Beemo Kucing Kudung
Kucing

Beemo Kucing Kudung

Dua minggu lepas, saya ternampak satu post dalam grup kucing mengenai seekor anak kucing yang dijumpa cedera teruk di kaki. Kucing malang ini dijumpai oleh seorang pemuda dan membawanya ke klinik tetapi dia tidak dapat menjaga anak kucing tersebut kerana dia tinggal bujang. Kucing yang cedera di kaki ini perlukan penjagaan yang lebih.

Selepas 2 jam tidak seorang pun membalas post tersebut, saya rala hati untuk mengambil tanggungjawap untuk menjaga anak kucing ini. Petang hari yang sama, saya ke Rawang untuk mengambil si kecil malang ini.

kucing kaki kudungbeemo kucing
Inilah rupa kaki kucing tersebut.  Menurut pemuda baik hati yang menemui anak kucing di kawasan tempat dia bekerja, kakinya telah hilang, luka yang berulat dan berbau busuk.  Dia telah membawa anak kucing ini ke klinik haiwan kerajaan untuk rawatan awal tetapi dinasihatkan ke klinik swasta untuk operation memotong kaki yang rosak teruk.

Selepas mengambil anak kucing ini, saya terus buat panggilan ke klinik untuk menghantar kuicng ini  ke sana.  Terus memandu dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu.

kucing kaki kudungbeemo

Selepas 2 malam, saya bawa dia balik ke rumah.  Kurus kering dan berbau busuk.  Umurnya lebih kurang 3 bulan dan ia seekor kucing jantan.

Beberapa perkara penting menjaga kucing kudung ( cedera di kaki )

  • Pakaikan E-collar supaya dia tidak menjilat ubat yang disapu pada luka atau dia mengigit dan mencabut benang jahitan.
  • Tutup sangkar dengan kelambu, saya gunakan langsir lama supaya tidak dihinggap lalat.  Lalat yang bertelur di luka akan menyebabkan luka tersebut berulat.
  • Gantikan pasir untuk kucing berak dan kencing dengan kertas yang dicarik-carik kerana pasir akan mudah melekat pada luka tersebut.

kucing kaki kudungkucing kudung beemo

Sebenarnya, kucing mudah menyesuaikan diri dengan keadaan dirinya. Si kecil ini mengambil masa beberapa hari sahaja untuk stabil berjalan dan berlari.

kucing kaki kudungbmo

Selepas 2 minggu, inilah kucing kudung tersebut yang telah diberi nama “BMO” yang sebutannya “Beemo”.  Bulu yang dicukur sekitar tempat pemotongan kaki telah mulai tumbuh dan lukanya  makin kering.  InsyaAllah, dalam seminggu lagi elok sepenuhnya.

kucing kaki kudungkucing kudung kaki

Selain Melati dan Carrot, saya sekarang mempunyai dua ekor kucing kudung – Alice dan Beemo. Kedua-duanya tidak mempunyai kaki kanan! Boleh follow kisah kucing-kucing saya di akaun Instagram kucing saya di sini – kujiecats

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Beemo Kucing Kudung

  1. bagi saya,kucing ada satu naluri yg istimewa.kalau kita x suka dia,mesti dia x nak manja2 dgn kita.kalau kita selalu bagi dia makan walaupun kita x,mesti dia akan mendoakan kita.apatah lagi tolong kucing time dia sakit.
    Jom terjah post menarik dari kie ..Jadual Peperiksaan MUET 2015My Profile

    1. berkongsi berdasarkan pengalaman…tapi ada juga yang tak sesuai dgn kucing lain…pemilik kucing kena pandai pandailah cari tips yang sesuai mengikut personaliti kucing masing masing
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Mohon Visa Ke ChinaMy Profile

    1. anak anak yang bagi nama….sebenarnya tiap kucing ada nama panjang

      macam Carrot, nama panjang dia Carrot Caroline berdasarkan watak The Vampire Diaries. Masa dapat dia tengok hot dok tengok drama tu.

      Alice – Alice Elisa…embah yang bagi nama Elisa tu

      Dulu ada nama Julie Remie, Camo Orenovich Remie, Natalia Orenovna Remie ,
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Mohon Visa Ke ChinaMy Profile

  2. alololo comelnye..kesian dia..semoga pertolongan kak kujie mendapat balasan yang berganda dari Allah..mesti BMO bersyukur sangat dikurniakan penjaga yang baik..saya ada mengambil kucing terbiar juga..tetapi tidaklah kudung..sempurna sangat..cuma tuannya biarkan dia di klinik vet dan tidak dituntut..dah 6 tahun saya jaga..memang dia sangat bersyukur, dia punya setia pada saya dan suami lain macam..dia sayangkan anak2 saya sejak diorang lahir lagi..
    Jom terjah post menarik dari zara ..Cara Mengatasi Sembelit Bayi Yang Teruk Dengan UrutanMy Profile

  3. Admin mesti seorang pencinta kucing …
    Semoga admin dapat masuk syurga kerana buat baik pada ciptaan Allah,,
    admin ni Abu Hurairah zaman milenia ni..
    GOODJOB…!!!

  4. Ya Allah..Siannya..Saya pun peminat kucing..Dekat kawasan rumah kedai perumahan saya ada kedai yg akan memukul kucing2 yg datang ke kedai makan..Malah ada yg kena siram dengan Air Panas..Dulu masa sekolah saya selalu bawa balik kucing2 tu..Tapi sekarang dah pindah cuma ada beberapa ekor yg tinggal..Tak bertambah dah kucing saya..

Comments are closed.