Blog Autopilot – Entri Ini Untuk Awak
Blogger

Blog Autopilot – Entri Ini Untuk Awak

Edit :  1/2/2013 – Kes ini dah selesai, Google telah pun mengambil tindakan, baca di sini – Tindakan Google Mengenai Kes Blog Autopilot

Hai awak, Salam perkenalan.

Rss Feed

Amboiiii awak, nak cari duit melalui blog tetapi nak goyang kaki tak mau goyang tangan menaip entri.   Bubuh iklan Nuffnang atas bawah tiap penjuru dengan harapan duit masuk bergolek-golek dan  cepat kaya raya dengan cara mudah .  Guru awak ajar buat blog boleh cari duit tapi dia lupa nak ajar etika dan cara untuk menjadi blogger yang berhemah ye.

Kalau awak nak entri saya, awak suka, copy paste pun saya tak marah tapi bila “sedut  RSS Feed”  macam ini saya tak suka kerana entri bersifat peribadi pun berpindah ke sana.  Agak-agaklah kan.  Dari profile blogger, awak ada 28 blog lain yang serupa.  Mesti income juta-juta lemon , kan.

Ini namanya blog autopilot.  Tak ada kesan ketara pada blog saya,  dia cuma  nak visitor dari search engine saja .  Tak seronok tau awak buat entri saya macam tu.

Bila saya tak suka ,  saya  hantar report kepada Google, Blogger dan Nuffnang.

Nampaknya Nuffnang telah mengambil tindakan kerana hari ini saya lihat iklan tidak lagi keluar di blog tersebut.  Ini bukan kali pertama blog saya disedut RSS Feed, tetapi percayalah,  blog ini tak pernah kekal lama.  Mungkin ditutup oleh pemiliknya kerana sudah kaya raya!

Kalau nak tau tentang Blog Autopilot ni, boleh baca di sini – Sejarah Blog Autopilot

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

76 thoughts on “Blog Autopilot – Entri Ini Untuk Awak

  1. wokeyy… dah paham…

    and so inilah namanya blog autopilot yer…

    ekceli blog nis pun nis dpt track satu website yg kumpulkan feed2 dari pelbagai blog utk satu niche yg sama.. lebih kurang gitulah. tak pasti nak marah ke nak suke… hehe

  2. ok sha dah faham cerita ni from head to tail. tadi sha baca dari entry yg terkini. skrg baru baca entry permulaan.. hehe

    dia org ingat dia org pandai sgt tapi akhirnya jatuh tersungkur jua..huhu
    Jom terjah post menarik dari sha ..Ashadin.comMy Profile

  3. blog ni tak datang profit sangat. Siapalah yang nak klik iklan dia. trafik baru 40k. sikit sangat..biar ajelah kakjie. Dia siap bagi kakjie backlink free-free lagi tu..haha..

    budak lagi nih. Biarlah dia..haha..

    dia belum cukup makan cendol lagi tu..
    Jom terjah post menarik dari titan ..PR3 tak terkalah.My Profile

    1. Nuffnang dah suspend akaun dia pun

      Bab lain ..tak ada komen sangat tapi kena report juga dengan Google, nanti takut terlanggar pantang larang tok nenek Google tu.

      Mana ada backlink…. satu je yg kak jie kesan, lepas tu tak ada pun
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..tiada yang tercalar tiada yang terlukaMy Profile

      1. ada backlink masa gi check semalam. banyak gak. tapi link dari blog jenis macam tu tak kuat jusnya..

        tapi backlink tetap backlink. Tetap ada nilainya.
        Jom terjah post menarik dari titan ..You raise me up..My Profile

      1. Google? Blog pakar seo pun dia saja-saja salah ertikan. haha..
        Sebab tu aku kata, jangan ikut sangat telunjuk google nih. kekadang, kena ajar sikit.
        Jom terjah post menarik dari titan ..You raise me up..My Profile

  4. Moga entri ni memberi kita satu tauladan dan sempadan dlm arena blogging.
    Terima kasih kak jie berkongsi pengalaman ni..kalau mana2 blogger terkena, adalah tmpat nak rujuk =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Kerana U dan A…My Profile

  5. Macammane boleh tau org lain dah sedut RSS feed blog kite?
    Kalau tgok pd gambar tu..ianya masih memaparkan tajuk dan link blog asal, xspt copy & paste yg biasanye memaparkan tajuk asal tapi di blog lain. Bukankah itu kredit buat kite?
    Kalau xperlu ada RSS feed boleh ke dan apa efeknye?
    Dunia blog masih baru buat saya… Maaf kalau ianya soalan2 bodoh di mata anda.
    Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Wordless Become Speechless Wednesday….My Profile

  6. saya masih punya software seperti ini samurai autoblog, boleh punya blog sampai ratusan cukup dengan menuliskan RSS sebuah blog popular, setiap update maka blog kita juga bisa update tapi bisa dihindari dengan proteksi RSS feed dan menyingkat artikel pada RSS feed, lagian takkan kaya orang seperti ini kecuali dia guna domain berbayar dan pakai server yang tangguh, kalau nak kaya dengan blogspot dan pakai autopilot he he mimpilah, hidup diatas jerih payah orang lain pasti kan beroleh balasan
    Jom terjah post menarik dari munir ardi ..Wordless Wednesday/ telur di dalam telurMy Profile

  7. Bila saya tak suka , saya hantar report kepada Google, Blogger dan Nuffnang + @affanruslan

    Saya dah hantar report ke Report alleged copyright infringement: Blogger
    Saya dah repot webspam di Webmaster Tools ,
    Saya juga telah hantar tiket kepada Nuffnang untuk membuat aduan.
    Saya DM @affanruslan

    :p
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Tutorial Membuat Short URL PeribadiMy Profile

    1. Blog macam ni tak banyak dpt duit.. Sbb cara dia salah.. Kalau tengok, 90% link die letak ke external link (link ke artikel asal). Google tak suka byk sangat external link. Macam link farm.

      Tapi still kena report gak kat Google sebab:
      1. Nak bagitau Google yang tu bukan blog kita. Nanti takut Google ingat kita yang buat blog tu sbb nak dapat backlink. Cara camni 5 tahun lepas blh lah guna. Haha.
      2. Sbg pengajaran.

      Yang ni stail budak2. Kalau yang grab rss pastu letak nofollow kat suma externalink, pastu spin, lagi sakit hati. Haha
      Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Tutorial Membuat Short URL PeribadiMy Profile

Comments are closed.