Notis  Amaran:  Virus Santa Claus
Pengetahuan Am

Notis Amaran: Virus Santa Claus

Tengah melilau kat internet ( bukan ke tempat² yang tak sepatutnya tau… ) tiba² muncul kat skrin komputer amaran ini Suspen sekejap……. habislah………habislah komputer  kena serang hendap. Berkedip kedip tanda amaran ‘virus found’.  Terkejut juga seminit dua. Kemudian panggil Angah. Dia tengok je terus dia cakap ” ala……..ni tipu je ma…. dia tipu mata mama.  Cuba tengok my computer kita  tak sama .

  1. My Computer kita ada Aktif  (E : ) ada Data Centerz ( D: )
  2. System folder tak sama – kita punya ‘ Files Stored on this Computer’ , dia punya ‘System Folders’
  3. Paparan tu masih lagi dalam browser – perhatikan adress bar tak menunjukkan ‘My Computer’.

Ikut pemerhatian Angah, itu cuma GIF Image semata².” ‘My Computer’ yang sebenar…. Jangan terkeliru dengan image yang dipaparkan. Tenang je dia selesaikan masalah. Mama dia kecut seminit tengok skrin berkelip². Untuk keselamatan, saya buat full scan komputer dan jumpa satu ‘benda asing’ yang perlu dibuang. Kepada kawan² yang mungkin terserempak dengan kejadian seperti ini, jangan panik…. tarik nafas , bertenang dan jangan klik apa². Santa Claus datang bagi hadiah tahun baru kot. Sebelum bercuti panjang saja hantar ‘rusa’ masuk  cerobong asap  ke dalam rumah ( komputer ) kita . Nasib baik rumah tak ada cerobong asap :lol:

Nota :

  • Nama virus tidak didaftarkan secara rasmi.
  • Sekiranya telah dijangkiti, laman web yang kita klik akan dipindahkan ke laman web lain.

©kujie – virus selesema makin merebak

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Notis Amaran: Virus Santa Claus

  1. Sy pun pernah kena, kak. Dahlah sorg2 kt sini, profesor komputer lak xde, 😥 kelam kabut sy bila tgk tiba2 dia tnjkkan ada beribu virus dlm h/disk. 😈 Dia srh klik 1 sistem tu utk run, install dn konon2nyer buang virus tu skali. Suami mmg dh ajar klu keluar benda mcm tu jgn run, klik batal je. Nasib baik sy x install klu x hbslah laptop ni 😕
    Jom terjah post menarik dari pemerhatidunia ..Laman Web Al-Quran TiruanMy Profile

  2. salam kakjie 🙂

    selamat hujung tahun dan selamat awal tahun 🙂

    *notes*

    kakjie boleh guna ABP atau dns pishing dalam chrome tu boleh juga download siteadvisor yang boleh monitor laman web tu mengandungi code yang berbahaya atau tidak ( backdraw surfing slow sedikit )

    salam 🙂

  3. bahaya la jugak ni. kom saya belum ada anti virus. nak kena cari ni. kena virus, tak pasal2.

    tak pandai bab2 hardware software komputer macam angah… 🙁

  4. tak pernah kena lagi attack camtu.. baru je beli kaspersky semalam harap-harap selamat..hehe

  5. hehe dlm laptop saya sekarang ni pun rasanya ada virus… xtau mcm mana nak delete…

    kadang2 bila buka web mmg akan jumpa alert yg kononnya komputer kita ada virus… nak selamat… pakailah antivirus yg berkualiti dan update selalu…

    xguna pakai antivirus yg power tp tak outdate…

    nk format laptop… tp dvd windows7 problem lak… lagi pun mmg nk format sbb nak ubah saiz partition 😀
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Telur Sebiji Riuh 1Malaysia…My Profile

Comments are closed.