Semak PLKN Online Untuk Yang Lahir Tahun 1994
Pengetahuan Am

Semak PLKN Online Untuk Yang Lahir Tahun 1994

Dua tahun dulu, Along tak terpilih untuk sertai latihan di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN ). Dia seronok  sebab dia memang tak nak pergi.

Masa tu Angah baru Tingkatan 3, dan dia memang nak sertai PLKN.  Tahun ini, saya buat semakan pelatih PLKN untuk Angah  yang lahir  tahun 1994 dengan perasaan sedikit berdebar.

Semakan untuk pengambilan pelatih  siri 9/2012 yang mengambil masa selama 3 bulan.

  • Klik Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara – PLKN
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan

Jawapan yang ditunggu…..

Maaf! Anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012. Terima kasih.

Kedua-dua anak lelaki saya tidak terpilih untuk menyertai PLKN. Yang tinggal Intan sahaja lagi. Tetapi saya tidak berapa bersetuju anak perempuan menyertai PLKN.

Semakan PLKN juga boleh dibuat melalui SMS

  • PLKN SEMAK [no kad pengenalan ] dan hantar ke 15888

Kalau terpilih, semak kem yang menempatkan pelatih

  • PLKN KEM [no kad pengenalan ] dan hantar ke 15888

SMS yang dihantar akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.35 setiap satu

Laman web PLKN pun tak stabil – Error establishing a database connection .

Saya saja² mencuba membuat semakan melalui SMS.  Dah 20 minit tunggu, belum dapat balasan.  Awal pagi kot… sistem belum ‘panas enjin’.

edit – sms yang dihantar jam 7:43 am telah dibalas jam 9:42 am.  Sama jawapnya untuk Angah.  Charge SMS RM 0.20

 

* ada laman web pun tak boleh guna….adeihhh!

 

Laman Web PLKN Alami Kesesakan Teruk

KUALA LUMPUR,11 Julai (Bernama) — Server laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), www.khidmatnegara.gov.my kini mengalami kesesakan trafik teruk akibat capaian yang terlalu tinggi.

Bahagian Komunikasi Korporat JLKN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesesakan paling teruk dialami pada waktu puncak iaitu dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.

“Kesesakan ini dijangka akan berlaku untuk sementara waktu sahaja,” katanya.

Calon pelatih boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip PLKN (jarak) SEMAK (jarak) nombor Mykad dan hantar ke 15888.

Menurut kenyataan itu, semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-40274747.

— BERNAMA

Tak perlu semak onlinelah anak²,  topup banyak²… !

Outgoing link ke PLKN dari semalam hingga jam 7:45 am pagi ini.

Saya mencuba dari 7.30 pagi….lepas jam 12 malam….seawal 6 pagi ini.. sama je keputusan – Error establishing a database connection

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Semak PLKN Online Untuk Yang Lahir Tahun 1994

  1. salam semoa…cek tringin sngat nak g plkn ngan korang semoa.tapi insyaallah e2 pon lawk trpilih la kn

  2. yeah……..akhirnya dpt jgk pegi plkn siri 9 ni…. 😉
    Alhamdulillah…..syukur sgt2… 😀

  3. siri 9 ni anye 3 bulan jew?ataw 6 bln?bnyk org ckp 1 batch jew tok siri 9..><

  4. Saya setuju.
    “Bukan semua yang kita setuju, 100% bagus, bukan semua yang kita tolak 100% tak baik”.

    Anak perempuan saya masih kecil,mungkin suatu hari nanti saya juga akan berperasaan seperti Kak Jie..
    Jom terjah post menarik dari iLa ..Doa tidak tertunai..My Profile

  5. Ada bab2 tertentu Kak Jie agak konservatif – tolak campur darab dan bahagia – baik dan bukut dinilai , di lihat mana yang lebih…itulah keputusan kita. Bukan semua yang kita setuju, 100% bagus, bukan semua yang kita tolak 100% tak baik – cuma dlm kes ni , pertimbangan kita lebih berat ke arah mana.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hati-hati Meski Sekadar Dalam HatiMy Profile

  6. tahun saya adalah tahun terselamat dari PLKN sebab tahun depannya baru start…

  7. Zaman saya, lepas SPM ada kurus Kenegaraan. Ala2 PLKN tapi seminggu saja. Seronok sebab kenal ramai kawan baru.. Kenapa Kak Jie tak setuju Intan pergi?
    Jom terjah post menarik dari iLa ..Emo..My Profile

Comments are closed.