Apa Itu Raspberry Pi
Pengetahuan Am

Apa Itu Raspberry Pi

Raspberry PI? Pernah dengar?

Raspberry PI ini adalah komputer saiz kecil.

apa itu raspberry piMenurut asal pencipta , Raspberry  Pi ini bukan  bertujuan perniagaan, iaitu projek  non profit.  Penciptanya membesar dengan komputer zaman dulu yang mempunyai 2 pilihan apabila dihidupkan iaitu nak menggunakan komputer atau nak memprogramkan komputer.  Kebanyakkan orang sekarang, lebih banyak menggunakan komputer dari memprogramkan komputer.

Beliau mencipta Raspberry Pi Ini dengan tujuan supaya kanak-kanak membesar dengan programming. yang merangsang kanak-kanak lebih kreatif bukan semata-mata menjadikan komputer sebagai ‘alat untuk digunakan’.

Saiznya yang kecil memudahkan ianya digunakan dimana saja kawasan yang mempunyai kemudahan yang terhad.

Kebanyakkan orang mempunyai TV, jadi Raspberry Pi ini hanya perlu disambung ke peti TV tanpa perlukan monitor.  Sesuai kepada tenaga pengajar di kawasan luar bandar.

contoh raspberry piTentu korang nak tau apa gunanya Raspberry Pi ni, kan?

Raspberry PI ini sama saja seperti komputer biasa.  Ia adalah mini komputer yang ada grafik.  Kita boleh melayari internet seperti biasa, video, muzik,  main game yang ringan atau programming.

raspberry pi malaysiaInilah bentuk dan saiz Raspberry Pi.  Sebesar kad kredit. ( 8.6cm x 5.4cm x 1.5cm )

Raspberry PI ni ada 2 model saja – Model A dan Model B.  Bezanya Model A ada 1 USB Port tanpa Ethernet port dan Model B ada 2 USB ports dan ada Ethernet port.

Berapakah harga Raspberry Pi ?

RM145 dan boleh beli secara online .

Dengan harga yang murah, alat ini amat sesuai untuk pembelajaran secara formal atau tidak.

setting raspberry piAbaikan meja konsul depan TV saya yang berserabut tu ye…. ini bukan work station.  Ini  tempat untuk proses sementara. Dua jam lepas gambar ini diambil, saya dah cabut semua dan kemas .  Entri ini cuma ingin memperkenalkan Raspberry Pi.  Ini juga  bukan entri teknologi, saya bukan ingin mencuri pembaca amanz.my .hihihi….

 

Amirul Syafiq - I got an offer to a college It’s 368 kilometers away from home… "If you're confused you're in Fantasy or Reality, Then you're not in Reality"

44 thoughts on “Apa Itu Raspberry Pi

  1. Kena baca dua kli utk faham, maklumlah bukan budak it…heehee

    thanks angah sudi berkongsi ilmu pasal pi ni…ingat mula2 sejenis kek…hahaha
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Super Suami?My Profile

  2. kalau nak guna untuk buat presentation, ok juga ni. hehehehe
    tak payah susah2 nak angkut laptop dah. 😀

  3. kak jie pon bli gak ker?sy pon ade bli utk projek media player..mmg murah n bleh digunakan utk mcm2 perkara…sy instal xbmc dan mmg x mngecewakan utk sbc sekecil rpi.. 🙂

    tgh plan utk bli odroid-x2..sama mcm rpi cuma high spec sama mcm s3..n leh instal android..terbaik 🙂
    Jom terjah post menarik dari JebengOtai ..Wordless Wednesday : Raspberry PiMy Profile

  4. Banyak ciptaan alternatif kerana diantaranya tidak menyokong monopoli dan mahukan fleksibel dan pada harga kos yang rendah. Selalu ciptaan tersebut bermula dari asas dan menjadi semakin lengkap dengan perkongsian sumber terbuka.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Lenspen memudah kerja cuci lensaMy Profile

  5. owh…mcm linux juga. kena guna coding. tapi best la kalau nak mahirkan diri dengan programming.

    1. linux zaman sekarang tak sama mcm zaman dulu..dia mmg mudah dh skarang..raspi pi mmg pakai linux untuk OS dia…dlm gambar di atas, itu adalah raspberian OS, asal dari debian based linux
      Jom terjah post menarik dari life4hire ..Sepetang di SMWM 2013My Profile

Comments are closed.