Rugi Tak Hidupkan Roadtax Lebih Awal Dari Tarikh Mati?
Pengetahuan Am

Rugi Tak Hidupkan Roadtax Lebih Awal Dari Tarikh Mati?

Selepas berita kenaikan kadar premium insuran kenderaan pada 15 Februari 2014 diumumkan , ajen insuran saya aka jiran setaman hantar pesanan pemberitahuan tentang tarikh tamat cukai jalan ( roadtax) dan insuran .  Tiap tahun pun sebelum tarikh mati, dapat sms peringatan.

Memandangkan roadtax dan insuran saya akan mati pada 3/3/2014, saya ambil keputusan untuk hidupkan lebih awal sebelum tarikh rasmi kenaikan kadar insuran kereta.

Ada yang bertanya, tak rugi ke hidupkan roadtax lebih awal? Maksudnya baki hari yang belum mati tu bila dihidupkan akan berubah tarikh lebih awal.

Saya bukan pandai bab ni, tiap tahun cuma sediakan duit mencukupi dan pergi ke pejabat ajen insuran.  Petang bila dia balik kerja, dia singgah hantar roadtax dan insuran ke depan pintu rumah.

Saya tanya ajen insuran,  dia kata, roadtax dan insuran boleh dihidupkan dalam tempuh 60 hari sebelum tarikh tamat.

Tak rugi ke hidupkan awal?

Tarikh yang tercetak pada roadtax kita adalah sambungan daripada tarikh luput.

Contoh : Roadtax saya mati 03/03/2014 dan saya hidupkan pada 08/02/2014. Roadtax terbaru saya tarikh tamat adalah 03/03/2015. Tarikhnya bermula selepas roadtax lama mati walaupun kita hidupkan lebih awal.

Jelas kot apa yang saya terangkan.  Kalau ada keraguan yang lebih komplek, bolehlah tanya ajen insuran masing-masing. Ini bukan entri pakar insuran bertauliah, cuma berkongsi pengalaman.

roadtax kereta 2014

 

Nota :  03-03-2014  ini genaplah 3 tahun bersama FairLady saya , ada berbaki 2 tahun hutang dengan bank.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Rugi Tak Hidupkan Roadtax Lebih Awal Dari Tarikh Mati?

  1. sy pun tau gak pasal ni tu pun kwn2 yg cerita.tp sy belum pernah wat lg n tak perna lg tanya wakil insurans sy…ermm sy rasa tahun ni nak try la renew awl.

Comments are closed.