Masak Lemak Cili Api Telur Angsa Belimbing Buluh
Resepi

Masak Lemak Cili Api Telur Angsa Belimbing Buluh

Pernah nampak telur angsa? Pernah makan telur angsa?

Saya pertama kali. Pertama kali tengok dan pertama kali makan telur angsa. Perbezaan telur itik dan telur ayam , telur itik lebih banyak bahagian kuning berbanding bahagian putih. Kita selalu sebut ‘putih telur’

Kisah telur itik yang selamat tiba ke rumah saya melalui Tren Ekspres Senandung Langkawi SL 21 (Hat Yai ke KL Sentral) dari stesen Sungai Petani juga penuh limpahan kasih sayang silaturahim. Telur angsa ini hasil ternakan besan mak saya ( mertua adik saya ) yang tinggal di Kampung Jagung, Sungai Petani. Kami memang rapat dengan keluarga mertua adik saya kerana sewaktu Angah di MRSM Merbuk, situlah tempat percutian singkat Angah jika tidak dapat balik ke Serendah.

Telur angsa yang dibungkus lembut penuh kasih sayang ini menaiki Tren Ekspress Senangdung Langkawi di Stesen Sungai Petani bersama emak dan ayah saya dari kampung. Dari Baling adik saya jemput mak dan ayah ke Sungai Petani sebelum sampai ke Serendah.

Dalam usia ayah 73 tahun, cuba bayangkan bagaimana kedua orang tua saya mengusung telur angsa dengan penuh perhatian bersama 2 kotak buah langsat dan buah dukong. Jam 4.30 pagi tren dah sampai di Rawang.

Sebab itulah, saya rasa telur angsa ini sangat istimewa. Disebabkan kisah perjalanan telur angsa yang begitu dramatik sekali, saya pun cuba memghasilkan pengakhiran bagi telur angsa dengan lebih bermakna.

hihihi…………….. tu baru mukadimah.

telur angsa

RESEPI LEMAK CILI API TELUR ITIK ANGSA BERSAMA BELIMBING BULUH

mula-mula kita sediakan bahan yang dikisar. Tapi saya tak kisar, saya tumbuk dengan irama harmoni.

  • BAHAN KISAR
    10 biji cili padi merah / ikut suka tahap kepedasan masing-masing
    3 biji bawang merah kecil
    1ulas bawang putih
    1 inci kunyit hidup/ kalau warna kunyit tu ceroi , boleh tambah kunyit serbuk .

BAHAN UTAMA

  • 2 biji telur itik/angsa yang dibersihkan.
    2 batang serai dan diketuk
    1 atau 2 helai daun kunyit bergantung kepada saiz ( saya Β beli 30 sen sehelai )
    1 keping asam gelugor
    1 liter santan cair
    200 ml pati santan
    garam dan gula secukup rasa
    10 biji belimbing buluh dan dibelah 2

masak lemak cili api telur angsa belimbing buluh

CARA MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK/ANGSA

  • Masukkan bahan kisar/tumbuk bersama serai dan santan cair. Masak dengan api perhalan sambil dikacau sehingga mendidih.
  • Pecahkan telur satu demi satu di dalam mangkuk sebelum dimasukkan ke dalam periuk. ( Intan tanya kenapa nak buat macam ni, kenapa tak terus masukkan dalam periuk… ye anak-anak, supaya kita boleh tapis atau saring dulu sekiranya ada telur yang rosak. Kalau masuk terus, menjeritlah kat dapur sebab seperiuk masakan kita rosak kerana sebiji telur )
  • Kalau perlahan supaya telur tak pecah. Masukkan asam, gula, garam dan santan pekat. Masukkan daun kunyit yang telah dicarik-carik.
  • Masukkan belimbing buluh.

Siap satu hidangan untuk mak , ayah dan mak mertua saya tengahari tersebut.

 

NOTAKAKIKUJIE : terpaksa akhiri entri ini dgn mengejut, ada tetamu nak datang melawat

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Masak Lemak Cili Api Telur Angsa Belimbing Buluh

  1. Mmg rare btol nk dpt kn telur angsa ni. Telur itik bleyla gk gigih nk cr tp telur angsa ni rs cm smpai tahap mati punca nk cr kt mn hehe

    Btw, mcm mn ek telur angsa ni? Cm telur itik ke ayam?

  2. Tetiba kelenjar air liur merembes dengan mencurah-curah..huhu! Sluurrppp, mau meleleh atas keyboard kang. Adoi, tak tahannn…

  3. Kawe makan telur angsa ni zaman budak2 skul dulu. Masa tu ada bela haiwan ni. So, selalu lah balun. Cuma, dah lupa rasa dan rupanya.
    Paling payah ialah nak curi telur angsa dari omaknya. Perghh.. silap2 di sudu nya kita..
    Jom terjah post menarik dari Ismail N ..Mee Rebus MuarMy Profile

Comments are closed.