Cara Kita Bayar Zakat Fitrah
Panduan

Cara Kita Bayar Zakat Fitrah

zakat fitrah

sumber : Twitter @acaiijawe

Betul sangat. Menurut suami yang pernah bekerja dan menyambut Aidilfitri di Algeria, zakat fitrah dimasukkan ke dalam kotak macam tabung kat masjid.  Masa kita masukkan duit dalam tabung tu, kita berniat untuk siapa zakat fitrah yang kita bayar.  itu saja.

Syarat sah bayar zakat tak perlu pun bersalam jabat tangan dan melafazkan.  Apa yang diperlukan adalah niat dan perpindahan wang yang dikeluarkan.

Hukum dan Niat Zakat Fitrah

Kadar bayaran zakat fitrah untuk negeri Selangor pada tahun 2014 kekal sebanyak RM 7.00. Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Kalau kita bayar zakat fitrah menggunakan duit, kita perlu kira harga 2.7kg beras yang biasa kita makan. Kalau secara hariannya kita makan beras wangi, beras basmati atau beras perang, kadar zakat fitrah yang perlu dibayar adalah berbeza.

RM 7.00 yang ditetapkan itu adalah kadar harga bagi beras biasa kebanyakkan orang. Kita sendiri makan, kita sendiri boleh tahu nilai yang sepatutnya dibayar. Ini adalah kejujuran antara kita dan Allah, tak ada orang boleh datang check kat dapur kita beli beras gred apa.

Negeri Terengganu keluarkan kadar bayaran zakat fitrah yang berbeza antara  RM 4.50, RM 7.00 dan RM 7.60 dan negeri Johor  RM 5.00 dan RM 8.00.  Pilih gred beras mana yang selalu dimakan.

Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan adalah RM 7.00.  Negeri Perlis dan Negeri Sembilan pula menetapkan kadar bayaran fitrah 2014 sebanyak RM 6.50.  Kadar bayaran fitrah bagi negeri Melaka adalah RM 6.70

Kita boleh ditunaikan zakat di kawasan kita mencari rezeki, tetapi tiada masalah kalau nak bayar di kampung tetapi janganlah ke tempat lebih murah dengan alasan berjimat, seolah-olah ada unsur berkira atau bakhil di dalam diri kita.

“Semoga Allah Ta’ala membalas dengan sebaik-baik pada apa yang kamu berikan dan melimpahkan berkat pada hartamu yang tinggal”

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Cara Kita Bayar Zakat Fitrah

  1. kalau di Arab sana tak ade amil zakat….di Hulu Terengganu Project pun tak ade amil zakat malah kotak tabung besar pun tak ade….macam mane yer…he he he

Comments are closed.