Pengalaman Menjadi PACA Dalam Pilihan Raya Umum
Pengetahuan Am

Pengalaman Menjadi PACA Dalam Pilihan Raya Umum

Saya pernah bertugas sebagai Ejen Tempat Mengundi  atau dikenali sebagai Polling Agent and Counting Agent (PACA) semasa Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008.

Polling Agent yang dilantik berperanan sebagai wakil kepada calon yang bertanding di setiap tempat mengundi untuk memerhati proses pengundian berjalan .

 Counting Agent pula memerhati proses pengiraan undi di pusat penjumlahan undi bagi menjaga kepentingan calon yang bertanding.

Antara skop bagi kerja yang dilakukan oleh  PACA adalah menyemak buku daftar pemilih sebelum pengundian berjalan, pastikan buku daftar pemilih digunakan kerani SPR dan PA adalah serupa, menyemak kertas-kertas undi yang dikeluarkan, memeriksa tong undi, menyaksi penutupan peti undi dan memerhati bilik sekitar tempat mengundi.

Ini adalah pengalaman saya yang sangat menarik.  Masih simpan pass untuk kenangan.

 

ejen tempat mengundi

Sekarang ini dimana-mana kita boleh nampak angin pilihan raya bertiup kencang.  Bendera semua parti berkibaran di sana sini dan beberapa bilik gerakan telah kelihatan.  Kalau sampai pada  penghujung tempoh lima tahun selepas PRU 12  pilihan raya belum diadakan, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari Pilihan Raya Umum hendaklah diadakan,

Sesiapa pun boleh bertanding kerana di dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon boleh mewakili sesuatu parti atau sebagai calon besas. Syarat layak bertanding dalam pilihan raya Di Malaysia seperti berikut :

    • Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
    • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
    • Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Calon kena bayar wang deposit  RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri .Kalau  gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding , calon akan hilang wang deposit.

Ada Blogger nak bertanding?  Agak-agak lambang apa yang sesuai kalau Parti Blogger digunakan.

Tahun ni khabarnya kita boleh guna dakwat kekal.  Dakwat akan dicalitkan di atas permukaan  jari telunjuk kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan ke bawah. Sekiranya tiada jari telunjuk, dakwat akan dicalitkan di atas  mana-mana jari tangan kiri. Sekiranya tiada tangan kiri, dakwat akan dicalit pada mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada tangan, maka dakwat kekal akan dicalitkan pada lengan pengundi di bahagian yang mudah dilihat.

Selepas dicalit dakwat kekal, baru kertas undi akan dikeluarkan.

Dakwat kekal …. berapa lama kekal?  Tak sabarnya nak tempuh satu lagi pengalaman sebagai pengundi.

Semepena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan datang  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melancarkan satu laman web khas www.pru13.gov.my dan boleh buat semakan daftar pemilih.

Nota :  Ejaan mana yang tepat? pilihanraya atau pilihan raya – Ejaan yang betul ialah pilihan raya.

©kujie – ini entri pengetahuan am, bukan entri politik , tolong bezakan!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

64 thoughts on “Pengalaman Menjadi PACA Dalam Pilihan Raya Umum

  1. Tahun ni saya jadi paca pilihanraya,n pertama kali mengundi,nda sabar rasanya.

  2. oh! rupanya saya juga ada sedikit pengalaman..dalam pilihan raya..baru teringatlah kak jie..bila kak jie buat entri ni…kalau tak silap saya..tahun 2008 jugalah… masa tu kalau tak silap,di tempat saya..buat pertama kalinya pemeriksaan nama pengundi dibuat menggunakan komputer ( yg besar gedabak tu)..saya juga ditugaskan utk sebuah parti..itulah buat pertama kalinya saya pergi ke tempat pilihan raya..nak mengundi masa tu tak cukup umur lagi…dan buat pertama kalinya pula pada tahun ini saya akan mengundi di selangor
    Jom terjah post menarik dari ieda ..terima kasih ; http://www.eqbalzack.comMy Profile

  3. Baru tahu lebih lanjut ttp polling agen ni. Thank Kak Jie

    Tahun ni dgn dakwat kekalnya, pasti lebih byk pengalaman. Tiba2 jadi tak sabar nak mengundi dah…hahaha

    p.s. kalau ada jugak yg kata ni entri politik…sah mmg kipas susah mati politik..hehehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Lidah & Lisan, Memang Mencabar!My Profile

  4. rupanya untuk tugasan camni SPR guna sukarelawan..tu yg terfikir jugak, punya la ramai pusat mengundi, ramai sungguh staff diorang nak hantar seluruh malaysia..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Agama hanya ibadah ?My Profile

    1. bukan.. bukan.. kalau SPR, dia ada elaun
      kak jie ejen tempat mengundi ( PACA ) mewakili parti yang bertanding
      dalam tempat mengundi tu ada – wakil SPR dan wakil parti yang bertanding. Masing² check and balance
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Upgrade Galaxy S3 Android 4.1.2My Profile

  5. Di Indonesia calon anggota legislatif tidak ada yang besas, semua calon harus anggota partai (party). Mahal juga ya kalau mau jadi anggota parlemen di Malaysia.
    Salam kenal dari Jakarta.
    Jom terjah post menarik dari Alris ..NostalgiaMy Profile

Comments are closed.