korbanlah. nak wat camne.
.-= cheryna´s last blog ..sha: the colour of your blog =-.
@cheryna, mgkn fakta kak jie tidak dikemaskini sebab ini adalah entri setahun dulu yang kak jie kitar semula mengikut isu semasa.
terimakasih krn info ini
Maskahwin tu kan pemberian wajib suami kepada isteri. Akan jadi hak isteri mutlak, tak siapa pun boleh usik termasuk mak bapa isteri. Pada pandangan aku RM2000-RM3000 mungkin sesuai.
Hantaran tu hal lain.
Kalo nak nikah murah pg Thailand.
.-= Dr House´s last blog ..Tetikus gaming Cyber Snipa Silencer dilancarkan =-.
@Dr House, berapa pun nilai, akan ada pro dan kontranya – lebih baik kembalikan hak menentukan mas kahwin anak masing2 kepada kedua ibubapa.
sungguh memang saya tak tahu bawa masa kawin dara dan janda berbeza ,,,,
.-= denaihati´s last blog ..Berapa Lama kita bersama DIA yang tersayang dalam sehari. =-.
@denaihati, jalannnnnnnnnnnn je, bila sampai kat simpang baru nak fikir nak masuk kiri ke kanan ye…? 😆
@denaihati, yeah..mesti ade..salah saru sebabnyer..si janda, terus boleh tnye empunya diri tp si dare nak kawen, tentunye masih bawah tanggungan walinyer..kenela lalu walinyer dulu..
.-= hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? =-.
setuju sangat ngan kak jie!! heeeeeee
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ =-.
@~mrs azmi~, nk claim nasi ayam trafik lite le tu… 😆
Orang nogori gak complicated. Sib baik kawin ngan org Selangor
@kruel74, tu lah aku pun kawin dengan warga selangor. bapak dan emak mertua memang best lah.. orang jawa tu.
.-= denaihati´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL selami hati mereka =-.
@kruel74, bila sampai bab mas kahwin, bakal isteri orang mana tu langsung tak difikirkan pun…………….. 😆
janda murah skit.. cari janda la pasni.. hehee 😆
.-= Anarm´s last blog ..AleaCorp – Peneraju Revolusi Perniagaan =-.
@Anarm, boleh ek main pilih2 cenggitu sebab nak carik yang murah? 😆
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ =-.
@Anarm, hahaha…. cakap
bila dah terkena- gila bayang , rindu makan tak kenyang, mandi tak bayang..siang malam terbayang-bayang…. apa dia minta pun sanggup tunaikan
kata org lautan api sanggup direnangi 😆
lautan api??!! ade ke? huhuu..
.-= Anarm´s last blog ..AleaCorp – Peneraju Revolusi Perniagaan =-.
hehehe…
maza tetap bangga dengan Johor! dulu, kini tetap maintain gitew.. heheheh
. 😉 😉 😉
@maza, bangga jadi orang johor gitu… heheheh
.-= nuaeman´s last blog ..Sekeping Roti Tisu, Dua Gelas Nescafe Panas =-.
@maza, oooppps….sini bukan stadium bola… 😆
woowwww….
ilmu yang amat berguna ni…
huhu…
saya umur da makin meningkat, perlu jugak la kot amek tau pasal benda ni..
serius sblm ni tak tau pape pon pasal bab2 ni..
hoho… nampak gaya bole la saya nak set kan mas kawin saya lepas ni…
hm… rm8888 ok tak? haha… 😆
.-= Azah´s last blog ..Sorry For the Rules =-.
@Azah, kang bakal somi awak nanges guling2 pulak sebab seksa nak bayar mas kawin 😆
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ =-.
@~mrs azmi~, mas kawin bila ikut agama mesti yg termampu oleh bakal suami …insyallah keluarga yg dibina akan lebih berkat dan berpanjanga sehingga ke syurga… tapi kalau mas kawin untuk ditunjuk-tunjuk maka itu untuk dunia sahaja…
.-= denaihati´s last blog ..Berapa Lama kita bersama DIA yang tersayang dalam sehari. =-.
@Azah, perkahwinan berlaku bila ada persetujuan kedua belah pihak…so pandai2lah berbincang.
8 juta pun boleh Azah kalau kedua pihak bersetuju 😆
err, correct me if i’m wrong,
tp bukan mak bapak tentukan ker?
ker yg mak bapak tentukan tu hantaran,
dah konpius dah,
tp mcm pernah dgr orang yg tetapkan
hantaran tu tak der, tp mas kawin tu
yg berbelas belas ribu tu,
bagus lah kan… bleh dpt 100% kat si pengantin nyer.
jangan bapak nyer songlap dah lah.. heheheh
.-= Pocket´s last blog ..238. Ah Fatt… =-.
@Pocket, bapak boleh songlap tapi tunggu lah balasan kat akhirat tetapi kalau anak ikhlas bagi no problem ….
.-= denaihati´s last blog ..Berapa Lama kita bersama DIA yang tersayang dalam sehari. =-.
@denaihati, Bapak songlap duit salam cengkok sude… he he. Salam cengkok sekarang bukan sikit. Koman-koman RM 10.00 sekepala. 😈
@Pocket, negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu mmg ditentukan oleh keluarga…tiada ketetapan oleh pihak lain.
Di Kedah bawah 100 pun ada. Ada jugak dengan hanya senaskah Al-Quran. Zaman Nabi dulu ada sorang Sahabat Baginda yang berkahwin dengan hanya sebentuk cincin besi. So aku tak berapa setuju la dengan ketetapan tu…. 😆
.-= Sifu_Din´s last blog ..Wajib Mandi Setiap Hari? =-.
@Sifu_Din, mas kahwin sebuah Al_Quran itu sangat-sangat tinggi nilainya. Saya kagum kerana mereka yang memberi dan menerima mas kahwin dengan Al-Quran sudah tentu mempunyai ilmu dan hidup berlandaskan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Tentu meraka faham wahyu-wahyu Allah yang dikirimkan melalui Rasulullah….
Tapi kalau makbapa/ penjaga/ kaum keluarga yang tentukan ..mungkin akan berlaku pula ketidakadilan pada silelaki..buatnya sikeluarga tu mintak beribu-riban naya pulak si lelaki..”Sesuatu yang ditetapkan oleh Jabatan Agama pasti ada kebaikkannya..
kalau maskahwin naik..? hantaran nak turun pulak kah? dont make joke la kak jie..dah bagus pun sistem kat Malaysia..
@muizz, errrr… kalau x mampu x yah la kawen… well i’m not making a joke either… saya sokong k.jie yang
“Saya juga tidak bersetuju kadar mas kahwin ditentukan oleh pihak pemerintah – Jabatan Agama Islam . Sepatunya makbapa/ penjaga/ kaum keluarga yang berhak menentukan mas kahwin anak masing² seperti di negeri Kedah.”
setiap org ade pendapat masing2… x perlu la kot nak laser kan mulut mengata masing2 kot…
.-= Azah´s last blog ..Sorry For the Rules =-.
@Azah, pendapat setiap org lahir dari brbagai tahap pengetahuan, persekitaran dan latar belakang – itu kita kena terima.
Mungkin dia tidak tahu bahawa Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu tiada penetapan mengenai mas kahwin.
@Kujie, btul tuh..kat terangganu..mmg tidak ditetapkan..biasenyer ibubapa pengantin perempuan akan tetapkan berapa jumlah mas kahwinnyer..tp semuanyer melalui perbincangan yg cukup cantik sekali..mksudnyer pihak pengantin lelaki setuju dgn jumlahnyer..
pade saye, mas kahwin adalah hak milik mutlak pengantin perempuan, so wajarlah nilainyer biar sepadan..so, saye mmg stuju bile selangor naikkan mas kahwin tuh..xde isu pun bile dinaikkan..sbb yg lelaki mesti bertanggungjawab dlm soal menyediakan wang mas kahwin..
p/s- beli rokok bertan2..xkan rm300 pun dah ade yg bising kot.. 😯
.-= hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? =-.
@muizz, kenapa mesti nak melenting begitu sekali? rasanya semua benda boleh dibawa berbincang..
mmg sepatutnya kadar mas kahwin ditetapkan oleh keluarga perempuan tapi zaman sekarang ni orang lebih berbangga dengan duit hantaran berbelas ribu tapi duit mas kahwin celah gigi je…
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ =-.
@~mrs azmi~, ok..saya x melenting..cuma bagi pendapat saya jer..nak setuju boleh x nak setuju pun boleh….well masing2 ada pendapat dan itu pendapat saya..
peace..
@~mrs azmi~, kak jie tak anggap pun dia melenting – mgkn pendapat dia betul…siapa kita .
mgkn kak jie salah , sekolah pun tak tinggi, membaca pun jarang2..apalagi nak mentelaah buku undang-undang… 😆
@muizz, salam .
terimakasih kerana meninggalkan komen dan pendapat. Mungkin muizz tidak membaca entri ini sepenuhnya bila mengatakan mengetanai sistem di Malaysia kerana
1 – Undang-undang Islam di seluruh Malaysia berbeza bagi setiap negeri seperti Undang -Undang Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Kesalahan Syariah
2- Dalam entri ini saya telah nyatakan Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan : Tidak ditetapkan. Negeri-negeri lain mas kahwin telah di tetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Jadi sistem mana satukah yang agaknya boleh menjadi ‘bahan lawak” di dalam entri ini? 😉
@muizz, > kalau mak bapak minta riban-riban.. ia adalah hak isteri, mak bapak tak bole ‘pow’ – berbanding senario sekarang, mas kahwin rendah, tapi hantaran kena minta riban-riban juga.. yang pasti, kebanyakan mak bapak dah ‘pow’ buat belanja kahwin…. 🙄
.-= samdaddycool´s last blog ..Koleksi terkini Baju blaus moden gaya kontemporari bermanik =-.