Bank Negara Currency Converter Dan Western Union
Pengetahuan Am

Bank Negara Currency Converter Dan Western Union

Seorang rakyat Algeria minta suami saya, rakyat Malaysia mengirimkan duit kepada seorang rakyat Filipina yang tinggal di Singapura.  Berpusing² berbagai negara.

Rakyat Algeria beri kepada rakyat  Malaysia 400 USD.  Saya di Malaysia yang akan melakukan transaction tersebut.  Duit 400 USD tu tak sampai pun ke tangan saya, main cakap guna air liur je…. dalam kocek suami sekarang.

p/s  400 USD tu abang kena beli jajan satu kontena nak balik nanti tau….

Apa yang perlu saya buat?

Buka laman web Bank Negara Malaysia dan pergi ke Bank Negara Currency Converter.

currency converter bank negara malaysia

Convert USD ke Ringgit Malaysia . Bila dah tahu tukaran matawang antara USD dan RM, pergi ke bank, buat Western Union. Saya pernah buat Western Union di CIMB.

Western Union adalah kaedah pengiriman wang secara online dalam real time ( waktu sebenar ) . Bila kita buat western union, satu ‘control number ‘ akan diberikan sebagai kod untuk menunaikan wang Western Union tersebut di negara si penerima. Macam passwordlah tu.

Makin mengecut dunia ini… berbelas ribu kilometer dah boleh buat transaction sepantas satu ketukkan di keyboard komputer.

–  Bank Negara Currency Converter.

rasa lega semalam kerana saya dah selesaikan zakat pendapatan suami dan urusan untuk ibadah korban.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Bank Negara Currency Converter Dan Western Union

  1. First time datang untuk WU ni masa study dulu..
    time tu hantar duit dekat adik di overseas..

    memang mudahlah.. parent pun terkejut hantar duit macam tu punya senang.

  2. Kak Longpun selalu buat pengiriman dengan perkhidmatan Western Union di CIMB sebab di situ lebih mesra pengguna daripada bank ??? Di CIMB clicks pun dah boleh buat pengiriman wang tu.
    Kalau kita kirim melalui Western Union, dia akan convert dulu ke USD kan?
    Senangnya kirim melalui Western Union, dalam beberapa saat lepas kirim, orang di hujung sana dah boleh terima wang tu. Lagipun sekarang ni di kebanyakan bank dan ada syarikat pengiriman wang yang menawarkan perkhidmatan ni.

  3. saya dulu time belajo tak de duit.. mak selalu hantar guna western union… dulu limit dalam 150 pound..sekarang dah boleh lebih yea?

  4. terima kasih share link bnm. selain tengok currency converter dapat jgk sy tengok hutang negara kita ada RM400 billion…

  5. dok tengok sign ‘western union’ sana sini tapi tak pernah pakai.. camtu rupanya camna nak guna.. ingatkan cam bank biasa ja

Comments are closed.