Contoh Soalan Tugasan Kajian Kes Geografi PT3 2014
Pengetahuan Am

Contoh Soalan Tugasan Kajian Kes Geografi PT3 2014

Ini adalah contoh tugasan untuk mata pelajaran Geografi PT3 tahun 2014 yang saya dapat dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia. Memandangkan PT3 baru dilaksanakan tahun ini, rujukan dan panduan mengenai format peperiksaan ini sangat sangat sangat terhad. Sebagai ibubapa, saya sendiri tertanya-tanya apa yang akan dilalui oleh anak saya. Bahan yang disediakan di laman web rasmi dalam bentuk pdf tetapi saya menyalin semula soalan PT3 ini untuk rujukan dan panduan ibubapa lain. TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23) TAHUN 2014 1.0 ARAHAN KEPADA CALON

  • Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014.
  • Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2014.
  • Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini.
  •  Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
  • Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.
  • Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
  • Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
  • Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
  •  Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
  • Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).
  • Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
  • Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.
  • Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan.
  • Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4).
  • Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa dalam penulisan.

Selain calon PT3 yang kena baca dan faham arahan ini, ibubapa pun kena baca juga untuk bimbingan kepada anak-anak kita. 2.0 TUGASAN Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:

  • Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji.
  • Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut.
  • Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian.
  • Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. TUGASAN TAMAT Sebelum anak-anak kita memulakan tugasan kes Geografi PT3 2014 ini, mereka perlu ikuti beberapa kerangka tugasan untuk memudahkan calon mencari bahan yang diperlukan. Contoh Kerangka Perlaksanaan Tugas kerangka tugasan gepgrafi PT3 Bahan-bahan untuk tugasan perlu disertakan sumber rujukan contoh:

  1. Buku – nyatakan tajuk buku, penulis buku, tahun penerbitan dan syarikat penerbitan
  2. Jurnal – Tajuk, nama penulis dan tarikh penerbitan
  3. Ensiklopedia – Tajuk, jilid dan tahun.
  4. Akhbar – Nama akhbar, tarik penerbitan dan halaman
  5. Orang Sumber – Nama dan alamat
  6. Melawat Tempat Kajian – contoh Pejabat Pelancongan Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Tapak Ekskavasi Gua Niah, Miri dan alamat lokasi tersebut.
  7. VCD – Tajuk program, terbitan.
  8. Radio- Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
  9. Televisyen – Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
  10. Majalah – Nama majalah, tarikh, tahun.
  11. Sumber lain: Jenis sumber, alamat/punca sumber.
  12. Internet – Permalink sumber – contoh link seperti ini –  http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/jadual-peperiksaan-pentaksiran-tingkatan-3-pt3-2014.html

Semua tugasan ini akan ditandatangan oleh murid, pentaksir ( guru ) dan Ketua pentaksir Sekolah / Pentaksir Luar di dalam Borang Akuan Pengesahan. Bila dah baca panduan ini, nampak jelas apa yang perlu disediakan oleh murid. Susah tak? Nampak susah juga untuk level Tingkatan 3. Tarikh Kajian Kes Geografi dan Sejarah  bermula hari ini 1 Julai hingga 18 Julai 2014.  Intan cakap pada 16, 17 dan 18 Julai mereka akan masuk ke dewan peperiksaan. Ini contoh tugasan PT3 Geografi, kalau nak tengok tugasan mata pelajaran Sejarah – klik sini TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH (21) TAHUN 2014  

Semoga entri ini dapat memberi sikit sebanyak pendedahan kepada ibubapa bagaimana format peperiksaan PT3 ini dilaksanakan. Saya bukan guru, saya seorang surirumah yang cuba mencari info untuk pemahaman diri sendiri.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Contoh Soalan Tugasan Kajian Kes Geografi PT3 2014

  1. Aduhh awat la Pt3 ni mcm menyusahkan jaa.?? dulu PMR x la srabut sgt.. ini smua KPM punya idea perghh serabutt nyaaa

  2. Thank you for this. Harap-harap semua soalan ini ada keluar dlm PT3. Harap-haraplah…. Good luck for the 99 batch!! =)

  3. Cara pembelajaran di sekolah sekarang ini semakin mencabar, berbeza dengan zaman kita dulu2. Terima kasih atas perkongsian ini.

  4. Actually sya pun tak fhm dgn smua soalan ni..tpi kerna nak lulus and berjaya.. Trpaksa la bkorban..pt3 ni lbh susah drpd PMR.. Hmmm..Good Luck untk batch 99..

  5. Salam huuuux stress sgt …izah rasa mcm nak pensang jee alahai …hope izah dpt buat dgn cemerlang …DOA kn izah k…

  6. PT3 skang nie agaknya lebih susah dan sibuk drpd PMR… PMR senang sikit..tak la stress sngt.. Aduiii.. apa bole buatkan?? Sy nie pun pelajar tingkatan 3… takut sngt kalau silap buat tugasan nie mesti kurang markah… hmmm… tak apa la…buat je la kalau nak lulus..lagi pun memang wajib buat… Harap2 bulan Ramadhan nie semua kerja yg sy buat brjln ngan lncar.. Amin

    1. Jangan putus asa…. bukan anak2 saja yang pening
      makbapa pun tak tau macam mana nak membantu.
      tempuh saja apa yang datang..moga dipermudahkan-Nya

Comments are closed.