Nak Keluar Pergi Dating, Sambut Valentine’s Day
Peribadi

Nak Keluar Pergi Dating, Sambut Valentine’s Day

Hari berkasih sayang?

Hari ini saya ingin berkasih sayang dengan orang-orang tersayang.

1- Cik Serena – Kerana sayangkan Cik Serena, hari ini nak bagi dia snow wash. Di belai , di gosok , di usap dalam kebasahan.

2- Kak Nor – kerana saya sayangkan kakak ipar sulong saya , hari ini saya akan ke rumah beliau di Bandar Putra Mahkota.

3- Iza – Tadi telefon , suara dia serak ,batuk-batuk tanda orang tak sihat. Baru balik dari Dubai macam orang baru balik haji . Kemungkinan singgah Nilai menziarah kejap.

4- Kekasih hati – Encik suami Saipul Anwar. Kerana beliau antara orang kesayangan , hari ini saya akan ke KLIA hingga lewat malam untuk kirimkan 10 kg bingkisan hadiah cinta . Belacan, sambal tempe, sambal kacang, daun limau purut, ikan terubuk, bilis, serbuk santan , minyak cap kapak, kicap, sup bunju t..bla..bla…kalau boleh diri sendiri pun nak dikirim ke Algeria. :mrgreen:

( Tiada perkataan TER ye….sayang dengan sengaja bukan TERsayang..tak sengaja tu … :lol: )

5 – Mak, Ayah, Zai, Mail, Angah, Intan, Aiman, Aishah, Cik, Nora, Tan..bla…bla…. kerana saya sayangkan mereka – esok saya akan mulakan perjalanan melalui lebuhraya PLUS arah utara lebih 400 kilometer.

Kawan-kawan blogger,

Sekiranya blog ini tidak diupdate, percayalah saya berada bersama orang-orang kesayangan . Marilah kita berkasih sayang!

©Kujie ~I don’t need valentine’s day to make me feel special b’coz you have made me special in so many ways everyday  … muaaahhhh….!!!

p/s – turutan itu bukanlah tanda cik serena lebih disayangi..tapi rukun ke 13..hehehe..tertip. Yang atas buat dulu….yang akhir baru balik kampung.

p/s – siapa faham tentang gambar kaktus tersebut?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Nak Keluar Pergi Dating, Sambut Valentine’s Day

  1. benar..kita sentiasa di keliling orang-orang tersayang, cuma kekadang kita tak nampak orang depan mata kita tu adalah orang yang menyayangi kita, cuma mungkin dalam approach berbeza.

  2. Detik terindah bersama yg tersayang..best kan Kak Jie..

    Kaktus tu ek..nampak macam bentuk love..tapi berduri..mungkin maksudnye cinta itu indah, tapi boleh menyakitkan kalau tidak kene gayenyer..agaknyerla..hihi..

    p/s – tak puas balik kampung jumpe parents, rase mau cuti lagi 3 hari..huhu

  3. huhu, kak jie ni penuh bermakna kata2 nya dan gambar yg ditampilkan tu

    rasa2 nya, kaktus berbentuk hati tu ibarat cinta itu banyak onak durinya

    kalau tak berhati2 semasa memetik hati, kena lah duri,
    .-= mijie´s last blog ..Langkah menukar theme blog wordpress tanpa FTP =-.

  4. Hari-hari hari kasih sayang. Sayang yg paling utama kepada ALLAH insyallah kita kan dapat semua kasih sayang yang lain.
    .-= denaihati´s last blog ..Keputusan Entri Popular HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  5. maksud dia?
    emmm..
    pakailah spender berduri di hari vday
    .-= Maya´s last blog ..Tutorial WordPress: Membina Widget Shout =-.

  6. i don’t need a day to express my love…my love is timeless
    😆
    .-= yati´s last blog ..bersama terasa ceria =-.

  7. alangkah bahagianya hidup ini jika ramai orang yg mengasihani kita..utk kak G, selamat berkasih sayang..
    .-= Ayah Aiman´s last blog ..Selamat Hari Lahir! =-.

  8. alangkah bahagianya hidup di ini jika ramai orang yg mengasihani kita..utk kak G, selamat berkasih sayang..
    .-= Ayah Aiman´s last blog ..Selamat Hari Lahir! =-.

  9. Cinta itu ibarat kaktus, nak dapatnya susah kerana ada rintangan dan halangan dari duri dan sebagainya ..

    tp bila dah dapat, khasiatnya, nikmatnya, kebaikannya tak terkata …

    begitu juga cinta, nak jumpa cinta sejati memang susah tapi bila dah jumpa, hanya tuan empunya badan sahaja betapa nikmatnya .. 🙂
    .-= hydir´s last blog ..5+1 perkara yang anda boleh lakukan jika bosan di pejabat =-.

    1. @ hydir: setuju sangat2…tak sangka en. hydir pandai berfalsafah dan bukan sampah 😎
      .-= Ayah Aiman´s last blog ..Selamat Hari Lahir! =-.

  10. suke blog ni sebab menggunakan perkataan “SAYA” itu membuatkan blog ini disayangi oleh ramai blogger dan pembaca. mudah dikenali dan didekati tapi awas… bak kate orang… nice to see but dont ever dare to touch…

    thanks akak. rasanya lepas ni nak gunakan perkataan “SAYA” jugak dalam catatan peribadi. “AKU” nampak macam ganas.. tapi kurang berseuaian untuk beberapa perkara dan aspek.

    itu yang aku paham daripada gambar kaktus tuh.

    P/S: komen? komen still pakai aku. hehehe~
    .-= Kreuger´s last blog ..Artwork: Sepetang mengeteh bersama @Aeropama =-.

    1. @Kreuger, aku pun rasa mcm nak gunakan SAYA dlm penulisan blog..tak rasa mcm janggal pulaks…
      .-= Ayah Aiman´s last blog ..Selamat Hari Lahir! =-.

  11. gambar kaktus? bentuk hati (love) tapi ada duri disebaliknya..hmm.. cinta itu pedih/menyakitkan?hohoho.. kena fikir dalam ni..

    saya pun tak tahu nak berkasih sayang ngan siapa ni….mungkin telefon ma abah kat rumah..huhu, abah pula di Indonesia, ntah apa la dia buat kat sana..
    .-= izzat´s last blog ..Happy Chinese New Year and Happy Holiday =-.

  12. Kak tus tuu berbetuk kasih sayang berduri – kena terjemah ke? – Terjemahan – Kasih sayang itu perlukan pengorbanan untuk dikekalkan Perasan Kasih Sayang.. :mrgreen: :mrgreen: Err betul ke?

    Kalau bab tak pakai panties bukan kasih sayang, tuuu LLLUUUSSSSTTTTT! namanya.

    Ho Ho Ho

    p/s : Kasih Sayang saya antara termasuk la Induction Cooker yang sekarang ni tengah berkasih sayang mengempukkan daging 1.5kg yang baru dibeli. LoL!! :mrgreen: :mrgreen:
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Doodle in FaceBook? Whoaho!! =-.

  13. Ramai betul kekasih akak. Kaktus tu pun masuk list ke? 😳
    .-= imran´s last blog ..Konvokesyen =-.

  14. huhu…
    comelnya kasih sayang ni…
    nk g klia ek?
    jumpa parents saya kem salam,
    dorang will be there dari kul 12-6.00 petang tuk flight ke india..
    orang2 tersayang saya tak de bersama hari ni..

    😆
    .-= Azah´s last blog ..Valentine’s Day is Here, Let’s Not Wear Panties =-.

Comments are closed.