Julie Menjadi Ibu Tumpang  Susukan Anak Kucing Lain
Kucing

Julie Menjadi Ibu Tumpang Susukan Anak Kucing Lain

Pagi tadi terdengar bunyi riuh suara jiran di luar pagar rumah. Bila dijengok, saya dah boleh agak mesti disebabkan monyet.

Sebulan lebih, kawasan kami ada seekor monyet yang suka menculik anak-anak kucing. Mungkin kerana keseorangan kesepian, monyet inginkan teman.

Jiran saya mengejar monyet untuk dapatkan semula anak kucing yang baru saja diculik dari dalam cage di rumahnya. Selepas lebih kurang 10 minit dikepung bersama anak-anak saya, dari atas bumbung rumah akhirnya monyet memanjang pokok lebih tinggi dan tertinggal anak kucing di bawah.

Selamatlah anak kucing tersebut.

monyetGambar minggu lepas sewaktu kejadian perculikan berlaku

Bila saya beritahu monyet tersebut pernah menculik 2 ekor anak kucing dari rumah kami, jiran beritahu ada seekor anak kucing yang ditinggalkan oleh sang monyet apabila dia menculik anak kucing yang baru di rumahnya.

julie2014-03-23 10.19.09

Tetapi, ini bukan anak kucing yang hilang dari rumah kami. Ini kucing lain. Saya letakkan di perut Julie dan sayunya melihat Julie menjilat tanda menerima anak kucing tersebut.

julie2014-03-23 10.51.27

Mungkin sebab dikendong di bawa ke sana sini oleh monyet, anak kucing ini agak tegang leher dan badannya.  Terpaksa saya bantu dengan memegang kepalanya di puting susu Julie.

Anak Julie dah berumur 16 hari.  Pada asalnya Julie lahirkan 2 ekor anak tetapi anak yang bongsu tidak dapat bertahan lama.  Meninggal pada hari ke 14.  Sekarang Julie mendapat 3 ekor anak semula walaupun hanya menjadi ibu susan untuk anak kucing lain.

julie2014-03-23 10.52.25

Julie menjadi ibu tumpang atau ibu susuan kepada seekor anak kucing yang baru diselamatkan.  Good Mummy Julie!

Bila tengok Julie memeluk dan menjilat anak kucing baru ni, teringat kisah Yīn & Yáng

Baca kisah mereka penyelamatan Yīn & Yáng di sini Mohon Tolong Yīn & Yáng

Nota :  Nama panjang Julie adalah Julie Remie dan anak-anak Julie belum didaftarkan nama

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

16 thoughts on “Julie Menjadi Ibu Tumpang Susukan Anak Kucing Lain

  1. Good mummylah julie.

    Hilang anak seekor..dpt gnti anak susuan..anak susuanpun…dah kire anak2 sendiri..adik beradik gakkan dgn 2 ekor lg yg tak didaftarkan namanya…

    hehe..jgn lmbt sgt dftr…nnti kena denda…hehehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Kehilangan MH370 Ketentuan IlahiMy Profile

  2. Salam .. nak tanya kucing akak nak tak me yusukan baby cat lagi ?? Sy ada 3 ekor baby cat yg tak ada ibu . Nk bg susu botol tp masa tak mengizinkan .
    Boleh tak nak tumpang susu smpai baby cat lepas tempoh mnyusu ?? Minta tolong sangat . Akak contact sy balik . 0133794603 -maya-

  3. kat rumah banyak kera.. xde lah pulak kes culik anak kucing kat rumah sy di sini.. hehe

    buah rambutan je selalu kena culik 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nazifa ..Di Mana MH370?My Profile

    1. Monyet tu hanya seekor… terpisah dgn grup dia atau ada pemilik.. mhkn dia keseorangan tak ada kawan nak cari kutu… hihi

Comments are closed.