Isteri Blogger :  Suami Tak Marah Ke?
Blogger

Isteri Blogger : Suami Tak Marah Ke?

Biasanya kalau suami saya balik , saya tak akan ambil job atau pergi apa-apa event yang membabitkan blogging.  Sebab itulah kalau ada apa-apa jemputan atau  gathering blogger saya tak boleh buat keputusan awal.  Tak boleh berjanji, kena ikut jadual suami.

Sesekali dia balik, saya abaikan urusan membabitkan dunia online.

family cake sense
Gambar ihsan : Eizil.Com

Tapi kali ini, dia ikut saya pergi program yang membabitkan blogger.   Petang Sabtu, kami sekeluarga ( suami dan intan ) ikuti kelas menghias kek bersama beberapa blogger di Cake Sense. Pertama kali suami saya ikut untuk aktiviti seperti ini. Sebelum ini dia pernah juga temani saya ke MSMW ( Malaysia Social Media Week ) .

Dia dah kenal beberapa rakan blogger dari beberapa grup yang berbeza.  

p/s : saya tak berjanji, keluar dari bilik baru nampak Intan pakai denim.  Bila sampai ke tempat event, Kelly dan CikLily pun sama.  Bukan ada dresscode atau theme.. kebetulan .

Gambar Ihsan : Cake Sense
Gambar Ihsan : Cake Sense

Seronok  habiskan cuti singkat seperti ini.  Aktiviti sebagai seorang blogger yang saya libatkan keluarga.

jom outing

Esoknya Ahad, kami sekeluarga turun KL lagi. Kali ini ke kelas belajar fotografi anjuran Tarmizi Sukri dan Ai Media di Taman Tasik Perdana. Jumpa beberapa grup blogger yang berbeza pula.

Saya yang daftarkan nama suami untuk hadiri outing grup fotografi ini.

Dia cakap ” abang je yang paling tua dalam ramai-ramai ni….”

Tak pa bang… kawan dengan orang muda yang banyak ilmu, kita yang untung !

Gambar Ihsan : AQzman Ishak dari Ai Media Network
Gambar Ihsan : Azman Ishak dari Ai Media Network

Jumpa isteri-isteri blogger dan anak-anak blogger.

Nota :  Ada orang pernah tanya, jadi blogger ni suami tak marah ke?  Jawapannya ada dari gambar di sini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Isteri Blogger : Suami Tak Marah Ke?

  1. Saya pernah buat satu post .. iaitu berkaitan perlunya si isteri meminta izin suami untuk berblog, ialah .. kita kongsikan cerita keluarga, kadangkala kalau tak dipantau .. terbabas juga. Ibarat seperti isteri nak keluar rumah .. bawa diri, begitu juga dengan blog … kena minta juga izin suami … samada redha ke tak ..

    Dan lagi .. bila berblog, akan guna masa .. jadi risau manalah tahu kot2 nanti bawa ketegangan dalam rumahtangga.
    Jom terjah post menarik dari Hasrul Hassan ..Tips Loading Blog Pantas dari GoogleMy Profile

  2. saya pun alhamdulillah, suami tak ada masalah utk saya berblog. masa mula2 nak buat blog dulu pun minta izin dari suami..dan suami tiada halangan. siap bagi nasihat lagi..buat je dalam bahasa melayu..tak payah nak enggerish sangat katanya..hihi.. jadi lah blog saya spt sekarang..
    Jom terjah post menarik dari ctfand ..Bulan April Yang Menyentuh Jiwa..My Profile

  3. Beruntung dapat suami yang memahami minat isteri seorang blogger. Bukan semudah itu untuk isteri bersosial kerana memerlukan keizinan dan pengetahuan suami.

Comments are closed.