Mata Pelajaran Pentaksiran  Pusat Dalam PBS
Pengetahuan Am

Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Dalam PBS

sebuah sekolah di phnom penh
Sebuah sekolah di Phnom Penh , Cambodia ( 18 Disember 2014 )

Sekarang Intan dah di Tingkatan 3, jadi saya sangat alert dengan beberapa isu mengenai PBS.  Tak kiralah apa nama yang akan diberikan samasa ada PBS atau PBSMR atau PMR.

PBS telah dilaksanakan di peringkat menengah rendah mulai Tingkatan 1 tahun 2012 dan murid yang  akan menduduki Tingkatan 3 tahun 2014 menjadi perintis sistem ini dilaksanakan.

Saya tahu , semua guru, murid dan ibubapa sedang meneka dalam kesamaran mengenai sistem tersebut. Perubahan nama tidak membawa kesan yang drastik tetapi perubahan sistem yang memberi kesan langsung kepada pihak guru dan murid.

Sebagai ibubapa, saya sangat berharap menjelang 2014 yang akan tiba beberapa hari lagi akan memberi pencerahan yang jelas kepada kami yang terlibat. Perjumpaan ibubapa dan guru di hari pertama persekolahan sudah tentu menjadikan isu ini tak mungkin dipandang sepi.

Saya sendiri mencari maklumat untuk pemahaman sendiri di laman web rasmi kementerian dan antara bahan yang ingin dikongsi adalah mengenai permarkahan Pentaksiran Pusat ( PP ) iaitu peperiksaan akhir tahun seperti PMR sekarang.

Kaedah pentaksiran PBS terdiri daripada

  • Pentaksiran Sekolah ( PS)
  • Pentaksiran Pusat ( PP)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ( PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik ( PPsi)

PS dan PAJSK dilaksanakan di Tingkatan 1, 2 dan 3
PPsi di Tingkatan 1 dan Tingkatan 3
PP di Tingkatan 3 sahaja. PP adalah satu daripada komponen akademik dalam PBS dimana murid ditaksir untuk mengukur pencapaian pembelajaran mereka di akhir peringkat menengah rendah.

Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Tingkatan 3 Tahun 2014

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  •  Matematik
  •  Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam bagi murid yang menganut agama Islam
  • Pendidikan Moral bagi murid yang tidak menganut agama Islam
  •  Geografi
  •  Kemahiran Hidup Bersepadu ( KHB ) : 4 pilihan

i. KHB Kemahiran Teknikal
ii. KHB Ekonomi Rumah Tangga
iii.KHB Pertanian
iv. KHB Perdagangan dan Keusahawanan

  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Kesenian
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
  •  Mata Pelajaran Bahasa Tambahan : 5 pilihan

i. Bahasa Arab
ii. Bahasa Cina
iii. Bahasa Tamil
iv. Bahasa Iban
v. Bahasa Kadazandusun

Peratusan penskoran disediakan dalam bentuk analitik atau holistik dan dilaksana oleh guru pentaksir di sekolah. Lembaga Peperiksaan mengumpul skor daripada pihak sekolah untuk menentukan gred pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran.

Mata pelajaran bahasa akan dinilai melalui ujian betulis dan ujian lisan.  Mata pelajaran sains dan matematik akan dinilai melalui ujian bertulis.  Mta pelajaran lain akan dinilai melalui tugasan bertulis, ujian amali, projek, persembahan, demonstrasì,kajian Iapangan dan kajian kes,

 

Maklumat lebih terperinci, boleh baca di sini – Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2014.  Baca juga entri terdahulu – PBSMR Ganti PMR Tahun 2014 dan Sistem PBS Ganti PMR 2014

 

Nota 3/1/2014  :  Semalam hari pertama sekolah, Intan balik dan beritahu cikgu cakap : Tak ada yang berbeza dengan PMR, cuma 4 mata pelajaran saja , anak saudara saya di MRSM Langkawi juga pernah berkata perkara yang sama…jadi….. pekelililing KP.LP.003.07.14 ( 67 ) tu tak betul ke?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

9 thoughts on “Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Dalam PBS

Comments are closed.