Mengadap pc dengan tingkap terbuka, mata saya tertangkap pada pohon pisang berbunga pink di taman halaman rumah. Dah lama tak berkebun cantas daun-daun kering di taman. Buat sorang-sorang, virus malas merebak dalam badan. Alasan ni boleh dapat markah penuh, hehehe
Bila pandang pokok pisang tu, tercetus untuk merungkaikan pelbagai rahsia yang tersembunyi dan pengajaran yang boleh dikongsi bersama.
Antaranya, pokok pisang tidak akan mati sebelum ia berbuah. Walaupun ditebang batangnya, ia akan tumbuh lagi. Saya selalu tebas / buang anak-anak pokok pisang yang tumbuh melepasi ruang terhad dan setiap kali itu juga dia akan tumbuh lagi. Tetapi bila sudah berbuah ( pokok pisang saya hanya berbunga pink dan buah seketul dua ) , kalau kita tak tebang pun, pokok pisang akan tetap mati.
Pohon pisang tidak akan hidup sendiri-sendiri dan selalunya berkelompok dalam memberikan manfaat bagi manusia.
Apa yang dapat kita renungkan?
Seperti pokok pisang, yang tak mengenal kalah tetap akan berusaha untuk tumbuh selagi dia tidak mencapai sasaran ia diciptakan. Seperti kita juga sebagai manusia yang diciptakan , adakah kita telah berusaha untuk menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba yang diciptakan Allah? Adakah amal kebaikan yang telah kita buat sebelum meninggalkan dunia ini?
Makin direnung pohon-pohon pisang menghijau ini, makin tergambar satu lagi contoh baik yang patut kita teladani. Dalam berbuat kebaikan, contohilah pokok pisang yang hidup berkelompok dengan mengajak saudara-saudara kita yang lain untuk bersama dalam jalan kebaikan bukan sengaja mencipta isu saling benci membenci.
Manusia secara nalurinya akan hidup berkelompok dengan habitat yang sihat dan selesa untuknya. Kita tidak boleh mempertikaikan kenapa si A boleh berbaik dengan si B tetapi bukan si C , kenap dia suka tinggal di Banting bukan di Rawang contohnya. Bila kita faham fitrah manusia yang akan hidup bersama secara aman damai di dalam kelompok atau kaum yang serasi, selesa dan selamat untuk dirinya kita tidak akan lagi memandang isu berpuak-puak ini sebagai sesuatu yang pelik. Lihat saja sudut positif dari segala segi.
©kujie – memori daun pisang….
pisang dikatakan pohon dari syurga dan berasal dari nusantara kak jie…gulpppp
Jom terjah post menarik dari azura ..Cerita Cuti Awal Muharam
aduh ingat time bercinta monyet dulu
Jom terjah post menarik dari ishak ..Profile pelakon my fair lady korean drama
Pokok pisang memang menyejukkan mata memandang, dua pokok pisang yang saya tanam dibelakang rumah kini telah menjadi lima pokok, tapi masih belum berbuah…
Tapi… tertarik denganjantung pisang dalam gambar di atas. Mencanak naik, sebab tu tak berbuah kot.
Jom terjah post menarik dari ardzham ..Credit salary RM5566 dari innity
hidup mana boleh seorang…. nanti dah mati siapa nak urus???
Jom terjah post menarik dari zikri ..Dunia Blog- Terima Kasih Tau…
alahaikan…
maza skrg tgh berpantang makan pisang..
sbbnya dah mentekedarah pisang goreng sepuluh hinggit seorg!
sekarang ini tgh mengusap perut.. aderkkkk
tak de pokok di laman rumah saya
😐
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..rupanya
Baik pokok pisang ke pokok lalang ke Padi ke semua tu hamba Allah juga kan. Kita ni je kadang tak perasan bahawa banyak contoh dan tauladan yang boleh diambil dari pokok-pokok tu.
Jom terjah post menarik dari Bina ..Jahil tentang penentu jantina bayi
daun pidang, alas nasi lemak. sedap. semua benda yg ada dipersekitaran pun boleh dijadikan contoh kan kakJie.
Jom terjah post menarik dari ch@ ..Award
sungguh baik ulasan dari kakjie pasal pokok pisang ni, tapi banyakkan pokok yang boleh dijadikan contoh dan semuanya ada pengajaran
Jom terjah post menarik dari mijie ..Create subdomain dan juga redirect
kita hidup secara berjemaah.. baru rasa selamat dan diperlukan. hee
Jom terjah post menarik dari Jard ..Jika gagal mendapat tempat kat universiti- nak buat macam mana
jangan biarkan pisang berbuah dua kali, tapi kalau 2,3 kali lagi bagus..hehe..boleh suruh kak jie buat cucur 😛
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Duit RM109200 tu bila nak pakai chekgu
Abang kita selalu kaitkan anak-anak yang tak jauh dari ibunya sebagai ‘anak pisang’.(yang asyik duduk beriba dengan ibunya sementara orang lain sibuk tolong rewang time kenduri.. )
Jom terjah post menarik dari Tie ..Yes ! Kita orang Johor !
memori daun pisang iwan dan amalina. lagu tu old skul. by the way, pisang hanya berbuah sekali
Jom terjah post menarik dari matjoe ..Cara Beli Rumah Subsale
Teringat pula memori daun pisang amelina & iwan. karaoke lagu tu best jugak
Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Tagging game tagged by Pn Eka- Beg kepunyaan tuan hamba
Ni kes “memori daun pisang” dengan cik abang ke 😆 ..tapi tetap ada pengajaran berguna
Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Bercinta Di Internet Mahal La…!!