Terlupa Nombor PIN Kad ATM
Anak

Terlupa Nombor PIN Kad ATM

“mama… Angah terlupa PIN No Kad ATM

Bila anak-anak bertanya, mak-mak boleh jawap, “kejap, mama Google” hihi

Sebenarnya saya tak google pun, saya boleh tanya customer care Maybank melalui akaun Twitter mereka. Inilah jawapan Maybank.

lupa pin nombor atm kad

Kalau terlupa nombor PIN kad ATM, kita kena buat kad ATM baru dan kena bayar RM 12.  Tak boleh reset nombor PIN baru atas faktor keselamatan.

( sebenarnya Maybank fobia dengan ayat “Tidak Boleh” sebab tu dia jawap berjela-jela panjang…hihihi )

 

pin nombor kad atm hilang

Kawan-kawan saya di Facebook juga berkongsi maklumat mengenai cara nak dapatkan nombor PIN kad ATM kalau kita terlupa. Memang tak ada cara lain selain pergi ke cawangan Maybank dan mohon kad ATM yang baru dan bayar RM 12.  Antara sebabnya adalah kerana pihak Maybank tak ada kuasa untuk memasuki sistem kawalan no PIN ATM pelanggan.

Petang tadi saya pun ke Maybank dengan Angah tapi kami tak kena charge pun RM 12.

Betul… kami tak kena charge apa-apa pun….semua urusan selesai.

Nak tau sebab apa?

Sebab , Angah boleh ingat NO PIN kad ATM sewaktu berdiri di depan mesin!

Ha ha ha… lawaklah budak tu.  Padahal dah beberapa kali dia mencuba , tak pernah nak ingat.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Terlupa Nombor PIN Kad ATM

  1. masa belajar dulu, saya selalu letak no pin ATM guna no rumah..sekarang memang pakai no yang satu sahaja supaya tak lupa..rasa makin berumur ni, makin lupa pulak..

    sebenarnya Angah tu ingat tapi panik jadi dah cuba macam-macam pun masih lupa..
    kena bertenang baru boleh ingat..
    Jom terjah post menarik dari tutyrahiza ..Panduan Untuk Anak Susah MakanMy Profile

  2. info yg bagus ni . tak pernah tau hehehe. tapi no pin tu kalau boleh setkan no yg selalu kita ingat..tapi bukan no ic & tarikh birthday sendiri…tarikh birthday orang lain takpe,,hehehe
    Jom terjah post menarik dari azMan ..Cerita lamaMy Profile

  3. Sekarang ni mudah sangat kita lupa. Dulu2 nombor telefon semua kita ingat. PIN atm bukan banyak pun, itu pun kita mudah lupa. Kena banyak makan kismis untuk kuatkan daya ingatan.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Penawar GautMy Profile

    1. hal yang berlaku dlm kehidupan kita seharian…. memang kebanyakkan kita akan google apa saja masalah
      cari pengalaman orang lain…kan

    1. ha ha ha..sebab ramai kawan dah tau jawapan kat wall facebook…so kena trick sikitlah ajak dia orang datang baca kisah sampai habis….ending yang orang tak jangka

      zaman skrg semua nak enter apa2 guna password…kadang2 tertukar
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Terlupa Nombor PIN Kad ATMMy Profile

    1. Waalaikumsalam…

      tapi memang betul pun, kadang2 kita tertukar password
      maklum zaman skrg ni semua akses nak guna password…register online itu ini nak kena ingat password
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Terlupa Nombor PIN Kad ATMMy Profile

Comments are closed.