Ustazah saya Ustazah Norhayati sedang sakit tenat. Sejak Ramadan lepas Ustazah memang tak sihat. Sakit buah pinggang dan perlu buat dialysis setiap minggu.
Walaupun tak berapa sihat, tetapi kelas kami masih juga berjalan setiap Rabu.
Sebulan lepas penyakit ustazah semakin tenat. Beberapa kali dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Kali terakhir minggu lepas tetapi doktor benarkan dibawa balik ke rumah kerana semua organ badan, jantung baik, buah pinggang dalam keadaan seperti biasa tetapi ustazah semakin teruk.
Ustazah tidak boleh bercakap. Terbaring seperti orang koma, tetapi dia masih sedar. Masih mendengar dan faham apa yang kita cakapkan, tetapi tidak dapat membalas.
Sedih sangat.
Hari Isnin 31/12/2012 kami melawat ustazah. Bacakan surah Yassin dan Manzil.
Semalam kami berkumpul lagi di masjid, bacakan surah Yassin dan Manzil. Mohon penyembuhan dan perlindungan dari Allah S.W.T
Manzil merupakan susunan beberapa ayat yang dipetik daripada al-Quran. Amalan membaca al-Manzil ini boleh memberikan pelindung daripada kejahatan jin, sihir, pukau atau bala musibah yang lain dengan izin Allah.
Rasulullah S.A.W telah mengajar kita doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada untuk urusan duniawi atau ukhrawi. Ayat-ayat Manzil ini merupakan amalan para ulama untuk memenuhi hajat mereka.
Memang elok untuk kita mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membacanya dengan penuh tawajjuh ( sepenuh perhatian kepada Allah ) kerana semakin tinggi keyakinan kita terhadap Allah, selagi itulah amalan ini akan memberi manfaat.
Ustazah saya cakap, setiap kalimah-kalimah Allah mengandungi terlalu banyak kelebihan dan rahsia yang tersembunyi…. selagi kita yakin.
Ayat-ayat Manzil mengandungi :
- Surah al-Fatihah ( ayat 1 – 7 )
- Surah al-Baqarah ( ayat 1 – 5 )
- Surah al-Baqarah ( ayat 163 )
- Surah al-Baqarah ( ayat 255 – 257 )
- Surah al-Baqarah ( ayat 284 – 286 )
- Surah Ali’Imran ( ayat 18 )
- Surah Ali’Imran ( ayat 26 – 27 )
- Surah al-A’raf ( ayat 54 – 56 )
- Surah al-Isra’ ( ayat 110 – 111 )
- Surah al-Mu’minun ( ayat 115 – 118 )
- Surah al-Shaffat ( ayat 1 – 11 )
- Surah al-Rahman ( ayat 33 – 40 )
- Surah al-Hasyr ( ayat 21 – 24 )
- Surah al-Jinn ( ayat 1 – 4 )
- Surah al-Kafirun ( ayat 1 – 6 )
- Surah al-Ikhlas ( ayat 1 – 4 )
- Surah al-Falaq ( ayat 1 – 5 )
- Surah al-Nas ( ayat 1 – 6 )
Ya Allah, kau sembuhkan Ustazah Norhayati andai ada kebaikan buatnya sebagaimana Kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub `Alaihis Salam
Mohon kawan-kawan doakan ustazah saya cepat sembuh, kami masih perlukan guru.
Sakit merupakan salah satu cobaan dari Allah kepada hambanya dan semoga beliau bisa kuat menghadapinya dan semoga sakitnya lekas dapat tersembuhkan
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Telepon Secara Online
sejak kecil sy dah diajar baca manzil, sampai dah hafal, tp dah besor2 ni asik terlalai je dari membaca manzil… astaghfirullah…
semoga ustazah kembali sihat sprt sediakala…
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Temujanji dengan si gadis Palestin yang comel
ramia rasanya tak tahu ayat-ayat manzil ni..
Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013
Pertama kali baru tahu tentang Manzil. terima kasih dengan info ini.
Jom terjah post menarik dari Een ..Pada 2012 Saya Belajar Beberapa Perkara Penting Dalam Perniagaan
Rasulullah SAW dah tujuk macam-macam pada kita tapi selalu je kita lalai ikut sedap kita .. tu belum lagi amalan doa pagi dan petang punyalah banyak kelebihannya.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Social Media Awards 2013 pengundian bermula
hemm..banyak gak adpat belajar dari artikel ni..
Jom terjah post menarik dari titan ..Manipulasi dalam sesebuah Contest
semoga ustazah tu kembali sihat seperti biasa…amin…
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Sebelum dan Selepas
Terima kasih perkongsian ini. Semoga ustazah selamat dan yang lain dapat berkat.
Jom terjah post menarik dari faizal ..Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau Merana
moga Ustazah Norhayati diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus mengharungi liku2 kehidupan ini.. amin
Jom terjah post menarik dari fariq ..Demba Ba Rasmi Menjadi Pemain Chelsea
semoga Ustazah Norhayati cepat sembuh dan terima kasih kerana berkongsi ilmu…
Jom terjah post menarik dari lady gamer ..Final Fantasy: A Short History
Semoga ustazah norhayati disembuhkan Allah dan kembali cergas dan kuat menyumbang ilmu…ameen
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Edisi Ringkas Ambil Kesempatan 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012
Sedih mendengar guru yang mengajar didalam kesihatan yang tidak mengizinkan.
ayat manzil ayat yang hebat ! terima kasih kerana berkongsi kak kujie 🙂
Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Rebat RM200 Untuk Semua Smartphone
Semoga Allah menyembuhkan Ustazah Norhayati amin……..
Jom terjah post menarik dari azman ..Mengaji Quran Dulu Dan Kini
semoga ustazah kak jie cepat sembuh. saya ambil ye surah manzil tuh utk amalan sendiri.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Mencarum KWSP di Kaunter BSN
kat buku kecil yang ada yassin, tahlil kadang² ada ayat² Manzil ni
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Manzil
Ya Allah berikanlah kemudahan ke atas ustazah norhayati dan para muridnya!
ameennnn
Jom terjah post menarik dari maza ..Cara Berjimak Menurut Islam
Antara lain kelebihan ayat2 Al Quran yang diturunkan adalah sebagai penyembuh penyakit kecuali mati..
mudah mudahan Allah melimpahkan rahmatNYA kepada ustazah Norhayati..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Minggu pertama persekolahan
tq sebab kongsi ayat2 manzil itu
boleh buat rujukan
dan doa semoga ustazah sembuh kembali
Jom terjah post menarik dari irfa ..Mulakan Hari
cuba cari dalam buku kecil yang ada surah yassin & tahlil tu, kebanyakkannya ada ayat² Manzil ni…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Manzil
ammin…semoga ustazah lekas sembuh.
Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Hari Pertama Di Tadika
Syafahallah. Semoga cepat sembuh…
Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Hasrat Anak Untuk Memggembirakan Ibu Dan Ayah