Pengalaman Potong Kaki Kucing
Kucing

Pengalaman Potong Kaki Kucing

Ingat Alice? Kucing terbiar yang saya jumpa dan bawa balik pada bulan Ogos 2014.

kucing-comel;

Hari pertama Alice di rumah, kepala besar dan badan yang kurus.  Umur Alice waktu ini dijangka 2 bulan setengah.

kucing kudung2014-09-23 18.46.57-1

Waktu ditemui, kaki kanan Alice memang kudung seperti ini.  Dah mula sihat dan gebu.  Alice membesar dengan baik dan mendapat suntikkan vaksin  mengikut jadual.

kucing kudungaliceku

Kaki Alice tergantung-gantung apabila dia berjalan atau berlari.

 

kucing kudungIMG_20141220_171359

Semakin Alice membesar, makin gemok dan kaki kanan yang kudung makin membengkok ke atas dan kerap tersangkut di langsir atau perabut di dalam rumah. Alice juga kerap menjerit apabila rasa terancam walau pun tiada sesiapa cuba memegang kakinya. Mungkin tauma dengan kesakitan yang dialami.

Walau pun umur Alice mencecah 7 bulan, kakinya masih lambat untuk sembuh.  Masih berdarah apabila terlanggar sesuatu atau terseret waktu dia berlari atau berjalan.

kucing kudungIMG_20150103_155337

Atas nasihat doktor, saya membuat keputusan untuk memotong terus kaki yang tergantung tersebut lebih pendek hingga ke paras paha.  Alice telah jalani pembedahan pada pagi 01/01/2015.

Pengalaman membawa Alice balik selepas pembedahan dan melihat Alice dalam proses sedarkan diri dari bius bukanlah satu pengalaman manis.  Saya tak tahu apa yang patut dilakukan untuk menenangkan diri.  Kucing yang baru sedar dari bius akan tertonggeng tersungkut tidak dapat bangun untuk menstabilkan diri. Dia mula bising-bising kerana rasa terganggu dengan keadaan yang tidak normal.  Waktu ini penglihatan kucing masih kabur dan pandangannya terbalik.

Alice bangun , tersungkut, bangun lagi tersungkur lagi dengan bunyi bising.  Kita kena tutup sangkar dan letakkan di tempat yang jauh dari kebisingan supaya kucing tersebut lebih tenang dan kembali stabil.

Esok pagi hari kedua, Alice dah pulih tetapi dia masih bising apabila didekati terutama oleh kucing yang lain.  Dia mungkin rasa terancam.

Selepas 3 hari, nampaknya Alice lebih selesa dengan ‘penampilan’ barunya.  Moga Alice cepat sembuh walaupun Alice sangat susah diberikan ubat antibiotik.

instagram kucing

Followlah Alice , Abang Melati dan Adik Carrot di Instagram – kujiecats

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Pengalaman Potong Kaki Kucing

  1. Kesian alice tu.

    saya baru je kematian seekor kucing dalam keadaan sadis 🙁

    Dalam masa yang singkat tekaknye membengkak sampai susah nak bernafas, masa tu malam jad tkde vet berdekatan yang bukak.

    Buntu tkleh buat apa-apa, bengkak tu makin teruk sampai dia tak boleh bernafas dan mati kelemasan di tangan saya.

    Sedih tak terperi
    Jom terjah post menarik dari aqmalfaiz ..Peluang simpan duit kerana minyak turun hargaMy Profile

    1. sebenarnya kucing tak ada masalah berkaki tiga, cuma kita rasa kesian nak potong benda yang ada. Tapi demi utk kebaikan dia membesar, terpaksa buat keputusan.

    1. Hari pertama bawa Alice balik memang rasa macam tak sanggup nak jenguk dia..sebab tiap kali kita dekat dengan case , dia akan bising seolah-olah marah

      Hari ni hari ke -4, dia boleh keluar cage dan gerak dengan selesa di dalam rumah. masuk tiap bilik dan beraksi manja bila diusap. Cuma nak kena perati sebab si adik Melati yang super aktif ni dok mengejar nak ajak main.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenali Empangan Kenyir 2 Hulu Terengganu- Empangan Puah & Empangan Sungai TembatMy Profile

Comments are closed.