Kasut Raya Sekolah
Peribadi

Kasut Raya Sekolah

Selepas raya dan sebelum buka sekolah baru-baru ni, saya belikan “kasut raya” untuk Intan.

Bukan kasut tumit tinggi, bukan Wedges berkilau, bukan Ballet Flats comel, bukan Spool Heels, bukan jenis Mary Jane atau paling terkenal kasut jenis Platform tetapi dia cuma minta kasut sekolah warna putih.

kasut bata

Raya baru ni, dia cuma pakai kasut lama yang masih elok. Bukan dia saja, saya pun pakai kasut lama.

Dia minta jenis ‘serlum’

Bila temankan Intan beli kasut sekolah sebagai kasut raya, saya mesti teringat zaman kanak-kanak saya tahun 70’an dulu. Kami 3 beradik perempuan selang setahun membesar bersama.  Anak ke-4 dan seterusnya barulah adik lelaki.  Jarang sangat dapat kasut raya selain daripada kasut sekolah.  Kalau beli kasut raya yang biasa, kegunaan sangat terhad.  Nak pergi mana?

Kalau masa membeli belah keperluan raya pun, kami tak dibawa bersama. Ayah dengan mak akan ke pekan Baling untuk beli keperluan.  Ayah akan ukur kaki kami gunakan tali rafia,   Satu tali saja akan ada 3 simpulan yang akan mewakili panjang kaki setiap kami.

Sebab tak pernah ke bandar, kami tak pernah tahu fesyen kasut raya yant tengah ‘in’ waktu itu.  Kami hanya tahu selipar jepun dan kasut putih sekolah.

 

NOTAKAKIKUJIE :  Sepanjang malam raya buat catwalk ‘cewi’ dapat kasut baru.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Kasut Raya Sekolah

Comments are closed.