Pengantin Silent Reader Di PCB
Peribadi

Pengantin Silent Reader Di PCB

Seperti yang diceritakan pada entri lepas, kami sekeluarga ke Kota Bharu untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang ‘silent reader’ blog saya yang kebetulan bekerja di tempat yang sama dengan suami dan anak sulung saya.

Tiap kali saya ke HTP ( Hulu Terengganu Project ), Nazrul kerap bertegur sapa dan mohon untuk menulis semua aktiviti kami di blog. Contohnya apabila kami sertai makan malam semua pekerja, dia berkali-kali pesan… nanti blog ye.

Saya tak pernah pun hebahkan saya seorang blogger, rasanya dia terjumpa blog saya bila mencari info mengenai Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu kerana ramai yang menghubungi TNB sebagai pemilik projek selepas membaca blog saya.

Saya je tak pernah terbitkan di blog mengenai hal-hal seperti itu, tetapi untuk kali ini sempena hari istimewa beliau saya terbitkan entri khas untuk ‘silent reader’ yang tak diam pun…riuh je dia. hihihi

pengantin melayu

Selamat Pengantin Baru Nazrul Faris Nor dan Nor Asbahadhiah.

Gambar dari hp suami, hp saya dah habis bateri dok buka Waze dan Google Map cari lokasi nak ke Kampung Badang, Pantai Cahaya Bulan.

Bagi orang luar yang tak biasa ke majlis kenduri di negeri Kelantan dan Terengganu mungkin akan terkejut melihat perbezaan budaya majlis mereka.  Nasiblah saya dah biasa ke majlis kenduri perkahwinan di Terengganu yang tak jauh bezanya dengan di Kelantan.

Perkara pertama yang kita akan terkejut adalah susunan ruang makan.  Biasanya ada 2 khemah  yang didirikan di depan rumah di bawah redupan pohon rambutan dan 2 meja hidangan.  Satu untuk lelaki dan perempuan.  Yang membezakan dengan majlis yang biasa kita hadiri di Lembah Klang, hanya kerusi disediakan tanpa meja makan.  4-5 majlis yang pernah saya hadiri, beginilah caranya.  Mungkin ada kat tempat lain keadaan berbeza.

Selepas ambil makanan yang disediakan secara buffet, duduk sana di barisan kerusi  dan makan tanpa ada meja.  Ruang khemah tak perlu luas.

Pertama kali alami keadaan macam tu rasa pelik juga… macam makan kat majlis harijadi.

selamat pengantin baru

 

Nota :  Kena pastikan kad jemputan adalah majlis kesyukuran atau majlis perkahwinan – kalau majlis kesyukuran, tuan rumah tak akan terima ‘sumbangan’ sewaktu bersalam,

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Pengantin Silent Reader Di PCB

  1. Seronok berkunjung ke kenduri kahwin, inilah masa nak bertemu saudara mara dan sahabat handai, bukan selalu berpeluang nak jumpa kalau tiada hal.
    Jom terjah post menarik dari KakiShopping ..Hello world!My Profile

  2. Wah comel pasangan sejoli tu….Memang best tengok pengantin baru ni… teringat masa muda2 dulu hehehe.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat……

  3. kalau saya sendiri lebih sukakan kenduri di terengganu &kelantan..bhgian kaum adam &hawa berasingan,,so,lebih secure kot untuk kaum hawa..selamat pengantin baru for silent reader!!!

    1. Waalaikumsalam. .. betul tu. Kenduri di kampung Kak Jie di Baling Kedah mmg macam tu. Kaum perempuan masuk dalam rumah tapi skrg semua makan di khemah. Cuma dalam grup kaum perempuan tak bercampur dengan lelaki.

      Kat bandar saja yang datang sekeluatga makan sesama keluarga.

  4. bertambah lagi ilmu dan pengetahuan… terima kasih kak jie

    untuk pengantin silent reader “selamat pengantin baru”
    Jom terjah post menarik dari ieda ..urusan di JPNMy Profile

    1. sebab biasanya urusan bersalam ada isi urusan orang tua…hehehe

      kak jie dah 2 kali pergi majlis kesyukuran pengantin dan majlis perkahwinan yg biasa…

Comments are closed.