Manja Keledek
Panduan

Manja Keledek

Saya suka keledek, sangat-sangat suka. Selalu nampak dalam drama Korea, mereka juga sering menghidangkan keledek rebus sambil minum teh. Dulu-dulu saya kenal keledek isinya putih , kemudian sekarang dengan pelbagai variasi warna kuning, oren atau pun ungu.

Kalau ke kawasan tanah tinggi , Genting atau pun Cameron Highlands  boleh nampak peniaga yang menjual keledek rebus. Bau saja boleh buat saya teringin tetapi tak pernah beli. Biasanya saya beli dan rebus sendiri dan makan sendiri ( sebab hanya saya yang suka keledek )

Keledek dimasak lemak putih bersama pucuk manis ( cekur manis ) sangat awesome!  Keledek goreng, kuih keria keledek , kuih koci keledek atau pun pengat @ serawa @ kolak keledek juga kegemaran saya kecuali kerepek keledek.

  • Daun keledek yang diramas-ramas di dalam air sehingga hancur boleh digunakan untuk merawat demam dan panas badan.
  • Daun keledek dilayur di atas api ,disapukan sedikit minyak dan dilekap  pada perut bagi mengubati sakit perut.
  • Kedua-dua cara diatas boleh digunakan bagi merawat sakit luka, bisul dan melecur.
  • Makan keledek rebus sebelum menaiki bot bagi mengelak mabuk laut.

 

Sebenarnya, saya nak tanya, apa maksud  ‘manja keledek”?

Pun tali pun, Anak ayam bulu balik;
Dalam perintah Jepun, kita makan ubi keledek.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Manja Keledek

  1. sedapnya keledek masak lemak pucuk manis tu..

    teringat masa 1st time makan zaman bebudak dulu..ingatkan kentang, tapi manis lak..lepas arwah mak bagitau baru la tau rupanya keledek tu boleh dibuat sayur jugak..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Dewasa melalui pengalamanMy Profile

  2. Assalam..
    Tak pernah dengar manja keledek tapi…
    cek mek molek memang sedap…
    saya pun pernah merasa keledek rebus cicah gula.
    kalau bual dalca cicak dengan roti canai pun sedap…
    Jom terjah post menarik dari iza ..SensitifMy Profile

  3. Manja keledek tu macam bahasa kelantan.huhu.manja keledek ikut tafsiran family nik, manja yang super duper .huhu. Keledek sangat sedap!
    Jom terjah post menarik dari niknormasitah ..Khasiat Epal!My Profile

Comments are closed.