Wau Ku Adam Jantung Berlubang
Anak

Wau Ku Adam Jantung Berlubang

cara buat wau
Ini anak saudara saya – Ku Adam Hakimi, 7 tahun.

Petang Sabtu tak kala ahli keluarga lain berehat selepas kekenyangan makan tenghari gulai kulat ( kulat sisir ) dan sambal tahun, dia diam-diam disatu ceruk dapur sedang memyiapkan wau.

Saya ternampak dia tekan sedang memgikat bilah buluh yang diraut halus untuk dijadikan bingkai wau.

Saya terkenang keluh kesah rakan-rakan online saya mengenai anak-anak mereka yang leka dan ketagih bermain gajet sama ada  tablet, ipad atau permainan di smartphone.  Seronok rasanya melihat Adam mampu merangsang pergerakkan tangan dan motor otak berfikir dengan kreatif.

Ramai rakan-rakan sebaya Adam,  kebanyakkannya di bandar disogokkan oleh ibubapa mereka  dengan permainan gajet skrin sesentuh  yang berpotensi untuk mengalami masalah kekuatan otot yang kurang dirangsang.

cara buat layang-layang

20 minit kemudian saya lihat dia bentangkan sehelai plastik sampah yang telah dibelah dua. WOW ! Saya pun tak terfikir nak gunakan plastik macam ni.  Ralit saya melihat dia mengunting plastik mengikut bentuk rangka wau yang telah dibina dan ada lebihan untuk melipat dan digam.

Ini adalah wau Adam yang entah ke berapa puluh.  Latihan demi latihan dalam membina wau ini, kesilapan demi kesilapan sudah tentu mengajar otak Adam untuk  memproses keputusan mana yang paling terbaik sewaktu mengunting atau pun mereka bentuk.

Dia belajar dari pengalaman berkali-kali dan menemui jawapan kenapa buluh bahagian tengah perlu yang lebih besar,  berapa sudut tepat untuk membina badan dan kenapa perlu gunakan bahagian ringan dibahagian sayap.

Petangnya walaupun musim hujan, suami telah membuktikan wau ini berjaya terbang dengan eloknya.

pengidap jantung berlubang

Entri saya tahun 2007.  Inilah Ku Adam Hakimi.   Dia dilahirkan dengan masalah jantung berlubang. Walaupun pembesaran Adam terlewat daripada kanak-kanak lain, sekarang Adam dah sembuh. Menurut doktor,  lubang yang terdapat pada jantungnya semakin baik bercantum seiring dengan pembesarannya.

Kalau dulu Adam perlu membuat rawatan pakar  setiap 3 bulan sekali, kemudian setiap 6 bulan sekali dan sekarang hanya setahun sekali. Doktor hanya mahu mengemaskini rekod kesihatan terkini Adam.

Istimewanya Adam kerana bekalan ubatnya perlu ditempah sebelum datang ke hospital daerah.  Setiap 2 minggu sekali, adik saya akan telefon bahagian farmasi hospital sebelum datang mengambilnya selepas 1 jam kerana pihak farmasi akan memproses ubat hanya untuk Adam.   Adam satu-satunya pesakit seperti itu di hospital daerah.

Doakan Adam ye makcik pakcik semua…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Wau Ku Adam Jantung Berlubang

  1. Wah.. terernye.. bes tengok budak-budak main benda selain ipad, video games, etc2 ni.. outdoor is always the best!

  2. ALhamdulillah… semakin sihat adam.. bijak lagi. hmm…belom nampak lagi ank sendiri buat layang2.. rumah pun duduk flat jer…memanglah takde permainan trasional lagi..uhuuu..

  3. Harap Adam sihat selalu ya Kak Kujie. Bijak sungguh, bukan mudah nak buat wau. Teringat anak saya dulu pernah suspected jantung berlubang. Alhamdulillah Adam dah sihat.
    Budak-budak sekarang bukan mainan tradisional aje, mainan biasa pun tak berminat kadang-kadang tu.
    Jom terjah post menarik dari Nia Mk ..Bersalin Hospital Swasta atau Kerajaan?My Profile

  4. Kreatif. Susah sebenarnya nak buat wau ni. kalau guna buluh, kena mahir meraut.. sebab kita perlu bentukkan ia. Dari meraut buluh, melapik wau dan terbangkan..semua kena ada skill. 😉

    Sy doakan semoga adam diberi kesihatan yg baik. amin..

  5. Kak Jie…bila baca kisah Ku Adam Hakimi teringat kisah adik sendiri yg juga mengalami jantung berlubang semasa bayinya. Hospital menjadi rumah kedua mak sehingga arwah abah meninggal Allah perlahan2 pulihkan adik. Sekarang alhamdulillah dia hidup sihat dan berusia 37 tahun kini.

    Doa yang terbaik buat Ku Adam Hakimi agar terus sihat hendaknya.
    Jom terjah post menarik dari JuneAina ..Pesakit Asthma Saya Alah Pada KucingMy Profile

  6. Alhamdulillah..semoga sentiasa sihat sejahtera selalu yer dik..dah lama tak buat wau..nanti anak besar macam ni seronok sikit buat wau dengan dia..huhu
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Lagi Enam MingguMy Profile

  7. untungnya anak di kampung kak…anak saya seusia dengannya nak gunting kertas pun tak berapa yakin…baik..saya belajar sesuatu dr ini…terima kasih kak..
    Jom terjah post menarik dari rozita ..Wordless Wednesday # 55My Profile

  8. Budak2 yg duduk kampung mmg bertuah, sebab banyak aktiviti yg boleh meransang minda dan tumbesaran. Pernah buat wau mcam ni, mmg kena buat berkali2 sebab nak balance kan tu payah sikit, kalau tak balance wau tak mau terbang cantik hehehe…

Comments are closed.