Pengalaman Menggunakan Lebuhraya LATAR
Pengetahuan Am

Pengalaman Menggunakan Lebuhraya LATAR

Khamis lepas saya berkesempatan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) melalui Persimpangan Taman Rimba Templer



Lebuh raya sepanjang 33km itu dibina pada kos RM958 juta yang menggunakan sistem tol terbuka masih lagi dibuka secara percuma untuk pengguna sehingga 31 Ogos 2011.

Mengikut laporan Berita Harian 24 Jun 2011, Lebuhraya LATAR akan mengenakan tol RM 2 di setiap jajaran iaitu di tiga lokasi Plaza Tol Taman Rimba Templer, Plaza Tol Kuang Barat & Kuang Timur dan Plaza Tol Ijok .

LATAR adalah satu-satunya lebuh raya yang mempunyai pembahagi lebuhraya dibina dari struktur tembok di sepanjang lebuhraya.

Perjalanan seterusnya tanpa gambar kerana jurugambar dah lena  diulit Intan  mimpi di siang hari.

Alhamdulillah saya dan Intan selamat sampai ke Sabak Bernam untuk berbuka puasa bersama mak mertua dan menjimatkan lebih kurang 30 minit masa perjalanan.

Kalau dah dibuka dan dikenakan bayaran, saya mungkin tidak lagi menggunakan LATAR sebab saya ada beberapa pilihan lain untuk balik ke kampung kecuali dalam kes kecemasan.

  • Biasanya saya gunakan PLUS masuk ke GCE dengan tol RM 2.20 dan melalui Sungai Buloh – Ijok – Kuala Selangor – Sabak Bernam
  • Kalau balik secara santai tanpa mengejar masa, saya gunakan laluan Rawang – Tasik Puteri – Kota Puteri – Ijok.
  • Kalau hari perayaan yang pastinya Rawang sesak teruk, saya gunakan laluan Serendah – Bukit Beruntung – Bukit Tagar – Bistari Jaya ( melalui Unicel ) – Tanjong Karang – Sabak Bernam.
  • Saya boleh juga guna laluan Serendah – Behrang Station – Gedangsa – Sungai Panjang –  Bagan Terap – Sabak Bernam.

Mengikut pengalaman saya, kesesakan tidak berlaku di laluan KL – Kuala Selangor tetapi kesesakan teruk bermula dari Kuala Selangor hingga ke Tanjong Karang. Paling teruk muntah hijau berkilo kilometer berlaku dari Sekinchan ke Tanjung Karang.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Pengalaman Menggunakan Lebuhraya LATAR

  1. Aslm

    Sy perlu bantuan… jln / hgway mana termudah dan terpantas dari Bangi ke ILDAS, Sabak Bernam…
    Brapa km?
    Brapa lama perjalanan?

    TQ sume

    1. lebih kurang 190KM dari Bangi
      Ada banyak pilihan – paling mudah ke KL , masuk Tol Jln Duta
      Highway Plus arah utara, Keluar ke GCE di Rawang Selatan
      Dari GCE ( Guthrie Corridor Expressway ) keluar kat susur pertama, dia tulis Kuala Selangor.
      Dari Kuala Selangor ke ILDAS lebih kurang 80KM

      Boleh juga ikut Lebuhraya Utara – Selatan Hubungan Tengah ( lalu Shah Alam ) dan masuk NKVE ke exit Rawang Selatan, masuk GCE terus ke Kuala Selangor.

      Itu kalau ikut highway.. kalau tak ikut highway boleh ikut Shah Alam, Meru, Kapar, KUala Selangor…terus ke Sabak Bernam, jarak sama tapi melalui jalan biasa mungkin ambil lebih masa.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Apa yang best kat Penang?My Profile

Comments are closed.