Tempat Menarik di Yangshou Guilin
Percutian

Tempat Menarik di Yangshou Guilin

Hari ke dua di China, kami ke Yangshou lebih kurang 70 KM daripada bandar Guilin.

Yangshou Guilin2015-04-22 16.46.20

Kawasan sekitar Yangshuo terkenal dengan landskap beratus-ratus bukit batu kapur yang menghiasi sepanjang kawasan ini.  Berbasikal adalah cara sesuai untuk lebih mengenali dan menikmati pemandangan dan budaya di sini.  Dengan suhu 17°-20° Celsius di musim bunga, berkabus dan sangat tenang.

Yangshou Guilin2015-04-22 10.37.36

Aktiviti pertama di Yangshou adalah menyusuri sungai Yulong

Yangshou Guilin2015-04-23 09.04.03

Pemandangan sepanjang pelayaran.

Yangshou Guilin2015-04-22 11.02.37

Tenang

Yangshou Guilin2015-04-22 11.29.35

Permaisuri dan Puteri

Sampai satu tempat, kami berhenti. Ada pondok dan boleh sewa pakaian tradisi etnik dengan sewa 10 Yuan ( lebih kurang RM 6 )

Yangshou Guilin2015-04-22 15.17.24

Balik dari berrakit di Sungai Yulong, kami makan tenghari kat kedai mee tarik yang sedap { baca tentang makanan halal di Yangshou di sini Makanan halal di Guilin )  – .  Lepas makan kami ke Silver Cave terletak lebih kurang 18 KM daripada bandar Yangshou

Yangshou Guilin2015-04-22 15.18.36

Silver Cave ni adalah gua yang terbesar di Guilin lebih kurang 2KM panjangnya.

Yangshou Guilin2015-04-22 15.33.19

Betapa tenangnya dan jernih air di dalam gua, sehingga bayang-bayang sangat jelas dan seperti objek sebenar.

Yangshou Guilin2015-04-22 15.38.40

Jika sukakan keajaiban alam semula jadi , ia adalah tempat yang hebat untuk pergi. Terdapat banyak stalaktit dalam bentuk tiang, menara , langsir, dan air terjun dipertontonkan dengan lebih menarik menggunakan lampu berwarna-warni,

Saya pernah masuk ke Gua Tempurung, keadaan seupa tetapi Silver Cave lebih luas. Entri di Gua Tempurung, baca sini – Stalaktit dan Stalagmit di Gua Tempurung

 

 

Yangshou Guilin2015-04-22 16.16.17

Bersama pemandu pelancong kami Mr. Jack.  Dia fasih bercakap bahasa inggeris, tetapi kita kena dengar jelas sebab bunyinya dah lain sikit…hihi

Paling kelakar bila dia asyik bertanya “you want to sing a song?”

Berkali- kali kami menggelengkan kepala.  Ialah takut nanti dia bawa pergi pusat karaoke ke…nak nyanyi apa.   Hari kedua barulah tahu ‘sing a song tu maksudnya apa…”

Yangshou Guilin2015-04-22 15.12.06

Kebanyakkan pelancong warga China adalah warga emas.  Kami diberitahu, menjadi budaya masyarakat mereka bila anak-anak yang sudah bekerja akan membiayai perbelanjaan ibubapa mereka melancong.  Kami bertiga adalah minoriti di sini dan sentiasa menjadi perhatian.

Ramai warga China yang datang dari pelbagai daerah tidak pernah melihat manusia gelap macam kami…hehehe..dan ada juga yang tidak tahu negara Malaysia. Beberapa pelancong berminat untuk berbual tetapi mereka tidak tahu nak bercakap bahasa apa, dan yang sedikit berani akan bertanya kepada pemandu pelancong kami.

Ada juga pelancong asing yang ajak kami bergambar.

 

Yangshou Guilin2015-04-22 18.49.09

Balik dari Silver Cave terus ke hotel.  Selesaikan hal solat dan  turun semula untuk makan malam dan ke kawasan perlancongan paling popular di Yanghou iaiu West Street.

Kat bilik hotel biasa kita jumpa tanda arah “Kiblat” tapi dalam bilik hotel kami ada tanda arah ” West”

Selepas maghrib, kami keluar ke West Street.  Kawasan ini adalah kawasan perlancongan paling popular dan dicatitkan Yangshou adalah kawasan yang mempunyai paling ramai warga asing.  Kedai-kedai di sini lebih moden tetapi lebih mahal daripada di bandar Guilin.

Yangshou Guilin2015-04-22 16.50.01

Awal pagi hari ke 2 di Yangshou kami ke Shangri La Theme Park Yangshuo, macam Kampung Budaya di Sarawak tu…ada beberapa persembahan kebudayaan etnik China di persembahkan di beberapa tempat sepanjang perjalanan.  Cuma pengembaraan kami melalui airdengan bot.

Yangshou Guilin2015-04-23 08.15.02

Kat Shangri La Theme Park ada pameran kraftangan, jualan cenderamata dan persembahan kebudayaan etnik
Yangshou Guilin2015-04-23 09.09.53

Tenang dan hijau.  Perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 25 minit.

Yangshou Guilin2015-04-23 09.10.09

Laluan melalui tasik ini juga akan memasuki gua.  Sejuk dalam gua ni.

Yangshou Guilin2015-04-23 09.10.25

Pemandangan dalam gua.  Untung duduk depan sekali, dapat tengok dengan jelas.

Yangshou Guilin2015-04-23 09.31.04

Selesai mengelilingi tasik, bot akan mendarat di satu jeti dan kita akan keluar melalui bangunan yang menempatkan ruang pameran dan kebudayaan.

Yangshou Guilin2015-04-23 09.38.49

Masa kami pergi musim bunga, landskap menarik dengan bunga yang berkembang di sini.

Yangshou Guilin2015-04-23 09.41.17

Ahso dan Amoi

Yangshou Guilin2015-04-23 09.41.48

Salah satu adat asli yang diceritakan di sini ialah mengenai puak Zhuang dengan  tradisi cinta-cinta dimana seorang perempuan akan memberikan bola berwarna-warna sebagai tanda cintanya kepada lelaki yang dia suka.

Di Shangri La Park , tradisi ini dipersembahan dengan seorang gadis akan berdiri di balkoni dan membaling potpouri kepada pelawat.  Intan pun dapat!

Yangshou Guilin2015-04-23 09.51.51

Pemandangan kebun sayur yang subur .  Ladang limau yang kuning  dan saya sangat kagum…hahaha..Dulu saya bayangkan limau yang diimport dari China berwarna hijau dan bertukar kucing sewaktu dalam perjalanan ke Malaysia.  Rupa-rupanya warna kuning tu berasal dari atas pokok lagi.

Ada juga taman bunga sakura yang sedang berkembang.

Yangshou Guilin2015-04-22 16.51.12

Guilin yang tenang, itu kenangan paling indah.

 

Nota : malas nak tulis entri, kalau nak tanya apa-apa, sila bertanya di ruang komen ye.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

52 thoughts on “Tempat Menarik di Yangshou Guilin

  1. Wow keren banget foto-fotonya dan tempatnya indah sekali, pemandangannya bikin hati kita tenang dan adem, siip bagus, ingin sekali berkunjung kesana, terima kasih informasinya, sukses selalu.

    1. kalau awak pergi kat kampung2 di negara kita, cuba tanya macik pakcik umur 70 ke atas, dia kenal tak negara Uruguay atau Costa Rica dia org tak kenal…. buka peta tengok negara China tu luas mana…..

    1. Bee…. China tu sangat luas sampai ke sempadan penduduk dia macam hindustan tapi cakap Cina.

      Ada dari daerah daerah luar bandar yang dan warga emas tu mana tau geografi dunia…sama je dgn makcik pakcik tok nenek kita kat kampung tu..negara besar dia tau la.

Comments are closed.