Hadiah Aristokratik
Peribadi

Hadiah Aristokratik

cerruti 1881

Saya mengemas dan menyusun ruang tamu pagi tadi.  Kemudian terpandang hadiah-hadiah ini yang masih berbalut di dalam beg asal.  Ini adalah doorgift dari dua event yang saya hadiri sepanjang tahun lepas.  Sebagai blogger, saya hadiri banyak majlis tahun lepas dan menerima pelbagai hadian atau cenderamata.

Kebanyakkan hadiah lain saya dah guna seperti mug, kad diskaun, apron,  beg , topi, payung , buku nota, pen , bekas air tetapi dua buku nota ini saya belum buka.

Buku nota Expedition Journal National Geographic cenderamata sewaktu menghadiri jemputan media Nat Geo Wild, Fox International Channels dan Astro di Zoo Negara bersama Dr. Brady Barr .  Cerruti 1881  yang disertakan sijil pengesahan original adalah cenderamata  Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 Showcase di KLCC.

Keduanya saya belum buka kerana sayang nak guna.  Terlalu high-to-luxury , tak sesuai untuk gaya saya.  Simpan untuk kenangan saja.

Buku nota yang elegent dihasilkan dengan kertas yang berkuali ini  dianggap sebagai salah satu nama yang paling berprestij dalam industri fesyen . Jenama Cerruti adalah jenama mewah yang diasaskan pada tahun 1967 di Paris oleh pereka gaya Itali.

Semua orang kenal denan loga segi empat tepat berwarna kuning National Geographic dan kisah mengagumkan dengan setiap generasi baru di kaca TV kita sejak tahun 1888.

Bila buka helaian  buku nota yang kosong ini, terbayang kehidupan gaya bangsawan seperti drama Downton Abbey…  siapa tengok Downton Abbey,  saya terlepas episod majlis perkahwinan Matthew dengan  Mary .

©kujie – sebenarnya  nak siapkan satu advertorial, tapi idea tak datang…melangut depan pc , ingat senang ke nak dapat duit walaupun menulis satu entri?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Hadiah Aristokratik

  1. saya adalah antara kipas-susah-mati Downton Abbey..sangat2 suka..rasa macam nak renovate rumah ala-ala Downton Abbey.. 🙂 🙂

  2. edisi terhad tu..memang bila kekadang tu dapat sesuatu yang nampak ekslusif, sayang nak digunakan..

    p/s : selalu jugak camtu..sebelum on laptop, mencurah2 idea..tapi bila dah pasang, melangut lama memikirkan ayat yang sesuai untuk diterbitkan..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Pendapatan dari blogMy Profile

  3. saya pernah dapat ipod klasik sebagai pemenang satu contest. masih elok tapi sayang nak jual. pada masa yg sama tidak pandai guna.

    buku mcm kak jie dapat, blm pernah dapat kecuali ada satu buku tu saya beli sekitar tahun 97 masih elok dalam simpanan.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Dulu Tiada PTPTNMy Profile

  4. Buku ekslusif bukan senang hendak diperolehi. Teringatkan buku yang ditulis Pendita Zaaba yang arwah bapa saya masih simpan walaupun luaran kulit buku ini sudah kusam dan berkulat dimamah usia. Isi di dalamnya penuh bahasa yang puitis.

Comments are closed.