Bukan Monolog Dalaman
Peribadi

Bukan Monolog Dalaman

…………. bila komputer meragam tak boleh nak connection, bukan main berlegar² dalam kepala itu ini begitu begini yang nak ditulis. Boleh saja update dengan laptop atau blackberry tapi feel tak cukup kuat untuk menggerakkan jari.

Komputer ini walaupun dah tua ( ehem ! rakan sebaya tuan dia ) tetapi kerana hari² kami habiskan masa bersama, buat perkara baik juga tak berapa baik ( merayau web² jahat ), gunalah komputer lain yang selaju Soyuz pun masih gagal untuk mencari keserasian bersama. Keyboard jadi kelu!

Sebab itulah seminggu lepas, blog lemau tak berupdate.

Tetapi bila komputer dah kembali segar sihat wal’afiat, dah hilang tatau apa yang hendak dicoretkan.

Jadi, ini adalah entri comeback yang tak berapa nak come sangat pun.  Saja nak hilangkan rindu.

Kita layan gambar seminggu , nak?

 

Tak nak?

 

Kalau tak nak, tekan butang X kat penjuru kanan komputer/ pc masing² ye.  Bagilah can tuan blog bermonolog syok sendiri hujung minggu kejap…..

 coklat buatan tangan

saya dan intan pergi kelas pembuatan coklat tanganHandmade.  Cuti sekolah ni, Intan pergi kelas jahit manik dan labuci.  Mak dia ni  tak pandai, jadi bila ada ruang dan peluang, hantar dia untuk dapatkan sedikit ilmu untuk  masa depan dia.

pusat service proton

Minggu lepas juga sempat hantar Cik FairLady pergi service 25,000 kilometer juga bertepatan ulangtahun pertama kami bersama.  Terbang berkeping² kertas cop kepala agung untuk roadtax dan insurance.

 

masakan western

Semalam pula saya masuk kelas memasak kat Kolej Komuniti – kali ini Cik Syerie ajar masakan barat – Chicken Cordon Bleu.  Buat sup cendawan, belajar buat roux, gravy mushroom, coselow dan akhirnya chicken cordon bleu yang ada chesse slice di dalamnya.

 

chicken cordon bleu

Inilah hasilnya bila saya hidangkan untuk makan bersama anak².  Dapat pujian setinggi Everest!  Kembang macam telan mauripan.

Biasanya kalau makan kat luar, seorang order satu hidangan…  baru kenyang.  Bila buat sendiri, untuk 2 ketul ayam kami makan 4 orang pun cukup kenyang.

Bila mak yang masak dengan berkatnya dengan gembira kasih sayangnya cukup untuk mengenyangkan perut anak².  Bukan bergantung kepada kuantiti.

 

lalat dalam fast food

Ops… minggu ini juga saya berjaya mengesan  lalat di dalam sebuah premis restoran popular.  Kat mana?

Tunggu feedback selepas saya hantar aduan rasmi di laman web mereka.  Kalau tak ada respon baru kita buat follow up ye.  Sesiapa yang ikuti saya di Twitter mungkin boleh tahu di mana.

Ini kali kedua saya buat aduan mengenai lalat – kali pertama dulu di sini – Hadiah Misteri Dari McDonalds

Sekolah dan cuti, Intan pun dah habis periksa… hari ini benarkan dia langgan Astro First – Adnan Sempit 2

Tadi cakap tak sampai feel nak menulis, sekali tengok dah berjela² tanpa henti.  Biasalah saya menaip tanpa draft, ikut suka apa yang teringat saja.  Skil membebel mak² dah sampai..hahaha…

Selamat berhujung minggu semua, rehat dengan secukupnya untuk dapatkan tenaga mengharungi hari² yang jem di jalanraya KL!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Bukan Monolog Dalaman

  1. Ohh tak sabar menghadiri kursus di kolej Komuniti. Saya sudah mendaftar kursus Fotografi Outing dan tunggu maklumbalas.

    Kenapalah saya lambat tahu mengenai kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan. Rugi betul anak-anak muda tidak pergi mendapatkan kemahiran sampingan pada yuran rendah jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang diperolehi tidak ada bandingannya.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Projek 100 Bloggers oleh BroframestoneMy Profile

      1. Keyboard laptop sekarang ada space antara huruf macam keyboard di laptop Macbook. Jadi tidak ada masalah untuk 2 huruf sekali akan berlaku. 🙂

  2. nyam..nyam..nyam…sambil mengisi waktu dengan membuat masakan yang sedap. mantap betul…

Comments are closed.