Bersih Di Sungai Kedondong
Percutian

Bersih Di Sungai Kedondong

Lokasi : Sungai Kedondong, Batang Kali

Paling mudah untuk ke sini adalah melalui Jalan Batang Kali – Genting. Selepas Kampung Orang Asli Songkok, jumpa jambatan yang merentangi sungai. Lokasinya hanya ditepi jalan utama sebelum  sampai ke Cable Car Genting.

Terdapat banyak lokasi  air terjun dan tempat perkelahan menarik di sekitar Hulu Selangor yang bersih dan menyenangkan.  Antaranya Air Terjun Serendah, Kawasan Rekreasi Sg. Inki, Kalumpang, Air Terjun Sg. Sendat, Ulu Yam, Air Terjun Semangkuk , Sg Pertak, Kuala Kubu Bharu dan Santuari Ikan Kelah, Sg. Chiling

Sungai Kedondong cuma mengambil masa kurang 30 minit perjalanan dari rumah saya. Kami pergi sehelai sepinggang, lepas mandi terus balik.

Airnya memang seeeeejuk dan pastinya bersih!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Bersih Di Sungai Kedondong

  1. Asslm..Kak jie.. Nak kesana mcm ne…..? blh wat bby Q x… ingat cuti nak ke sana.. Tapi x thu jln ye.. Blh tunjuk kan plan x. Dari pekan ke sana..

  2. Awal tahun hari tu ada plan nak ke sini… Tapi niat kami terpaksa dilupakan bila ada perkara lain yang harus diutamakan… huhu , nampaknya kena tunggu lagi satu waktu lain yang sangat-sangat sesuai untuk bermandi manda bersama yang terchenta … huhu

    1. semalam pergi lagi – ramaaaaaainya orang
      suami kak jie cakap ” dia orang datang lepas baca blog awak ke?”
      hahahaha….

      bila dah balik petang tu dapat berita ada kes orang terkandas tak boleh menyeberang disebabkan air naik selepas hujan. bapa dan anak – berita terakhir yang kak jie dengar, bapanya telah dapat diselamatkan, anak masih hilang.

      inilah perkara yang perlu diberi perhatian bila mengunjungi tempat macam ni
      kena alert dgn cuaca dan cepat balik, jangan tunggu terlalu lewat petang kerana keadaan cuaca sekarang yang kerap hujan di sebelah petang.

  3. Assalamualaikum,
    Besttttt nye terjun terjun, lompat2 tenggelam berenang dlm air sejuk dan jernih macam tu. Musim panas skrg ni…sangat sesuai terjun tiruk ni 😉

  4. wah best ni.. maza tak tau lak kawasan ini..

    selalunya pergi ke Ulu Yam dan Sg. Congkak…

    mau terjah jugalah.. dan promosi Selangor negeri lestari! hehehehe

    1. ada buaian tu macam tarzan, kan… hehe
      tempat ni dekat dengan jalan utama, tak perlu meredah denai dan bukit
      suasana mcm hutan tebal

  5. Owhh cantiknya….asyik mandi air terjun kat Langat jer ..macam dah boring kan…nak lah gi sana nanti…

    bulan lepas gi Batang Kali sebab beli basikal kat sana….boleh tahan juga jauhnya dari Bangi….

    ada chalet atau tempat berkhemah ke di sini….boleh cadangkan kat sekolah anak2 bila nak buat Kem Ibadah cuti sekolah nanti….

  6. ada buaian akar kayu tu yang best tu! whoa! dah lupa la bila last sekali saya mandi manda kat msia mcm ni hehe 🙂

    1. kalau pergi Batang Kali – ikut arah nak ke Genting
      memang dekat2 situ je…. kawasan fresh ni
      tak tercemar :p

    1. ada banyak bahagian….ada juga yg sesuai utk anak2
      tapi kebanyakkan tempat berbatu dan air deras

      yang pasti – sangat sejuk..maklum air di kaki Genting

Comments are closed.