Projek Dengan Mak Mertua
Peribadi

Projek Dengan Mak Mertua


Sesiapa tahu lokasi ini?

Saya suka balik kampung… mesti ada berbagai projek baru dengan mak.  Tiap kali balik, ada saja benda baru dan belajar subjek kemahiran hidup dengan mak.  Dulu kami buat opak.

Sebelum tidur – kami – ye kami anak menantu dan cucu mak bertukang di dapur riuh rendah.  Sangat enjoy – ada yang kupas bawang, ada yang kupas ubi , parut kelapa….dan sebelum tidur siap satu menu – Kuih Lapis Pisang Mas.  Ini  cubaan pertama mencuba resepi baru.

Macam kuih lapis biasa tetapi dilapis dengan pisang mas di potong bulat.


Pagi tadi , goreng pisang berempah.  Pisang mentah dipotong kiub, digaul dengan bumbu ( bilis, jintan manis, bawang putih, bawang merah, garam dan tepung )

Sebelum tidur dah kupas ubi ( ubi tahun ) dan direndam. Pagi tadi rebus dan di ketuk dalam lesung. Namanya Ghetuk-ghetuk. Kalau dibulat² dan goreng, namanya Isabela.

Kemudia buat kerabu – pegaga, selom , ulam raja dan cekur.


Siap projek bersama mertua – emak ambil bahagian untuk pertandingan masakan berasaskan ubi dan pisang. Program muslimah di kampung hari ini.

p/s –  entri ini saja menunjuk² khas buat budak pandai masak, muke separa hemsem, cume girlfren jer takde lagi –  a mere boy

Mak dapat 2 hadiah untuk 2 kategori.

©kujie – tiap kali bersalam nak balik semula, mak mesti ucap “terimakasih kerana balik” :roll:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Projek Dengan Mak Mertua

  1. gambar jalan tu kat kalau lalu dari Tasik Puteri nak ke Kota Puteri..sebelah kanan dia kolam memancing ikan…redup je

    lapis tu senang je – tepung, santan lapis2 je dgn pisang..diubahsuai hehehe

  2. betul ni..mudah sgt
    selalu pisang mentah tu kita goreng bergaram je lan
    kali ni cuba tumbuk bumbu – bilis, bawang putih lebih dari bawang merah, jintan manis dan garam…gaul2 dgn tepung gandung sikit…goreng
    makan panas2…memang sedap

  3. beruntungnya kak jie ade mak mertua lagi.. 🙂

    saya bermanja dengan mak bonda sendiri ajela..punnn anaknye ini tak reti2 masak..huhu!
    Jom terjah post menarik dari makdara TERdiva ..ba alip ba yaMy Profile

  4. gambar jalan yang lalu kota puteri tu ke kak jie? had belakang2 tu ek?

    uwaaaaaaa nak balik kg jugak!! 😥 😥 😥 😥

    raya haji berdua jek kat sungai buaya… dah rupa macam orang takde keluarga… 🙁 🙁 🙁 🙁 🙁
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..bila lorong smartTAG kongMy Profile

  5. naper buat 4 lapis…buat la 10 baru tinggi sket …but seriusly kena try ni ..nampak macam best ….lapa lak rasanye ///lapar macam mana …..lapar gilerr!!
    Jom terjah post menarik dari zairi ..Jeruk Botol !My Profile

  6. arghhh!! trifles samanosuke dibalas dengan 4 resepi maut kakjie.. tepakse mengaku kalah.. zzzz.. hahahaha

    (nanti kite ade mak mertua, tgk rr nanti.. hahahha, senyum lebar bile bace entri nie.. heheh)
    Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Blogresipi Versus PascaSPMMy Profile

  7. Bila sebut opak tu teringat time kecik dulu.. Suka betul kunyah sambil tengok tv.

    Seronoknya dapat proses ubi, pisang dan segala yang ada. Tie selalu bawa balik keledek dan pisang dari klate. Ubi, suami yang tanam, Tie suka buat bingka,lepat atau goreng berempah.

  8. teringat dulu, ada satu pasar malam jual kuih lapis kacang hijau…sedap….tapi, sejak dia dah tak der, xder sape nak sambung jualan tu…sebab x pandai buat kuih tu teringat2 je la rasa dia..:( tengok kuih lapis mama tu, teringat pulak..

Comments are closed.