Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2014/2015
Semua bakal pemohon dari lepasan SPM 2013 setaraf dan STPM setaraf boleh mula membeli Nombor UNIK ID atau Nombor PIN BSN UPU pada tarikh 20/1/2014 ke dan tarikh akhir beli Nombor UNik ID adalah pada 7 April 2014.
Sistem Permohonan SPM, Politeknik & ILKA, STAM, STPM & Diploma/Setaraf boleh dicapaian mulai jam 12.00 tengah hari pada 20 Januari 2014 – 7 April 2014
Untuk maklumat lanjut – bolehj klik laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPTA 2014 di sini [BPKP-JPT ]
Untuk anak-anak, sila baca entri dibawa sebagai panduan:
Baca panduan terkini di – Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan SPM/ Setaraf Sesi 2014/2015
Harga Nombor Unik ID ( Pin BSN)
- Kategori A (RM 10.60): merangkumi Lepasan SPM/Setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti, Lepasan Sijil ILKA.
- Kategori B (RM15.60) : Merangkumi Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang, Lepasan STAM, Lepasan Diploma/Setaraf.
Ini adalah contoh Slip BSN yang dicetak No Unik ID .
Kalaulah nombor Unik ID hilang, boleh beli sekali lagi tetapi nombor yang akan diberikan adalah sama. Bayar je sekali lagi.
Orang lain boleh belikan NO UNIK ID, pastikan Nombor Kad Pengenalan adalah betul. ( saya pernah beli untuk anak sewaktu dia masih di asrama )
Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015 :
19/01/2014 :- Iklan permohonan upu dalam keratan akhbar
20/01/2014 :- Sistem permohonan upu lepasan spm,stpm setaraf dibuka
20/01/2014 :- Jualan no ID di seluruh BSN
09/03/2014 :- Iklan permohonan SPM,politeknik & Ilka,STPM & Diploma setara
7/04/2014 :- Permohonan tutup bagi sistem permohonan ke politeknik dan Ipta
14/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
16/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
14/04/2014 :- Tarikh akhir penghantaran salinan permohonan dan dokumen
16/04/2014 :- Semakan temuduga lepasan spm ke politeknik/Institut kemahiran
16/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
28/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
18/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/ Institut kemahiran lepasan spm setaraf
29/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/Institut kemahiran lepasan spm setaraf
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
11/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
17/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
16/05/2014 :- Semakan temuduga bukan pendidikan dan ujian medsi(STPM)
20/05/2014 :- Ujian medsi dijalankan di IPTA
25/05/2014 :- Ujian Medsi dijalankan di IPTA
22/05/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
06/06/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
25/05/2014 :- Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi
02/06/2014 :- Pendaftaran pelajar baharu Diploma
03/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
09/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
08/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
14/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
16/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
22/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
03/08/2014 :- Hebahan keputusan Ipta lepasan STPM
09/08/2014 :- Hebahan keputusan ipta lepasan STPM
03/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM svetaraf)
09/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM setaraf)
28/08/2014 :- Tarikh akhir penghantaran dokumen bgi calon yg ggal STPM setaraf
01/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
02/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
14/09/2014 :- Hebahan keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
20/09/2014 :- Hebahan Keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
17/09/2014 :- Pendaftaran pelajar rayuan ke IPTA lepasan STPM
Sumber: Page Rasmi Timbalan Menteri Pendidikan, Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching
Assalamualaikum, saya nak tnye laa. Adakah pembelian nmbr pin upu akan dibuka pada bulan 7 utk lepasan SPM 2013?
nk tnye ni…penting sngt2…sye tersilap isi upu n sah hantar sbnyak 3 kali…kalu sy nk isi kali ke 4 bley x ?
Sy nk tanya,sy lepasan spm 2011…sy nk beli no pin d Atm bsn utk mohon ikbn…masalahnya sy xtau ikbn tu dlm kategori mana…bila klik no pin dia ade kategori:
-upu -> A / B
-kolej komuniti/politeknik
-uitm
Dll…ikbn tu dlm kategori yg mana satu?plisss tlggg…!
IKBN = di bawah Kementerian Belia Dan Sukan bukan UPU
boleh mohon online di http://www.kbs.gov.my
salam sejahtera..saya ingin tahu kepastian adakah benar tarikh tutup pembelian nombor pin upu itu jatuh pada 7 April?
bole lgi beli pin upu ke? tq..
Boleh. Tarikh akhir beli dan isi borang 7/4/2014
salam , sekarang ni bleh beli lagi ke nombor pin UPU tu ? sebab ade yang kate dah tutup utk pembelian .
boleh beli sehingga 7 April 2014
tapi tak kan nak ambil risiko sampai tarikh akhir macam tu
cm na nx isi ea?
Sini ada tarikh akhir pembelian no pin x ?
Sbb saya belum beli lagi.
saya pun belum beli jugak . risaunya kalau dah tutup dah utk pembelian .
SAYA TERLUPA NO UNIK ID (UPU).JADI,BOLEH TAK SAYA BUAT SEMAKAN NO UNIK ID TERSEBUT SECARA ONLINE?
Pengalaman saya sendiri… kita kena pergi bwli sekali lagi. Bsn akan bagi no unik id yang sama.
Oh bermaksud tidak boleh membuat semakan secara online atau menerusi semakan sms ? Okay,terima kasih ya 🙂
saye pn ta bli lg no pin, adui, ta smpt laa .. keja je hri2 , smpai tlpe nk update bout study
salam..
saya habis matrik bulan mei 2014.. tak lama lagi..
sedikit konfius dengan pembelian no unik BSN ni..
maknanya saya ni kategori B : lepasan stpm/setaraf la ye?
sbb pegawai BSN tu suruh tulis saya lepasan ape.sedangkan bila saya cakap sayalepasan matrik, dia cakap untuk matrik tak dibuka lagi.. tak faham la saya.. ke pegawai tu yang tak tahu?
apa yang patut saya tulis di slip tu?
nak tulis [ lepasan matrikulasi / lepasan stpm setaraf ] ?
*bingung*
Info yang sangat bermanfaat Kak Jie
Terima kasih banyak
dulu dulu zaman saya pernah juga kena beli mcm ni, hehhee
Terima kasih atas info. Pasti berguna untuk mereka-mereka yang menanti peluang ke menara gading.
ASsalamualaikum Kak Jie. 🙂
Terima kasih atas info.
InsyaAllah saya akan maklumkan kepada adik saudara hal ini.
Salam kak, kalau dulu kena beli borang, sekarang beli nombor ID aje, moden dah.
salam
lama dah sistem beli nombor ID ni
masa anak Kak Jie yang sulung ( skrg dia 22 thn ) pun dah beli nombor ID
sebab tu kakjie sgt alert dengan benda-benda ni..sebab pengalaman dan kena ambil tahu untuk anak-anak 🙂
Boleh tak kalau beli Pin skali lagi sebab silap isi jenis permohonan