Kenapa Ke Sekolah Cina?
Pengetahuan Am

Kenapa Ke Sekolah Cina?


-Uniform pelajar perempuan berwarna pink dan lelaki berwarna biru di Algeria.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian terperinci dibuat berhubung kaedah pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) yang terbukti lebih berkesan.
Berita penuh > utusan online

Kita bercakap soal Matematik dan Sains ye, tak perlu nak komen mata pelajaran agama atau tentang moral dan hal lain. Bukan apa sebab bila saja menyentuh kenapa ibubapa melayu menghantar anak2 ke sekolah cina, saya akan menerima beberapa pandangan sinis. Alasan yang paling kerap adalah pendidikan agama Islam.

pelajar sekolah cina

Tetapi bila saya tanya balik, habis tu yang merempit, yang bercouple berpeluk cium, yang buang anak dalam longkang, yang bervideo aksi lucah di youtube tu sekolah mana? Bukankah mereka itu belajar Pendidikan Agama pagi  di sekolah kebangsaan dan petang di sekolah rendah agama?

Bagi saya memang sekolah  boleh membentuk anak2 menjadi baik tetapi itu bukanlah 100 peratus sebabnya.

Jangan lupa banyak kes buli  tahap kronik juga berlaku di sekolah agama. Jadi tidak perlu prejudis sangat kepada ibubapa yang mengantar anak2 mereka ke sekolah jenis kebangsaan cina.

Walau pun pendidikan agama Islam hanya diajar 3 kali seminggu tetapi pendidikan agama bukan semata2 tanggungjawap pihak sekolah. Itu tanggungjawap total ibubapa.

Tiada sistem yang sempurna ciptaan manusia. Semua aliran ada cacat celanya.  Jangan jadi seperti Spongebox yang menyerap apa saja yang diterima, sediakan penapis santan.

Berbalik pada soal matematik dan sains di sekolah cina, kedua mata pelajaran tersebut adalah subjek teras. Kalau murid mendapat UPSR 1A, percayalah A tersebut adalah untuk matematik.

Kesemua anak2 saya belajar di SJK(c) dan mereka belajar di sekolah menengah kebangsaan ( SMK )  pada peringkat menengah. Mereka lebih selesa berfikir subjek matematik dalam bahasa cina walaupun di sekolah menengah aliran kebangsaan kerana sistem bahasa cina yang mudah untuk mengira.

Sewaktu murid sekolah kebangsaan belajar matemarik dan sains dalam bahasa inggeris, murid di SJK(c) belajar matematik dan sains dalam dua bahasa – bahasa inggeris dan bahasa mandarin.   Subjek peperiksaan mereka bertambah menjadi matemarik 2 kertas dan sains 2 kertas . Mereka perlu menduduki peperiksaan matematik dan sains untuk kedua-dua bahasa.

Beg sekolah mereka lebih berat dari beg sekolah murid sekolah kebangsaan dan waktu persekolahan mereka lebih 2 jam dari sekolah kebangsaan. Waktu persekolahan tamat selepas jam 3.30 petang setiap hari kecuali Jumaat. Mereka menduduki kelas tambahan wajib anjuran PIBG ( berbayar ) dari jam 1.30 – 3.30 petang.

Menurut Pensyarah Sosiologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan UKM Anuar Ahmad salah satu sebabnya adalah berkaitan dengan budaya sekolah kebangsaan yang terlalu banyak mengadakan sambutan majlis atau acara tertentu yang menganggu tumpuan guru terutamanya dalam penyediaan mengajar Sains dan Matematik yang memerlukan lebih tumpuan.

Untuk pengetahuan, boleh baca satu lagi surat pengunjung blog yang saya terima di sini – SJKC Tidak Layak Ke MRSM

 

©Kujie – kalau 10 kali pergi sekolah, 8 kali boleh nampak guru besar merayau di sekeliling sekolahnya …. paling senang nak nampak guru besar dari guru kelas… :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

89 thoughts on “Kenapa Ke Sekolah Cina?

  1. Assalamalaikum.. sy nk minta pendapat macam mana nk uruskan anak2 yg bersekolah rendah cina dan sekolah rendah agama pada sebelah petang..? sebab sekolah cina tiap2 hari ada homework begitu juga dgn sekolah agama. malam pula perlu ke pusat tusyen utk selesaikan homework sekolah cina.. bagaimana pula dgn homework sekolah agama..?? Anak sy kelihatan bosan dgn rutin harian ini sehingga tak mahu ke pusat tusyen. Buntu saya dibuatnya.. mohon shere pengalaman yg lain2..tq

  2. Saya nak tumpang tanya, anak saya bersekolah cina dr tadika lai meng umur 5thn dah terus ke srjk lai meng dan ditukar ke srjk chung hwa sampai djh 6. Bila ke tingkatan satu saya htr ke sekolah biasa tp anak saya minta ditukar semula ke sek men aliran cina. Saya terfikir untuk daftar kan dia ke smjk chong hwa gombak. Soalan saya, kalau u tau, betulkah agak susah untuk masukkan anak ke smjk chong hwa ni atau sekadar mengikut prosedur biasa.

  3. sy nk mencari tadika cina terbaik di area ampang utk anak bongsu sy ..5thn (2014)…seblm ni 3ank ke tadika & bersekolah di lai meng tp thn depan tadika tu berpindah ke bukit jalil..amat la jauh..

    1. Violet,
      Ok ke sjkc Lai Meng?awk hntar 3 ank dr tadika Lai Meng or trus standard 1?
      Sy cdg nk hntar situ sbb dekat dgn office sy di bkt jalil
      Apa persediaan utk ank 5 tahun ikut pengalaman awk ye?
      Tuition mmg perlu ke?

      1. Hi fussy,
        Sy pun hantar ank ke tadika lai meng since dy 5 thn….so far memang ok..cuma homework memang byk bg umur mcn dy..hari2 mesti ade 2 or 3 subject..tp bagus utk dy sbb ari2 mesti nk siapkn homework “nanti cikgu marah” katanye…bila x de langsung homework “rini bole lh mainnn,x de homework mama yeyyy…haha….semangat nk g sekolah hari2..alhamdullilah…cume bila masuk 6 thn saya hantar dy pg tuisyen utk bshasa mandarin…kat situ pon dy bole bwk homework n buat kat sana..sbb mandarin byk perkataan yg perlu cepat catch up supaya senang utk dy membaca…cikgu kat tadika lai meng memang bagus…displin…dan pandai trick budak2 ni…kdg2 hantar nangis lh moody lh..lepas beberapa minit dh ok..lai meng is the best lah so far from me..cume sayang hujung bln ni dh pindah ke bkt jalil…jauh juge dari gumah…tgh pening lh ni…tatau camne..

  4. Salam Kujie, saya tak habis2 gugel pasal sjk c. X banyak masa lagi sebab anak saya akan sekolah 2015, kalau x bertindak tambah ilmu dari sekarang terkubur la cita2 saya nak anak ke sjk c sebab 1) kurang sokongan 2)sangat2 kurang ilmu sbb non of my family members or close friends ada experience hantar anak sjk c. Saya ada view list of sjk c dlm web kpm yg dekat my area tapi macam mana nak tau which school is more approachable/supportive (in terms of anak melayu sekolah cina) and can u share parents’ preparation utk hantar anak sekolah cina dr start kindie dan alam persekolahan.and how parents learn mandarin themselves utk bantu anak kalau asal2 mmg x pandai langsung..tqvm…
    Jom terjah post menarik dari ddfirdaus ..Final Semester (biasalah mood meroyan nak balik skolah)My Profile

    1. salam…anak saya bersekolah tadika cina dan thn dpn akn ke sjkc.mungkin pengalaman yg dpt saya konsi adalah preparation sewaktu anak2 di kindergarden.sebenarnya wlupun nama nya tadika tapi level silibus nya terutama matematik mmg agak tinggi.saya sendiri adalah guru di sekolah kebangsaan tapi memilih utk hantar anak ke sekolah cina.sbg parents kita mmg perlu banyak involve dlm pembelajaran anak.klu nk anak kita bersekolah ke sjkc mmg perlu ke tadika cina selwat2nya pada usia 5 thn.ada juga yg hantar pd seawal 4 thn.tp klu da 6 thn agak susah sedikit psl bila nk register utk sjkc mereka nak bukti bahawa anak kita pernah belajar di sekolah cina-so kita boleh kemukakn resit bayaran tadika or kad pelaporan pelajar utk menyokong kemasukan ke sjkc.klu 6 thn br nk sekolah tadika tkt nt pihak sjkc agak susah nk terima masuk psl alasanya x cukup xperience.homework wlupun tadika mmg banyak.everyday parents kena check buku anak2 utk pastikn mereka buat homework.mula2 mmg susah nk disiplinkn anak buat homework tapi lama-kelamaan anak kita dgn sendirinya akn terbiasa malahan mereka akn takut klu homework belum selesai…berbeza dgn pengalaman saya di sekolah kebangsaan-anak2 murid x banyak homework n x heran nk siapkn.maaf.ini pengalaman saya.
      sbg parents mmg akn ada masyarakat yg berpandangan serong bila kita nk hantar anak ke sekolah cina.saya sendiri menerima pandangan negatif dari rakan2 yg x memahami.tp saya teruskn juga niat saya nk hantar ke sjkc.alhamdulillah suami
      menyokong.sbg parents tiap hari mmg kena tolong mereka buat homework.mmglaa penat lbh2 lg kita bekerja tp demi anak2 kena juga buat.malahan saya sendiri menghadiri kursus bahasa mandarin selama 4 bulan utk lebih membantu anak belajar.sekiranya ada peluang cari lah kursus2 tersebut. wlupun anak still tadika tp lebih elok jika hantar ke tuisyen terutamanya tuisyen mandarin.
      subjek matematik dan sains mmg di ajar dlm mandarain malahan anak saya lebih pandai mengira dlm bahasa mandarin berbanding bahsa melayu.pada pendapat saya kemungkinana pendedahan awal silibus matematik yg tinggi arasnya membantu kejayaan murid sekolah cina.bila dibandingkn silibus matematik tadika anak saya dgn silibus sekolah rendah kebangsaan, silibus matematik tadika lebih kurang sama aras dengan murid thn 2 sekolah kebangsaan.mereka sudah di ajar penambahan dan penolakan ygn melibatkn nombor2 melebihi angka 30 malahan sudah mempelajari penambahan tiga tingkat nombor..begitu juga dgn subjek bahasa inggeris-mereka sudah mempelajarai grammar (tatabahasa) yg hanya diperkenalkan di sekolah kebangsaan seperti murid tahun 3(mengikut silibus kssr dan pbs).tidak rugi klu hantar anak ke sekolah cina.insyaallah saya doakan anda juga dpt bertekad mengharungi halangan utk meneruskan cita2 anda menghantar anak ke sekolah cina.

  5. anak saya sekarang tahun 3 di SJKC Han Ming, selama ni saya tak tahu SJKC tak layak memohon sekolah sains (bantuan penuh kerajaan) atau MRSM lepas UPSR walaupun dapat 7A
    Sekarang ni ada terfikir untuk tukar ke sekolah kebangsaan, pada tahun 4. Pembelajaran ok diSJKC markah semua above 85% termasuk mandrin, berkenaan pihak sekolah kerap minta duit pun bukan hal, cuma ingin anak berlajar dalam sistem sekolah sains atau MRSM bila usia 13 thn nanti.

  6. Setelah membaca postingan ini saya jadi tahu banyak soal pendidikan di Malaysia, kalau di Indonesia ada sekolah internasional dan nasional..

  7. Yup.. nk antar anak sekolah cina kena tgok gak tahap anak2, bleh catch up ke idak.. sy ada 5 bradik, kesemuanya bersekolah cina, mmg org tua paksa masuk SRJKC..

    Alhamdulillah, senang dpt keje dan yg paling penting kami xterlalu social sgt dlm pgaulan, maklum la sume pelajar cina, xdek kawan maaaa..

    sy bsekolah cina dr tadika hingga SPM.. mmg time SRJKC (1987-1992) xdek class agama, kita just blajar moral n bila msuk SMJK ada Pendidikan Islam, tp still dpt result yg ok je sy..

    Now anak sy plak ke SRJKC, n dh ada subjek Pendidikan Islam di SRJKC gak..

  8. As Salam..

    Sy salah seorg yang bersekolah cina dari tadika, sekolah rendah (SRJK Chong Hwa, Setapak) hingga amik SPM (SMJK Chong Hwa, Gombak).. Ms time sy mmg ada remove class, tapi start dr thn 2000 dh xperlu msuk remove class bg pelajar yg lulus dlm subjek BM dlm UPSR.. Tp sy suka je remove class.. hahaha.. lama skit bleh pakai uniform sekolah 😆

    1. Hye bole tau awak sekolah tadika cina dimana??saya area ulu klang..plan nak hantar anak sekolah cina

        1. Sarah,

          Dulu hantar ankke tadika mana?
          Saya tinggal di Taman Permata, Ulu Klang.
          Bercadang untuk menghantar ke sjkc chiao nan atau chong hwa.

          TQ.

  9. ank lelaki saya sek cina sejak tadika umur 4thn. lepas tu sambung SJKC sampai darjah 3 sekarang ni. Ptg saya hantar ke sekolah agama. yg paling saya bangga. Ank saya duduk kelas no 1 d sekolah agama. Bila ambil report card. Sampai Ustazah tak tau nk komen apa. Katanya bagos sgt. Walau pn anak sekolah cina. Tapi pelajaran agamanya lebih baik dari kawan2nya yang sek keb…

  10. Hi, nak tumpang tanya pada umur berapa kita kena register anak kita di SJKC? Also bila kita tahu sekolah ada buka vacancy untuk kita register? Terima kasih.

  11. assalamualaikum..anak saya kedua duanya di sjk(c) sangat cemerlang antara pelajar melayu paling pandai,dalam akademik mahupun sukan..alhamdulillah agamanya juga bagus…bercita-cita menjadi doktor …moga tercapai cita-citanya…kami sentiasa sokong apa saja yang diminati..kadang-kadang kesian..beg yang berat,tuisyen sepanjang minggu..tapi tiada kejayaan tanpa usaha…untuk berkongsi pengalaman boleh e-mail saya

    1. assalamualaikum..anak sy juga bersekolah cina dan sekolah rendah agama pada sebelah petang. Memang kesian melihat anak2 bersekolah dr pg sampai ke petang dan malam sibuk dgn homework pula. Masalah saya anak yg kedua ni Nampak mula bosan dgn rutin harian sehingga tak mahu ke pusat tusyen.. boleh tak konsi pengalaman macam mana nk hadapi keadaan ini..?

  12. Salam… Puan tinggal di mana?

    Anak saya sekolah sjkc di tempat saya tinggal…3 km dari rumah. Biasanya sekolah yang dekat dengan rumah

  13. salam puan,
    nak tanya, puan hantar anak puan sekolah cina mana ye?
    anak sy baru tadika, sedang mencari2 sekolah cina mana nk hantar lepas ni..

  14. Sebenarnya Ikhwan nak ucapkan terima kasih kt ibu dan ayah sebab hantar Ikhwan ke sekolah SJK(C) ketika darjah satu hingga darjah enam. Ikhwan seorang yang sangat beruntung. Boleh bercakap dalam bahasa mandarin, melayu dan inggeris. Sebenarnya banyak manfaat jika kita hantar anak-anak ke SJK(C). Banyak orang kata jika hantar anak ke SJK(C), akidah akan terkikis la apa la. Alhamdulillah, Ikhwan OK sahaja. Jadi manusia jugak. Sebenarnya di SJK(C) diorang ada sediakan kelas berasingan untuk orang Islam. So tak ada alasan la kata SJK(C) tak bgus. 😛
    Jom terjah post menarik dari Ikhwan ..Siapa IkhwanMy Profile

  15. Pada pendapat saya, jika dia ada basic mandarin n sudah dihantar ke tadika cina, then it should be ok, not need for them to be sent to private tuition in the early years of school. Lepas darjah 3 boleh start hantar anak pergi tuition. Pengalaman saya, parents panggil private teachers datang rumah ajar adik-adik saya. Dalam masa yang sama, diaorg masih boleh pergi sekolah agama sebelah petang. Cuma, kalau ada kelas tambahan terpaksa skip sekolah agama. So far, alhamdulillah ok. Sekolah cina excellent, sekolah agama pun excellent. Tapi, bergantung kepada keupayaan budak-budak juga. Kalau tak boleh catch up, jangan dipaksa. Pokoknya, nak masukkan anak ke sekolah aliran lain ni memang agak risky tapi tak ada ruginya kalau kita mencuba. Keluarga saya masukkan saya ke private islamic school yang ada 18 subject. Alhamdulillah, saya boleh catch up tapi tidak pada adik lelaki saya. Bergantung kepada kebolehan anak-anak juga.
    Jom terjah post menarik dari Nurlulu ..10 ekor lembu- seekor terlepasMy Profile

  16. Salam Puan Kujie,

    Ibu bapa dan adik-adik saya menetap di Miri, Sarawak dan akan berpindah ke semenanjung akhir bulan ini. Kami sedang bertungkus lumus mencari tempat untuk adik saya di mana-mana chinese independent school di sekitar KL ni. Dia baru sahaja selesai ambil entrance exam di Chong Hwa Independent School, jalan ipoh, tapi kami perlu fikir alternatif lain sekiranya dia tak dapat masuk sekolah tersebut. Saingan sangat sengit sekarang ni. kalau budak cina sendiri pun senang-senang kena reject, apatah lagi budak melayu. Walaupun rekod belajar memuaskan, itupun tak menjamin dapat menempatkan diri di sekolah cina sebab tempat sangat terhad.

    Risau.

  17. Salam, KJie. Anak i akan masuk darjah 1 thn dpn (upon her request). Initially, dh daftarkan di Sek. kebangsaan. Skrg, dia masih belajar kat tadika cina. So, i nak tau since in general i dapat feedback yg pelajar non-cina mesti pergi tuisyen to survive. In other words, is it possible for my daughter or any other non-chinese to adapt the subjects in Mandarin without private tuitions? Bukan apa, sebab for me, kids should be kids.Dahla homework byk, kelas mengaji lagi, pastu kena pergi tuition pulak. So i want to know how it worked for your kid.

  18. 😈 :rol

    sye sek cine, tapi knp susah sngt nk bljar bhse cina/ thn ni sye upsr,so kena lah bljar betul2. ❗ 👿 ❗

  19. Terima kasih kerana memberi penjelasan.. senang skit hati saya nak hantar anak ke sek. cina.

  20. salam,

    nak tanya kalau anak saya sek. cina sampai tahun 6, bila masuk sek. menengah nnti dia kena masuk kelas peralihan tak? Sesiapa yg tahu boleh tolong jawab kemusykilan saya ni.

    TQ

  21. :mrgreen: :mrgreen:

    alhamdulillah, bagus htr anak2 ke srjk.. boleh kuasai lg bahasa extra, di samping dapat mencungkil lg bakat genius anak-anak. Lagi pun bahasa ekonomi ni mmg dah mcm keperluan utama di negara kita mengatasi priority bhs kebangsaan.

    @kak kujie : byk kelebihan mereka bersekolah di srjk, asalkan xlupa “tanggungjawab-p” total pada ibubapa dan tidak berkurang “(adab-adab)-p” agama, budaya, dan bangsa. :mrgreen:

    @lady D: jangan suatu masa nanti ibubapa dirumah pulak dimarahkan dlm bahasa ekonomi.

    1. Saya dulu dari tadika Inggeris, masa nak masuk darjah satu, saya mintak abah hantar sekolah Cina. Memang masa masuk tu, sepatah pun x tau cakap or faham Mandarin. Tapi, x sampai 2 bulan pun dah boleh sembang.
      Dulu2 saya xde tuition pun. Tapi, cikgu kelas saya memang bgtau parents, seminggu 3 hari, tolong bekalkan or hantar lunch, cikgu kelas bagi kelas tambahan maths, english and bm. FOC. Cuma, x boleh x datang.
      Cikgu kata, dia nak kelas kami semua lulus cemerlang UPSR dan exam kemasukan ke Foon Yew High School.

      Tapi, sekarang, anak saya, sebab x minat, walaupun di sekolahnya ada diajar Mandarin, dia lebih selesa berbahasa Inggeris.

      Kesimpulan saya, nak hantar anak ke SRJKC ni, tgk kehendak n minat anak. Saya dulu memang suka nak belajar bahasa asing (coz kepoh kan… ley tahu apa org lain ckp) so, bagi saya tak susah pun. Pagi sekolah Cina, ptg g sekolah agama. Tapi sekolah Agama sampai darjah 5 je. Coz bila nak masuk darjah 6 sekolah agama, saya pilih untuk bersekolah menengah di Foon Yew High School.

      Degree saya buat kat UiTM. Memang bila dah bertahun sekolah Cina, masuk Uitm, macam honeymoon. Masa secondary, sekolah seminggu 6 hari. Sabtu je sampai 12.45pm. Hari lain sampai ptg. Masuk UiTM, kelas sehari beberapa jam je, seminggu 4 hari je. Saya siap g buat part time job kat CC, amik upah taip assignments and jadi part time customer service officer kat Jusco (dpt offer sebab maths bagus and pandai ckp Cina, masa tu JUSCO baru perkenalkan skim Ansuran Mudah bg Brgn Elektrik diaorg). Mmg mewah masa tu.

      Belum graduate, dah dapat offer letter dari Public Bank as management trainee (x pergi sebab x minat kerja bank).

      Pendek kata, banyak kelebihan pandai berbahasa Mandarin ni. Tapi, jangan paksa anak. Tengok kemampuan anak.

      Saya empat beradik, hanya saya sorang je sekolah Cina. Adik2 saya yang lain tak minat, so abah pun x hantar. Tapi, Alhamdulillah, masing-masing berjaya dalam bidang masing2.

      Suami saya, sibuk nak hantar anak kedua n ketiga saya ke sekolah Cina. Nasihat saya, jangan paksa anak.

      Sorry Kak Jie, membebel panjang lebar kat sini.

      Saya setuju bila Kak Jie cakap pasal kelas pendidikan Agama tu. Sekarang anak2 k.Jie untung, coz ada gak kelas tu. Masa zaman saya dulu, memang xde. Saya masuk kelas pendidikan Moral. tapi cikgu saya pengikut confucius, so bab adab terhadap orang tua, guru, orang sekeliling, memang ditekankan. Bab agama yang lain, mmg saya belajar di sekolah agama.

  22. kalau kita dah setkan -ve maka -ve la jugak dapatnya…cuba tengok pada sudut yg +ve…kalau tak de bukti sahih kesimpulan kita akan jadi tak betul.
    .-= dinsblog´s last blog ..Kenaikan BLR =-.

  23. ada baiknya hantar anak ke sek cina nih.. saya pun de cita2 nak anta anak ke sek cina.. tapi apa pun, depend pada kesediaan anak tu.. lau anak kita nmpak kureng sikit, tak patut la lau kita bebankan anak dgn suasana yg tidak biasa.. lau anak cam nakal sikit, mgkin de baiknya htr ke sek agama..tapi lau anak kita normal, pe salahnya. boleh blaja bhasa cina tu..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Tak Puas Hati Dengan Bos =-.

  24. benda susah nak cakap..
    .-= titan´s last blog ..Panduan Youtube – Buat Duit dengan Youtube =-.

  25. bagus la kak jie hantar anak pergi sekolah cina. kat sana memang belajar tak ingat dunia punya. memang betul2 memupuk sikap nak belajar dalam diri.

    adik saya sorang je sekolah cina. saya pun tak berkesempatan.
    .-= ariff´s last blog ..Kerana Sekarang Aku Lagi Besar =-.

    1. @ariff, saingan lain – kerja sekolah jangan nak kata… dari tadika lagi mmg di latih dengan kerja sekolah

    1. @~mrs azmi~, ibubapa kena buat persediaan awal..banyak yg perlu dikorbankan….dari tadika dia bawa bekal.

    1. @cik epal, dulu, satu sekolah ada 1-2 orang je pelajar melayu..skrg ni lebih 10 orang..cikgu pun dah terbuka utk menerima pelajar berlainan agama dan bangsa

  26. Orang kite memang selalu pandang sinis jika kita buat tindakan yg sedikit keluar dari norma masyarakat tanpa mahu berfikir baik buruknya..

    p/s – suke dgn ayat ini “Tetapi bila saya tanya balik, habis tu yang merempit, yang bercouple berpeluk cium, yang buang anak dalam longkang, yang bervideo aksi lucah di youtube tu sekolah mana? Bukankah mereka itu belajar Pendidikan Agama pagi di sekolah kebangsaan dan petang di sekolah rendah agama?”..cukup telus dan tulus..

    1. @hafizmd, selalu terima pandangan negatif bila cakap anak sekolah cina….. tetapi anak2 dia org tu cakap melucah, mencarut sentiasa kat mulut.

      Anak2 kak jie tak pandai mencarut – kecik2 keluar je perkataan bukan2 – otometik kena tampal je mulut tu. sampai bila dia nak sebut perkataan ‘babi ‘ dia akan cakap..contoh ye… 😆

    2. Tul2 bro sy sokong sgt cuba tgk anak2 cina semua sibok belajar n tk ada masa tok bercinta…..anak2 melayu aje yg suka buat benda yg suke sgt conteng muka mak bapak……anak sy 4 tahun sek tadika cina n taun nie darjah 1 sy suk kan dia kat sek cina……yg penting ibu bapa main kan perenan buat anak2…..

    1. @maza, sebabnye sudah pasti sistem pembelajaran khasnya sistem belajar matematik dlm bahasa cina lebih mudah dan sudah terbukti.. 😯

    2. @maza, pasal mereka tak popular mcm cina..opss, ada statement berbau perkauman ker… ❓
      .-= Nadri´s last blog ..Sejarah Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. =-.

      1. @Nadri,

        Opss.. jgan bro.. dia org punya pasallah dunia mengenai angka kosong yg kita kenali sekrang tau.

        Dia org juga have great engineering history like Taj Mahal, Red Fort dah sebagainya…

        Bangsa dia org juga telah tercatat sejarahnya sebelum masihi lagi.. sama2 naik mcm Cina gak weiii…

        mereka hebat juga, kanzz?

        tapi, skeptikal jugalah yg tepukan minda kita!
        sama gak kes dgn SRJKC itew…

        stereotype lah yg menghantui kita, membataskan kita…
        sama gaklah dgn org yg fobia hantar anak2 mereka ke sekolah SRJKC dan ke Sekolah Kebangsaan…

        Persepsi yg bertambun itulah yg menjadi jurang dlm setiap tindakan..

        heehehhehe
        pssst; maza merapu jerk tu.. jgn layan dia.. hehehheh
        :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
        .-= maza´s last blog ..Potong Jambul Amalan Bidaah =-.

  27. slm kak…
    so, boleh tak kalau nak jugak jadikan 3 kolum? kalau tak boleh sy kena buat ape ye? n satu lagi sy tgh buat blog utk pra sekolah, macam mana nak edit header? sebab bila sy nak edit tak keluar pun buang imej2 tu semua…nak letak logo sekolah je kalau boleh skrg ni…align pun nak bersepah…
    .-= hidayahyassin´s last blog ..Pulau Temasek – Seberang Tambak (Singapore) =-.

  28. personally, bagus sebenarnya htr anak belajar di sek Cina & dpt menguasai bahasa Cina itu sendiri..lihatlah sekarang, ekonomi Malaysia majoritinya dikuasai oleh org Cina..sbb itu ramai graduan Melayu yang tak dapat kerja..brp byk sahaja kekosongan yg ada di jabatan kerajaan??? klu nak apply kerja pn kena pakai kroni / org dlm, baru dapat..

    nota kaki:
    saya juga agak terkejut apabila ustaz yg mengajar anak2 saya ngaji dirumah mengatakan bahawa para guru2 di sek agama tak boleh nak mengajar semua murid dlm satu kelas kerana tempoh waktu bekajar yg singkat & jumlah murid yg ramai..guru cuma tumpukan pada murid2 yang lemah shj..
    .-= Nadri´s last blog ..Sejarah Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. =-.

    1. @Nadri, 1) ade benarnye tu en nadri tapi banyak juge yg dapat kerje dalam kerajaan tak gune kabel..betul tak?
      2)memang tempoh mengajar dlm kelas sgt singkat, kalau 40min saje, sikit sgt kot sempat ajar..huhu

      1. @hafizmd, 1) hmmm, betul jgk..tp mmg susah nak dpt kerja kerajaan..
        2) kans lagi baik kalau subjek sek di sekolah agama diserap ke dalam sekolah kebangsaan..lg satu masalah disekolah agama; kekurangan guru & kelas…
        .-= Nadri´s last blog ..Sejarah Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. =-.

  29. lain padang,lain belalang..lain orang,lain kriterianya…for me,mungkin saya akan hantar ke sekolah biasa bila anak dah besar nanti….anyway,kak jie dah tukar template..lebih ceria..like it…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Astro B.yond dan 32" LG HDTV =-.

  30. bg sy, tak kisah pon stdy kt memana..tak perlu persoalkan ttg agama sptotnya coz blaja psl agma bukn shj kt skolah, kt memana pon leh. kalo nak kisah gk psl antr skolah memana, maybe patot diorg pk gk, nape perlu berebut-rebut nak antr anak blaja kt london, atau pun japan…
    .-= jmr´s last blog ..Sekali lagi wedding shot di Penang =-.

    1. @jmr, mak bapa kena ajar adap-adap agama dan budaya – mmg ada kurang juga kat sekolah cina, mana2 pun sebenarnya .

  31. Setuju dgn kak kujie. Klw saya ada anak pun saya hntr diorg pergi skolah cina biar diorg tahu kuasai apa yg org cina monopoli. Then jgn lupa hntr diorg pergi sekolah agama jugak. SMoga anak2 kita seimbang dunia dan akhirat.
    .-= fazemy´s last blog ..Kesiannya Arwah Safiyah =-.

    1. @fazemy, sebenarnya belajar agama kat sekolah kebangsaan pun tak cukup belajar kat sekolah cina pun tak cukup..bab agama kita kena belajar mengitu turutan umur..masa kecik belajar tahap kecik..bila dah tua kita kena belajar dengan tahap umur tua..lebih mendalam

    1. @eiman, ibu bapa kena bersedia dari awal –

      bab anak2 bawa bekal , kerja sekolah yang menimbun – ajar anak2 bab agama

  32. nak tambah lagi.. 😆
    – pendidikan islam tetap ada diajar d sekolah cina.ld msh dpt belajar agama d sek cina…
    – bila dh tau berbhs mandarin, bila d rahsia atau nak ngutuk org (hehehe) leh la ckp mandarin.org x fhm pun..selalunya ld speaking mandarin dgn adik sbb adik pun sek cina.so klu kat umah, d pe2 rahsia ckp je cina.family lain x fhm pun….nasibla ye..
    .-= lady D´s last blog .. =-.

    1. @lady D, terimakasih berkongsi info

      kantin di sekolah anak saya, di asingkan meja untuk pelajar islam dan bukan islam.

      bila bulan puasa, cikgu akan bagi amaran kepada pelajar bukan islam supaya jangan makan atau minum di hadapan kawan2 islam mereka

  33. dulu masa kekecik dulu, kalau nak masuk sekolah cina org kampung mesti ingat nak masuk cina..nak jadi cina. tapi sebenarnye bagus belajar byk bahasa tak rugi. i myself sending my kids to chinese kindy. as a result, i pun dapat belajar sama…
    though…parent takleh leoas tangan pasal pelajaran agama

  34. ld antara yg bersekolah di sek cina….antara sbb family ld anta ke sek cina sbb kelebihan satu bhs…x dinafikan ld dpt bekerja d syarikat d tpt bekerja skrg pun sbb mempunyai kemahiran berbhs mandarin (klu x,drg x pandang pun org melayu-diskriminasi bg company “ca ya nun alif”)…psal pembelajran kat sek cina plak, bg pel melayu ergantung pd individu sendiri.d yg blh catch-up pelajarannya, d yg x blh.klu d usaha berjayalah.mmg sek cina byk keje sek & kelas tambhn.nak cuti sek je mesti beli buku latihan sedozen utk dibuat masa cuti…(itu je la yg nak dikongsikan pengalaman)
    .-= lady D´s last blog .. =-.

    1. @lady D, kalau nak ujian , cikgu siap bagi jadual waktu ujian suruh anak2 bagi kat ibubapa…dan kat bawah tu di tulis

      diharapkan ibubapa murid bekerjasama dgn pihak sekolah memastikan agar anak-anak mengulangkaji untuk ujian tersebut.

      😆

    1. @Fahmishah, ramai yg salah faham tentang tanggungjawap ibubapa dalam memberi pendidikan kepada anak2…dah serah pada sekolah..sudah..lepas tangan

  35. Ada bagusnya belajar di sekolah cina ini. Dapat belajar bahasa baru, dapat kawan baru dan dapat teknik belajar matematik bangsa cina. Cuma 1 sahaja kekurangan belajar di sekolah cina. Pelajar yang keluar dari darjah 6 sekolah cina akan terpinggir untuk kemasukan ke SBP, SMKA, SMAN dan lain-lain. Selain faktor pemakanan yang perlu dijaga rapi semasa berada di sekolah. Pandangan peribadi saya sahaja 😀

    1. @imran,
      sekolah cina takde masalah nak sekolah SMKA dan SMAN kalau pencapaian akademik sekolah pagi dan sekolah agama UPKK memberangsangkan. Anak sy wpun sek cina, balik lambat, tp ttp ke sekolah agama. Sekolah agama faham dia dia bg kelonggaran utk dtg lambat
      .-= ila-ali´s last blog ..Tips Menyemarakkan Rasa Cinta Part 1 =-.

  36. yg bagus tentang sjkc:
    -budaya belajar y jauh berbeza dgn sek aliran biasa
    -dpt bljr mandarin
    ini la antara sebab utama parents ntaq anak2 ke sjkc..dan ianya sgt praktikal..saya da ja mmbr yg skolah cina kakjie…mmg dpt lebih laa…
    .-= aloqmalai´s last blog ..cerita-ceritu… =-.

  37. waaw best la bleh cakap mandarin. bila dah besar ni baru rasa kan best kalau dulu parents hantar skolah cina. takpe, special sem ni akan amik mandarin, tapi takat mana je boleh belajar kan

  38. Emm..betul tu kak jie..pendidikan agama bergantung dari ibu bapa..datang dari rumah..cikgu hanya membantu..
    bagus yer anak2 kak jie sekolah cina..boleh belajar extra language..then boleh communicate dgn others.. macam kawan saya..semua adik beradik dia sekolah cina..dan pegangan agamanya kuat juga..dan kadang2 rasa lebih dari sesetengah mereka yang lepasan sekolah agama..
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Tersenyum kembali =-.

    1. @Bb Hussain,

      Iman bukan diwarisi..
      firman Allah SWT, “Aku akan tutup pintu hati mereka menjadi gelap. Tinggallah mereka di dalam kekafiran.”

      “Dan Aku akan berikan hidayah kepada sesiapa yang Aku kehendaki”

      Usaha satu anak tangga kejayaan.
      Pilihan tepat juga langkah permulaan.
      selebihnya Tuhan yang menentukan!
      .-= maza´s last blog ..Potong Jambul Amalan Bidaah =-.

Comments are closed.