Artikel, Pengetahuan Am

Dah akil baligh

Korang jangan mengamuk sebab tajuk ini pula ye.. he he he.

Saya pernah menulis peristiwa pengalaman haid pertama anak saudara saya dan artikel persediaan diri ketika haid . Saya dapati banyak keywords mengenainya membawa pengunjung ke blog ini. Saya harap apa yang dicari ditemui. Saya cuma berkongsi sebagai seorang ibu kepada anak² yang baru meningkat remaja.

Sejak 2 minggu ini saya semakin sukar memahami percakapan Angah. Sengau semacam. Puas saya suruh dia ulang berkali² apa yang hendak dicakapkan.

” itulah… dulu gelakkan Along , sekarang kena kat diri sendiri”

Ha ha ha … kami berdua gelak kerana saya pasti Angah faham apa yang saya maksudkan. Masa Along baru pecah suara, Angah ada merungut kerana dia tak faham apa yang Along cuba cakapkan. Sekarang dah kena pada diri sendiri…ha ha ha.

Anak saya dah akil baligh. Saya sedar beberapa perubahan fizikal dan emosi dia. Dalam 2 minggu ini asyik bergaduh dengan Intan. Saya suruh suami bercakap hal lelaki’ dengan Angah. Rasanya di zaman saya dulu ibubapa dan anak remaja tidak berbincang secara terbuka hal ini, apa lagi dengan ibu. Tetapi saya sering berbincang secara terbuka dengan anak lelaki saya tentang semua hal .

Terukkan saya… hal anak pecah suara pun nak kecoh.

Saya mengikuti setiap detik proses pembesaran dan proses peralihan anak² saya. Kalau korang nak anggap saya mama yang terlebih ‘sudu’ saya tak kisah. Saya gembira berkongsi detik perubahan hidup anak² saya. ( tulis ayat mcm ni pun dah meleleh airmata… entah, bercakap ttg anak² rasa menyentuh jauh ke lubuk hati ).

Kadang² perkara yang remah pada anggapan orang tetapi tetap memberi satu impak yang besar bagi saya. Kesan emosi dan rasa semakin dekat dengan mereka. Contoh seperti pagi tadi, saya masak bekal char kuew teow untuk Intan( Intan bawa bekal setiap pagi dan saya hantar bekal sekali lagi setiap tengahari – dia balik 3.30 ptg ) dan suami bertanya, sedap ke? Saya jawap… entah…selagi Intan cakap sedap , saya tak kisah apa yang orang nak kata .

Mudah, kan?

Lelaki akan memasuki tempoh akil baligh lebih lewat berbanding perempuan iaitu antara usia 13 hingga 15 tahun. Memandangkan lelaki tidak menunjukkan petanda ketara seperti kedatangan haid apabila mereka mencecah peringkat akil baligh, satu kombinasi karakteristik boleh menyedarkan anda tentang bermulanya peringkat akil baligh anak anda.

Yang dramatiknya ialah pertumbuhan mendadak dalam kebanyakan lelaki. Mereka akan menjadi lebih tinggi manakala bahu bertambah luas. Inilah masa yang sesuai untuk anda membeli pakaian baru bagi anak lelaki anda dengan lebih kerap.

Suara seseorang anak remaja lelaki mulai bertukar menjadi garau. Bahagian zakar, skrotum dan testis akan berkembang sekali gus mengubah penampilan mereka biarpun pada peringkat ini, kebanyakan remaja lelaki sudah tidak selesa untuk membiarkan ibu bapa mereka melihat perubahan tersebut.

Akil baligh adalah masa di mana lelaki dan anak gadis menjadi lebih rimas terhadap penampilan mereka khasnya pada bahagian-bahagian sulit.

Remaja lelaki akan mulai mengalami ‘mimpi basah’ dan ini adalah perkara biasa yang tidak perlu dibangkitkan oleh ibu bapa di hadapan adik-beradik yang lain.

Seboleh-bolehnya, ibu bapa perlu menyakinkan anak bahawa ini adalah sebahagian daripada proses menjadi matang.

Sebaik sahaja anak lelaki mencapai peringkat akil baligh, mereka perlu menyedari ‘keupayaan’ mereka untuk menyebabkan seseorang gadis mengandung. Jadi, ini adalah masanya untuk mengingatkan anak tentang erti bertanggungjawab dalam segala tingkah lakunya.

Perubahan emosi sewaktu mencecah peringkat akil baligh adalah sama di antara remaja lelaki dan perempuan. Keengganan mendengar nasihat, merungut atau menangis tanpa sebab adalah antara kerenah anak remaja anda pada peringkat kehidupan awal akil baligh ini.

Perubahan hormon yang dihasilkan oleh tubuh anak gadis mencetuskan emosi yang tidak stabil dan anda hanya boleh bersabar dengan perangainya.

Meskipun ia satu proses semula jadi dan tidak dapat dielakkan, anda sebenarnya mampu mendidik anak remaja tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan mereka.

Ketidakstabilan mood mungkin sebahagian daripada proses akil baligh tetapi ini tidak bermakna anak gadis anda boleh melawan kata-kata anda. Begitu juga dengan anak lelaki anda. Apabila dia mulai merasakan diri telah dewasa dan lebih daripada sekadar lelaki, kemungkinan nasihat anda sudah tidak diendahkan lagi.

Buatlah keputusan terhadap apa yang dibenarkan dan dianggap munasabah untuk diri anda dan anak. Pastikan keputusan yang dibuat adalah konsisten.

Sekiranya anda membiarkan anak remaja ‘memijak kepala’ anda, tentulah sukar untuk mendidiknya kelak. Lebih-lebih lagi selepas mereka melangkah ke alam persekolahan di peringkat menengah.

Peringkat akil baligh mungkin sesuatu yang baru untuk anak anda tetapi ia sudah tentunya bukan satu pengalaman unik. Anda sendiri telah pun melaluinya dan sekarang masanya anda mengharunginya bersama anak remaja anda pula.

Petikan laman web www.parentingteens.com.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Dah akil baligh

  1. nak tanya kujie: suara pecah dgn mimpi basah datang serentak ker…..atau macam mana? anak saya suara dh pecah tp dia kater tk mimpi apa pun……mama dia tanya papa..papa dia kata tk ingat…..boleh??? i mushkil ler boleh tak kujie tulun jwbkan….

  2. Akak ada 6 anak 5 pompuan 1 lelaki nasib baik kakak2 nya
    banyak membantu bagi ceramah percuma ringan sikit tugas akak

  3. pengalaman maza sebagai remaja tiada siapa yg mendorong atau mendidik maza. tau-tau dah besaq kedabak, baju dah tak muat, suara sudah macho! waakakkaa

    satu lagi sikap keluarga yg tak reti menghormati privasi anak2 ..
    satu kesan yg amat tidak suka apabila melihat perubahan fizikal ketara atau sesuatu yg melibatkan baligh, org tua memandang serong, mengejek dan melakukan perkara yg memalukan anak2.. atau tidak menghormati privasi anak tersebut.. mengecil-ngecilkan peribadi seseorang dgn cara mengejek atau menyindir atau memandang sini..

    nak aja aku tangankan semua mulut2 dan jelingan mata yg tajam itu..huhuu

    🙄 🙄 🙄

  4. oo….Tie rasa anak bujang Tie pun dah baligh….Tingginya semacam, suara macam guruh……tapi manjanya makin menjadi2…naik geli pulak…

    Ties last blog post..Pulau Redang

  5. muadz – benda ini normal..anak2 akan lalui, kita yang dah lalui mesti bagitahu dia org…kalau kita siapa lagi, kan?

    tak sangka tomboy tu skrg ni dah jadi ibu contoh..he he he

    jiji – budak2 skrg ni dah kenal benda2 tu..selalu ada iklan kat tv..kak jie dulu

    ada satu iklan kt tv, iklan sanita..heheheh.. tertanya2 apa kebendalah tu?

    dah tu..kotal besar mcm kotal cornflate/cococrunch tu… di balut…tapi sebatu org pun dah tau ape benda isi dalam tu..sebab zaman tu..hanya benda tu ade yg jual dalam kota mcm tu

    skrg ni berjenis..

    mengisap darah bukan nyamuk
    bersayap tak boleh terbang

    hehehe

  6. haaa ni yang nak ceta 1st time period. dah la mak bapak takde. saya duduk coti kat kg dgn nenek. Masa tu dlm bilik tgk tgk ada darah.. punya la takot. apa lagi nenek pon suruh pakai pad zaman dulu!!

    Kain lipat lipat .. taruk kat mcm seluar dalam yang ada tali ikat kat pinggang.

    tak puas hati punya apsal kena gak pegi kedai. rasa mcm bontot itik je ketika berjalan cari pad zaman moden.

    Seksa!

  7. kenapa nak dihiraukan ttg lebih sudu tu kakjie..rasanya semua ibu2 yang kasihkan anak2 pasti berbuat demikian…

    saya telah diberi ‘sex education’ seawal umur 10 tahun oleh ibu saya…persediaaan dan kemungkinan yang bakal tiba…kerana sepupu saya datang haid seawal umur 9 tahun!…

    sekarang saya ada juga ‘hinting’ sikit2 kepada anak sulung saya, walau umurnya baru 8 tahun tapi kerana sizenya yang agak berbeza dari rakan sebaya yang lain…

    mujur saya ada pengalaman dgn anak2 saudara lelaki juga perempuan sebelun ini …at least dapatlah membantu..:)

    kakjie -> sharing is caring 🙂

  8. hayat – umur hanya angka..heheheh

    tetap menten, kan..anggun lagi!

    cepotet – zaman dah berubah, hal macam ini kita kena bagi tahu anak2..kalau dia search kat google , pergi web yang bukan²lagi haru..

    😀

  9. lily – kawan kakjie ramai ibu²… berkongsi hal anak2..rasa seronok je

    utk korang juga..

    bakal ibu..

    su – itulah maksud kakjie..hal sekecil itu pun boleh menjadi isu yang menarik utk dibincang dgn anak2..tetapi kena lah bercakap ikut tahap umur dia orang..tak bolehlah terlalu open sangat.

    penerangan mesti ikut tahap umur..nk cerita kat intan dgn kat along walau isu yang sama, berbeza…

  10. mat gebu – itulah..sekarang ni kalau kita tak bercerita hal yang sepatutnya dia org tahu..bahaya kalau dia bertanya salah tempat..selalunya dia akan merujuk dengan kawan2…kalau dpt kawan yg ok,alhamdulillah…kalau kawan yang bawa ke jalan yang salah..

    ibubapa tak boleh nafikan pengaruh kawan² dalam hidup anak remaja..kita boleh bagi kebebasan tetapi masih di dalam kawalan..kakjie kenal kawan² anak kakjie..

    mat..rumah tak siap tu..hahaha..terpelohong sampai bila tataulah..tunggu big boss ade cuti nak buat.

  11. azis – budak zaman sekarang, ibubapa kena menjadi kawan dgn dia org…cikgu pun tahukan….

    tiba2 suara dia dah sengau..garau je..hehehehe..mesti perasan.

    dah tu…sensitipppp.sikit2 nangis.

  12. suwitlah akak ni..

    mesti seronok kan jadi ibu? bukan senang nak mendidik anak anak ni. besh la akak ni. share info yang macam ni. jarang orang nak cite pasal ni sume kan. =)

  13. Salam k’jie
    kakak kat opis su pun ada cerita ttg perubahan anak lelakinya yg telah akil baligh. cerita ttg pertanyaan si adik pada si abg pasal mimpi basah… hehe… kelakar but very sweet.

  14. kak jie memang rajin berkongsi tentang perkara2 mcm nih kan ..

    mmg bagus ..
    🙂

  15. Tahniah kak jie sebab menjadi ibu yg versatile…yelah kita pun kena faham kan, ibu/ayah zaman dahulu kan tak nak bincang2 isu ni, sebab dianggap “tabo” dan lebih bersifat peribadi…zaman sekarang tak boleh, kang kita tak berfikiran terbuka, depa pi tanya atau cari kan sumber2 lain..silap2 salah sumber..haruuu!!!…apa2 pun patik cukup bangga lah cara kak jie menangani isu tumbesaran anak2, boleh jadi ibu contoh…syabass kak jie…Bestnya rumah kak jie, lapang dan ber”angin” kan….

  16. bagus tau dapat mak macam kakjie…peka dengan perkembangan anak2…yang paling best kakjie tunjukkan yang kakjie prihatin kat perkembangan anak2…

  17. intan – rasa rugi takut terlepas peluang utk sama2 melihat proses peralihan mereka..

    takut tak sedar…

    ita – itulah..pengalaman kawan2 ni boleh kita gunakan utk anak2 kita..sharing is caring..

    😀

    maksu – betul tu maksu

  18. mz – pakcik skrg ni cari menantu kat myspace, frienster ..tak pun jengok YM anak2..hehehehe

    diya – tul tu diya..kita mcm tak pemiliar lagi dgn suara dia.. rasa mcm org lain..

    angah tu lagi la…eee..rasa mcm kanak2 lagi..rupa2 dah bujang anak mama.

  19. K.Jie…

    Saat bermakna dlm hidup seorg anak bererti saat bermakna dlm kamus hidup seorg ibu juga… 🙂

  20. wah wah wah. anak mama dah pecah sore. huhu. diya klw 1st time dgr dak laki start pecah sore, rasa gerun pun ada. hehehe [tapi, diya tak pasan lak bila adik2 diya pecah sore.]

    p/s-biasanya anak2 pun menitik gak air mata klw cakap pasal mak ayah die 🙂

  21. wah … dah ada dua anak bujang. x lama lagi bleh la menengok calon2 menantu ;)) hik hik hik

  22. yonna – dulu dia rendang sikit, mcm kemetot je…

    hari tu dia ukur …kat dinding rumah mama mmg ade garis2 anak2 dok ukur badan dia org dah..3-4 thn dah.

    dia leh ckp..sapa kata angah pendek..tgok angah lebih tinggi dari along masa along umur sama dgn angah..hahahaha

    Yonna..tu la..tiba2 rasa dia dah dewasa.eee..takutlah pula bila dewasa..takut kena tinggai..

    heheh..mama yg sangat kejam!

  23. mama ranggie – biar dia org banyak bercerita dgn kita dari bergantung dng kawan2..kawan2 pun nk kena tapis juga.

    neeza – hidup kita mmg dgn anak². Celik mata dah fikir nak siapkan apa utk sarapan nnt..hehehehe

    sebol – engko ni kan..tak sempat kak jie nak feeling² sikit…

    umur tua tapi tetap menten…:D

    hehehehe…nak tunggu Wawa blog it out pasal Umar pecah suara :p

  24. mama..
    ahaha..
    angah dah besar 🙂
    dah buleh berchenta haha..
    ari tu jumpe die mcm budak2 lagi.
    btw,
    suke entry mama ni 🙂
    mama ikuti setiap perkembangan anak2 mama..
    hee..
    pasni tunggu intan punye edition lak tp lambat lg la hehe

  25. biarlah kak Jie apa orang nak kata..
    neeza pun suka nak tulis tentang perkembangan anak2 neeza..
    dah anak kita kan.. kita tulis la..
    kita bangga dengan anak2 kita..
    biar pun hal yang remeh macam.. dia baru pandai tulis huruf A.. hehee.. tapi kita yang sama2 duduk tidur bangun dengan dia, rasa itu satu pencapaian yang amatlah luar biasa..
    maklumlah.. anak kita..
    orang nak kata apa, lantak laaaaa… hehehe…

  26. memang patut kite kongsi setiap saat tu dgn anak2…

    dlm dunia skrg,kite kena lebih rapat dgn anak2…

    memang itu perlu skrg!

Comments are closed.