Drama Babai Sticker P
Peribadi

Drama Babai Sticker P

Semalam petang saya ke KKB, dari jauh nampak simpang utama agak sesak dari biasa. Ada polis berkawal tiap hujung simpang. Ada acara apa le agaknya kat kota kosmopolitan KKB ni.

Susahnya nak dapatkan petak parking, usah di cakap! Kerana ada urusan penting, terpaksa menapak juga memasuki lorong tersebut sehingga bertemu premis yang dituju.

Owh…rupanya ada orang buat pengambaran filem atau drama dengan gadis skuter pink . Satu lorong utama di tutup.

(baru tau dari fb – Scha Alyahya buat pengambaran iklan Citibank kat KKb )

Saya bertanya Ah So kat kedai yang disinggah, dah berapa lama jalan ditutup. Dia cakap tutup dari pagi tadi.

Kiri kanan kedai lenggang, tiada pelanggan. Kedai motor yang bersepah² dengan tin, minyak dan motorsikal pun bersih saja tiada pelanggan.  Biasa nampak tangan pomen hitam berminyak, semalam nampak bersih macam tangan jurutrengkas kat pejabat gomen.

Kalau orang lain mungkin nak juga sibuk ambil tau drama apa, siapa artisnya. Tapi benda yang terkeluar kat kepala otak saya, kedai yang terjejas perniagaan mereka hari tersebut turut dibayar ganti rugi kah?

Orang-orang yang biasa terlibat dalam bidang ini tentu ada jawapannya. Nak juga tau…..

gambar lesen memandu
Sebenarnya pergi tangkap gambar, ada orang nak renew lesen dan meraikan kejayaan ‘tanggal sticker P’ kat cermin kereta.

Kejap je dah 2 tahun, rasa masih teringat macam mana seronoknya dia bila lulus ujian memandu dulu.  Siap SMS minta kereta!  Macamlah beli kereta macam beli slurpee kat 7e…  Capai cawan, picit je….

Tapi sticker P belum tanggal, dia dah ada kereta sendiri.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Drama Babai Sticker P

  1. zaman sekarang ni senang sikit dpt lesen…zaman makcik dulu …alahai,…belajar memandu guna keta kancil, bila test guna iswara…mak ooi, lainnya kondisi dia..mana la gaba lagi

  2. Perasaan membawa kereta tanpa memerlukan lesen P memang satu kenikmatan sama seperti kaum lelaki yang selesai proses bersunat. Bangga sekejap sebab kononnya dah dewasa, tapi kalau cara memandu mcm budak2 maka lesen P tu tak ada makna apa-apa pun sebenarnya.

    Tahniah anyway.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Makan sampai hadam, baca sampai fahamMy Profile

  3. Isteri saya pun tahun lepas sudah mendapat lesen penuh tapi tidak mahu tanggal pelekat “P” katanya pemandu akan faham. Saya kata sama sahaja pemandu di Malaysia samada lesen “P” atau penuh kalau hendak langgar undang-undang mereka tetap lakukan.

    Hari ini kedai-kedai yang terlibat dengan penutupan jalan hilang punca rezeki untuk sehari.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – #Reflection of loveMy Profile

Comments are closed.