Terbakar Pagi Isnin
Peribadi

Terbakar Pagi Isnin

Ketenangan pagi Isnin yang sejuk damai tergugat dengan jeritan Intan.

“mama…….. bilik terbakar”

image

Lampu tidur kecil terbakar.  Dia bangun pagi tetapi tak matikan suis.

Extention cord ni biasanya dia guna untuk lampu tidur dan cas bateri telefon.  Kalau pasang econ, dia cucuk terus dari suis soket. Malam tadi Intan tak on econ, dia guna kipas saja.

Nasib baik terbakar kecil dan kami sedar, kalaulah…. kalaulah…. syukurlah . Takutnya bab yang membabitkan elektrik, sebab kita tak nampak arusnya.   Kebetulan lagi, suis ini berada dibawah meja solek, nasib baik apinya tak besar dan tak menjangkau ke meja tersebut.

Asap kebakaran ni berat dan lambat untuk hilang walaupun  saya dah pasang kipas, buka tingkap dan pintu.  Selepas semuanya selesai… debu hitam dan jelaga jatuh memenuhi tiap ruang dalam bilik.  Cadar, bantal, baju, buku dan semua permukaan lantai.

Berjelaga dinding bilik dan kipas.

Satu kerja pula nak kena basuh semua …. sudahlah kain baju balik dari bercuti pun masih belum selesai.

sent from my GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Terbakar Pagi Isnin

  1. Mengikut pengalaman saya kak jie, mgkin kak jie menggunakan exttension tu dah lama…lagi2 suis econ cucuk kat situ….econ bsr mana hp pun ia boleh terjadi lebihan arus…bila da camtu tembaga atau kabel dalam soket menjadi keras dan bila ia pakai berterusan lama2 ia akan berlaku litar pintas dan terbakar….

    satu cara nak elak berlaku, sentiasa periksa kabel supaya tdk keras, kena potong buat baru…jika tembaga gosok kertas pasir halus bersihkan hitam2…
    Jom terjah post menarik dari Norizwan ..Mohon kerjasama untuk mengesan Orang hilangMy Profile

  2. Macam ada lebihan arus dan berlaku litar pintas. Syukur tidak kemalangan serius yang berlaku dan cepat disedari.

    Cadangan boleh pasang smoke detector @ pengesan asap lebih afdal kerana boleh mengesan asap kebakaran awal. Ramai yang beli pemadam api tetapi tidak memasang alat smoke detector dirumah. Kalau asap tebal dan pengsan kerana asap kebakaran tiada guna lagi pemadam api.l
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Dapat barang idaman dengan Sold myMy Profile

  3. Ya allah… syukurlah tak jadi lebih teruk.
    Iza memang takut dengan kebakaran macam ni sebab 2 kali nampak kebakaran depan mata 🙁

Comments are closed.