Cara Buat Jus Rozel
Resepi

Cara Buat Jus Rozel

Rozel atau Roselle (Hibiscus sabdariffa) yang sering didakwa mengandungi vitamin C yang tinggi.  Jiran saya bagi dalam 20 kuntum.

Masa saya kecil² dulu, sebelum pokok ini dikomersialkan.  Daun muda dimasukkan dalam masakan sebagai asam.


Saya rendam sekejap di dalam air garam untuk hilangkan debu² dan makhluk halus ( serangga ) . Jangan lama-lama kerana warnanya mudah terbit walau sekadar dipegang.

Untuk buat jus, buang biji ditengah² dan ambil kelopak buah rozel sahaja. Biji boleh ditanam.


Jerang gula bersama air sehingga gula larut. Padamkan api. Masukkan buah rozel tersebut. Tak perlu dididihkan.

Kelopak buah rozel boleh dikeringkan untuk dijadikan halwa.

Kalau nak rasa jus rozel segar baru dipetik dari ladang, datanglah …..

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Cara Buat Jus Rozel

  1. Pokok2 rozel saya baru mengeluarkan hasil & skrg ni sibuk kutip & dibuat pati & jem… Dpt sambutan yg menggalakkan dari kwn2.. Sesapa nak try boleh la oder. Sekitar sbrg jaya, butterworh, kulim & sg petani boleh delivery hehehehe… Cuba la, mmg berkhasiag! Nak beli anak pokok pun boleh…. Ni no fon saya 0122655130

  2. salam kak jie, zah ambil gambar dan link kan ke blog akak ya..:) rentetan dari jus ini buat susu zah banyak, sykur dan terima kasih…zah mahu kongsi dengan org lain juga. 🙂

  3. bila baca entri ni buat sy teringat kat mak mertua sy sbb dkt kg memang mak mertua sy tanam rozel ni banyak kat sekitar rumah

    tiap kali balik mak mertua akan buatkan rozel dan isikan dalam botol mineral 500ml/1 liter yg pekat…utk kami bawa balik kl

    dekat kl, isteri hanya perlu bancuh dgn jus rozel tu dan letak dlm peti ais satu bekas air…tinggal sy amik minum je

    memang best rasanya…..
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Selamat hari lahir sayangMy Profile

Comments are closed.