Bedtime Story : Ayah Ada Perempuan Lain
Peribadi

Bedtime Story : Ayah Ada Perempuan Lain

Sekarang 2.30 pagi……terjaga dan tunggu depan pc kot² cik abang ada talian internet di sana. Wifi dia ada masalah tu, dari siang tak dapat berhubung.

Kita di Malaysia dah 1hb Disember…. dia masih bulan November… 7.30 malam:lol: Bercinta jarak jauh macam ni lah…. zon waktu berbeza kena bangun awal pagi macam ni nak cari…mana laki aku…..mana laki aku…. :lol:

Awal malam tadi waktu nak tidur , Intan bercerita tentang kawan² dia.  Sembang² biasa sambil dia gosok belakang saya sebelum tidur…tabiat yang susah betul nak dibuang…kena digosok baru lena.  Dah abang tak ada, Intan yang kena dera!

Dari satu bab ke satu bab anak beranak ni bergossip – sampai satu ketika dia cakap “Puspa sekarang tinggal dengan mak dia je…  mak dengan ayah dia duduk jauh²……. ayah dia ada perempuan lain.  Sekarang mak dia dah kerja sebab ayah dia tak bagi duit”

Terkedu!  Anak 11 tahun boleh cerita dengan kawan² tentang ayah yang ‘ada perempuan lain’ di sekolah .  Kisah rumangtangga hubungan 3rd party!

Konflik rumah tangga bukan membabitkan suami dan isteri sahaja tetapi anak² yang biasanya menerima kesan emosi tanpa disedari. Ibubapa masing² nak rebut piala kemenangan!

ops…tak boleh sambung entri ….dah ada voice call tu…nak berdating!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Bedtime Story : Ayah Ada Perempuan Lain

  1. salam kak jie,
    pengalaman yang pernah saya dengari sewaktu saya kecil dulu..
    mendengar keluhan, melihat dengan mata sedniri.. rakan-rakan yang menjadi anak mangsa penceraian..
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Tabiat pelikMy Profile

  2. Anak2 zaman moden dah celik pemikiran. ada kisah sepupu saya berumur 6 tahun, tanpa rasa malu bercerita hal dalam kelambu mak ayah dia pada kami. terkezut & kelakar la org yg mendengarnya ni. Tp Kalu mak dia tahu, sure dah “kena” bdk nih 😉
    Jom terjah post menarik dari mekar ..Mengatasi Masalah Bau BadanMy Profile

  3. ksian nya … macam nie la…. kehidupan di dunia …. setiap nya ada…. dugaan dan … kita kena tabah mengahadapi dugaan…. 😐

  4. mmg pun.. jgn kata mak ayah tak bersama.. lau mak ayah gaduh2 pun beri kesan.. mungkin masa kecik tak nmpak sgt, tapi bila besar nampak la..

    de jugak yg buat sama seperti mak ayah buat terhadap org lain.. sbb tu anak2 kena didik betul2.. kan kak jie?
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..November 2010My Profile

  5. aduhaiii… kisah rumah tangga yg melibatkan anak2 mcm nilah yg merisaukan maza..

    mintak simpanglah kejadian seperti ini daripada berlaku pada maza atau sabahat serta saudara mara maza itew.. huhuhu

    😥 😥 😥
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sepi Seorang PerinduMy Profile

  6. org tua2 kalau bercerita tak alert sekeliling…
    even ada budak sekeliling pun,selalunya kita beranggapan mereka tak faham apa yang kita ceritakan..padahal..semua dorg faham dan simpan..budak sekarang mmg advance dalam semua hal..mereka sudah faham apa yang berlaku di sekeliling mereka..
    Jom terjah post menarik dari izzah ..Cinta Adam dan HawaMy Profile

  7. Perkara ni semua akan bagi effect bila diorang dah besar nanti. So, parent memainkan peranan yang sangat penting. Budak-budak diorang tak kan tanya benda tu betul atau salah, diorang tau ikut jer.

  8. budak2 selalunya lebih selesa bercerita dengan kawan2 daripada family sendiri (contohnya, emak saudara, sepupu dsbnya)

    mungkin budaya berbincang dalam keluarga itu tidak di terapkan sejak azali dan sebab itu budak2 lebih memilih bercerita dengan kawan berbanding keluarga..
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..KAHWIN &amp HUJAN RAHMATMy Profile

Comments are closed.