Gajah Menetek Di Tasik Kenyir
Percutian

Gajah Menetek Di Tasik Kenyir

Ini cerita Terengganu lagi. Orang lain bercerita Tahun Melawat Terengganu 2013 dan memberi tumpuan  kawasan pantai dan pulau, tetapi saya boleh cakap  –  ” i ♥ Hulu Terengganu ” !

Kebanyakkan pelawat yang melawat Hulu Terengganu akan ke Tasik Kenyir dan kawasan tumpuannya  adalah Jeti Pengkalan Gawi iaitu pengkalan untuk keluar masuk aktiviti memancing, bersampan atau menjelajah tetapi amat kurang difokuskan kawasan lain.

Paling mudah untuk ke Tasik Kenyir adalah melalui Lebuh Raya Pantai Timur.  Ada 3 pilihan laluan ke Tasik Kenyir dari Kuala Lumpur.

  • Kuala Lumpur – Lebuh Raya Pantai Timur – Lebuhraya Jerangau – Jabor – Bandar Al Muktafi Billah Shah – Kuala Berang – Tasik Kenyir
  • Kuala Lumpur – Bentong – Kuala Lipis – Gua Musang – Felda Aring – Tasik Kenyir
  • Kuala Lumpur – Tapah – Cameron Highlands – Lojing – Gua Musang – Felda Aring – Tasik Kenyir.

Saya dari Hulu Selangor, lebih dekat kalau ikut Cameron Highlands.

Selepas Gua Musang , membelok ke kanan melalui Felda Aring ( laluan lebih kurang 20KM )  ini tak berapa cantik, berdebu, berlopak macam Rally Dakar, selepas  itu kita akan memasuki sempadan Hulu Terengganu dan melalui jalan raya yang cantik, berbukit bukau , lereng dan sebelah kirinya pesisir Tasik Kenyir.

Oklah tu , mukadimah  tentang jalan saja dah panjang lebar.

Sebenarnya saya nak bercerita mengenai gajah di Santuari Gajah Sungai Ketiar. Lokasinya selepas memasuki sempadan Negeri Terengganu dari arah Felda Aring. Santuari Gajah Sungai Ketiar dikendalikan oleh Jabatan Pelihitan terletak bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut.

Santuari Gajah Sungai Ketiar  hanya tapak sementara sebelum dipindahkan apabila tapak tetap  yang sedang dibina di Pengkalan Gawi siap sepenuhnya.  ( Edit : Santuari Gajah Sungai Ketiar telah ditutup dan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Terengganu di Sg. Deka )

Banyak kali juga kami singgah di sini. Ada jadual gajah-gajah di santuari ini akan membuat persembahan kepada pelawat dan pelawat boleh menunggang gajah.

anak gajah baru lahirIni bukan gambar anak gajah dan mak gajah!  Buka mata luas-luas… jangan tersilap 🙂

Walau mak gajah nampak macam cool je, tapi risau juga nak sentuh anak gajah ni… ye lah… mak baru bersalin, takut tetiba dia naik angin kena batu meriyan .

anak menetekIni mak gajah yang sebenar.  Leka sungguh  tengok  gajah ni gunakan belalai untuk makan.   Sebesar-besar  belalai tu , boleh pegang ranting rumput.  Hebat, kan.

cara menetek
Pernah nampak anak gajah menetek?

Dia belitkan belalai ke atas dan menyusu.    Tetek mak gajah tu memang bentuknya bukan tepat-tepat dibawah badan tetapi kedudukan puting teteknya ke arah luar.   Tak macam tetek lembu.  Jadi anak gajah tak perlu berada di bawah badan gajah.

Selama ini saya bayangkan anak gajah menyusu melalui belalainya seperti menyedut air.

ha ha ha.. tak tau nak tulis perkataan apa ayat apa nak terangkan kedudukan dan keadaan tempat ‘makanan anak gajah’ tersebut.  Kalau nak tengok, pergilah tengok kat sana.Tasik Kenyir memang kawasan hidupan gajah.  Kalau bernasib baik, dapatlah berjumpa mamalia besar atas darat ini.

gajah liar tasik kenyir hulu terengganu
Kami pernah terjumpa sekumpulan gajah 5 ekor di laluan Tasik Kenyir sewaktu bercuti akhir bulan Mac 2012. Entri di sini – Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan

gajah liar malaysia

Puas hati kerana sebelum ini hanya mendengar cerita dan gambar dari suami, percutian kami yang lepas dapat juga melihat dengan mata sendiri binatang liar yang nampak jinak bergerak berkumpulan dari jarak dekat.

gajah liar tasik kenyir hulu terengganuModel 3 orang ni tak lepaskan peluang mencatat bukti bahawa ada gajah liar yang hidup di Malaysia, bukan sahaja di Afrika seperti yang selalu kita lihat dalam rancangan TV.

Kisah saya dan Tasik Kenyir tak pernah habis, kan… mungkin sehingga tahun 2015 selepas Projek Hidroelektri Hulu Terengganu tu siap.  Lepas tu kita buka bertukar topik Geografi ke tempat lain pula.  Sesiapa yang sering mengikut blog ini sejak bertahun-tahun dulu mungkin pernah berhadapan dengan   kisah dari Algeria selama 3 tahun sewaktu suami saya di sana.

Tiap orang ada jalan hidup masing-masing, kan… kita berkongsi untuk menambah warna warni kehidupan.

Saya perlu katakan sekali lagi………… i ♥ Hulu Terengganu! opppp……….. i ♥ Hulu Selangor too…..!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Gajah Menetek Di Tasik Kenyir

    1. kami pun sama……….. sebelum anak gajah tu menyusu..langsung tak terfikir nak tengok bawah badan mak gajah tu, sekali bila anak dia menyusu baru ternampak, bentuk kantung susu yang dicipta Allah …ooooo rupanya dia dlm posisi keluar..senang anak nak minum
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Menetek Di Tasik KenyirMy Profile

    1. biasanya ikut jalan mana?
      kami kalau boleh mengelak lalu highway… kalau bercuti
      sebeb perjalanan tu saja dah ‘cuti’
      kalau ikut highway..pemandangan dan pengalaman yang sama je tiap kali lalu…dah tak menarik

      p/s – sabak bernam kat mana?
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Menetek Di Tasik KenyirMy Profile

  1. gajah menetek itu cukup seksi… hehehe

    sebetulnya maza pernah terserempak dengan gajah manja (di zoo) dan liar (di kampung)…mujur sampai maza masih hidup huhuhu

    ngeri sehh….

    Psst: maza masih tidak ingat, sama ada pernah mencuba atau tidak durian tahi gajah.. ihik!..hehehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Kita adalah MusafirMy Profile

    1. hahaha…pertama kali nampak juga
      sebelum ingat ke gajah tu menyusu guna belalai mcm dia sedut air tu…hahaha..rupanya dia guna mulut.

      durian tu tak pernah arr…………… aik..sebut durian, sekarang kat kampung durian dah gugur

    1. laluan lebuh raya timur barat tu pun tak pernah jumpa….adik kak jie selalu jumpa sebab tu laluan utama dia sebagai pemandu lori

      siang pun gajah keluar…. tu kak jie pun time siang
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Menetek Di Tasik KenyirMy Profile

Comments are closed.