Email Spam Dari Royal Malaysia Police
Pengetahuan Am

Email Spam Dari Royal Malaysia Police

Saya tak pernah buka email spam. Bussiness proposal ke, bank alert ke sebab sah² nampak penipu kalau saya tak ada akaun bank tersebut tetapi boleh menerima email notification.

Lagi double menyampah kalau email viagra atau penis enlarge .  Guna photoshop pun dah boleh nak enlarge saiz ni…hikhik  .  Sehingga kadang² terfikir, Orang Malaysia Gila Seks Atau Mempunyai Masalah Seks?

Hari ni ternampak satu email dalam inbox spammer.  Memang boleh jangka itu email spam.  Tetapi bila tengok alamat emailnya rmp.gov.my , teringin juga nak buka.

RMP merujuk kepada Royal Malaysia Police dengan laman web rasmi Polis Diraja Malaysia – www.rmp.gov.my

Bila buka, memang sah email spam.  Canggih spammer ni, guna alamat rasmi Polis Diraja Malaysia.

Saya sangat ‘cam’ dengan rmp sebab biasa nampak hostname RMP datang ke blog ini.

Korang kalau dapat email macam ni janganlah cuba² nak klik dan respond walau menggunakan alamat gov.my .  Alamat email yang sangat kukuh dan menyakinkan.

Tak ada sebab polis nak hantar email peribadi.:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Email Spam Dari Royal Malaysia Police

  1. kekadg blh cari makan dgn hantar e-mail spam nie..tp tu lah, rezeki takde keberkatan..musykil juga tetiba PDRM nak bg duit..biasanya kita yang kena bg duit dkt PDRM..byr saman contohnya..

  2. Sama la kita kak jie..Saya tak pernah bukak pun bahagian spam tu..
    Macam² iklan tapi tak pernah la pulak terima email tentang viagra atau penis enlarge tu..

    ‘Tak cukup umur’ lagi agaknya 😀

  3. terer la mamat tu… sya biasa dpt dari maybank… tp tk pernah peduli pun…

  4. saya pernah dapat email dari Maybank jugak…spam jugak tu…dia tulis saya punya password dah tak boleh guna..kena tukar baru…nasib saya cek betul2 email tu…dan tengok url tu tak sama dengan url maybank

  5. Assalamualaikum,
    Wahhhhhh berani betul. Kena bagi tau polis tu yang depa ni dah kena target untuk “lebih dipercayai”

  6. Lagi canggih teknologi, seiring pula canggih dengan cubaan-cubaan sebegitu. Spam-spaman sebegitu hanya meletihkan aje. Mungkin adatlah juga jadi ‘hobby’ segelintir orang. Bak kata seorang kenalan, nak spam spamlah biar sampai lebammm…

  7. Penis enlarge! hahaha

    guna ratu anai2 aje sudah.. hehehe

    psst: hari ini menjadi amalan maza ketika menjenguk2 kotak spam, terus pilih dan tekan button ‘delete’ tanpa banyak bicara dan fikir lagi..
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  8. Wow! RMP bagi duit, too good to be true.
    Kebetulan saya ready nak ke BSN untuk cash in Western Union, kalau dapat cash $50,000 kan bagus 🙂

  9. rajin diorang spam…sampai dalam spam box tu, x sampai satu hari dah beratus da…penat nak delete…nasib baik Gmail ada delete all function…kalu x naya….

Comments are closed.