Buah Belingai Atau Buah Kawis
Pengetahuan Am

Buah Belingai Atau Buah Kawis

buah kawis

Ini adalah sejenis buah. Bukan batu granit atau batu akik. Ini adalah buah kawis atau kawista atau bahasa latin disebut sebagai Limonia acidissima. Mak mertua saya orang Jawa, sebutannya kawes. Mesti ramai tak pernah kenal buah ni,  Kalau ada pun mesti dah lama tak pernah nampak atau makan.

Baru-baru ni balik kampung, ternampak ‘batu’ tergolek atas meja kopi. Saya jangka kan untuk menindih surat-surat yang ada atas meja daripada ditiup angin. Punyalah hairan dan pelik bila mak cakap itu adalah buah. Namanya Buah Kawis ( mak sebut kawes )

buah kawista

Dengan perasaan ingin tahu yang memuncak, saya paksa adik ipar untuk belah buah kawis ni… hahah..kulit dah keras, bukan senang nak belah.

Isi buah kawis macam asam jawa dan memang masam pun. Di Indonesia, buah kawista dibuat jeruk atau jus. Kalau nak makan ,  kena campur dengan gula.  Isi dalamnya bertempurung  bersabut dan berbiji halus.  Isi buah kawis berbau yang agak kuat.  Kata orang wangi tapi deria hidung saya bau sebaliknya.

Di Malaysia, buah kawis dikenali sebagai Buah Belingai atau dikenali sebagai Wood Apple, Elephant Apple, Monkey Fruit atau Curd Fruit

buah kawis atas pokok

Inilah rupanya pokok Buah Belingai. Buah yang cukup masak akan jatuh dengan sendirinya.  Sebab kulit yang keras macam tempurung, isinya tidak mudah rosak.

pokok belingai

Sebelum balik dari kampung, saya jenguk pokok ni, untuk puaskan hati.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Buah Belingai Atau Buah Kawis

  1. Terima kasih puan kerana membawa saya kembali mengimbau pada zaman sekolah. Pernah makan tapi hampir lupa rasa buah ni. Pokok rumah kawan saya tu sangat tinggi dan besar. Macam pokok balak. Kuasa Allah kan, daun pokok yang kecil kecil, pokok tinggi dan diberi kulit buah yang keras supaya isi tidak rosak semasa jatuh.

  2. Pertama kali mendengarnya. Masalah negara kalau ada yang mengidam untuk mendapatkan buah yang boleh dikatakan rare. Kalau buah pelam boleh gagahkan lagi. 🙂

Comments are closed.