Rampasan Produk Pemutihan Muka
Isu Semasa

Rampasan Produk Pemutihan Muka

Saya pernah menulis mengenai topik iklan yang sering merendahkan martabat wanita . Perempuan digambarkan sebagai makhluk yang sentiasa risau dirinya tidak memikat atau tidak tampil menawan, tidak presentable atau acceptable. Untuk dapat diterima, wanita perlu physically presentable. Perempuan sering menjadi sumber inspirasi, termasuk dalam melahirkan sebuah produk.

Melalui iklan, individu didefinisikan, dibentuk, diciptakan, iaitu perempuan cantik adalah yang berkulit putih dan lelaki normal adalah yang menyukai perempuan berkulit putih.

Akibatnya perempuan yang tidak berkulit putih kehilangan kepercayaan atas tubuhnya dan kehilangan identiti karektor tubuhnya sendiri. Mereka menjadi obsesi dan memaksakan diri dengan berbagai usaha sehingga membahayakan diri sendiri.

Antara iklan yang paling kerap mencuri mata wanita di kaca televisyen, dada akhbar atau majalah adalah produk pemutihan wajah. Hidup wanita hari ini seolah-olah tidak lengkap jika tidak disapukan berbagai jenis krim pemutihan.

Banyak kes produk yang dipasarkan mengandungi dikesan mengandungi racun berjadual- Tretinoin. Produk kosmetik yang mengandungi “retinoin” tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan kulit menjadi hipersensitif.

Antara kes terbaru membabitkan serbuan penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan ke atas dua buah syarikat yang memasarkan produk yang disasarkan kepada wanita yang bercita-cita untuk menjadi putih, menawan dan cuba ‘merubah’ menjadi lebih ‘cantik’.

Kes pertama membabitkan rampasan produk

  1. Natasya Krim Herba Gold ( dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.)
  2. Natasya Krim Herba (dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.)

Kes kedua membabitkan jenama De’Putih yang sebenarnya adalah produk yang diimport terus dari Filipina. De’Putih Night Cream dikesan mengandungi tretinoin. Selain mempunyai logo halal (yang tidak diiktiraf), tetapi dikilangkan di Filipina, produk De’Putih ini juga mengandungi cetyl alcohol.

Dua lagi produk ialah:

  1. Krim Malam Misha – dikesan mengandungi hydroquinone 7-65 % w/w dan tretinoin
  2. Di dalam Set Produk Shadira:
    – krim tidak berlabel – dikesan mengandungi hydroquinone 5-1 % w/w dan tretinoin
    – krim berlabel Pearl – dikesan mengandungi hydroquinone 5-72 % w/w dan tretinoin

NOTA :

HYDROQUINONE – sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin bagi menghasilkan kulit kelihatan cerah dan semakin putih.

Hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, ‘herbicides’ , pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dyes’.

Sumber berita dan gambar : ondscene.blogspot.com

Kepada kawan-kawan, jangan kecewa…saya ingin kenalkan satu produk yang sangat berkesan dan tiada kesan-kesan terlampau pada kulit muka . Proses pemakaian masih sama – gunakan jari untuk touch up!



kredit gambar : 9gag.com

©kujie – pakai bedak sejuk

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Rampasan Produk Pemutihan Muka

  1. org putih pun nk kulit mcm kita..kita pulak sibuk nk putih.kn lg bgs jaga kulit tu supaya sehat drpd pentingkn nk putih je..klu kulit sehat..nmpk flawless sesgt walupn x putih.

  2. alhamdulillah…kita jg kene menjaga pemberian ALLAH kpd kita.jgn kita abaikannya,,semasa bayi kita dberi kulit yg licin,halus dan gebu tetapi knp skrg kulit kita jerawat,jeragat,kudis dan mcm2 lg lain la jika kita mengubah hidung,mata,bibir dll.renung2kan lah

  3. salam,kalau lh sape2 thu produk tu elok ke x tolong lah balas..sbb sy nk tahu..tq.. 😀 😥

  4. 🙄 sye nk tnye,sy pon nk mencerah kn muka..sy nk guna produk natasya repairing and lightening crean yg baru keluar tu..x de kimia ke yg tu??umur sy 15 tahun…

  5. abis sekarang ko pakai produk apa.dah berhenti kew guna natasya.q pn guna,ni nyesal sangat,skarg dah tak tau nak pakai apa

  6. betol2 jangan pernah pakai product natasya…syepon tgh cadang nk berenti pakai natasya sbb dia mmgandungi bahan hydrokinoun yg amt tgggi 75%…bila tinggal muka akan naik bintik merah mcm ruam,bnayk pulak tu…dlu mse sy ambik natasya ni sy x tahu yg product berbahaya mase tu sy budak lg.sy dah guna semenjak 2007,smpai sekarang 2011.dulu teriut kawan nk paki natsya,kluit muka mmg lincin,org pakat puji muka lincin xde sebijikpun jeragat.tp bila dah jd cm ni br nk menyesal.skrg ni muka dah mula tak sekata,merah naik bintik hitam susah nk hilang,mungkin sbb dah terlalu lama sy pakai.memang betol sangat memuaratkan.JANGAN AMBIK PRODUCT NATASYA.kalu nak cantik bek gunakan product yang berasaskkan botanical,natural tanpa bahan kimia walupun kesanye lambt…tp alami

  7. Wanita kalo pasal nak cantik kekadang terlupa seketika tentang kandungan bedak2 pemutih ni..bukan tak sedar tapi pepura tak sedar..benda remeh mcm ni memang selalu dipandang enteng…ingatan untuk diri sendiri 😀
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Kanak-kanak Buta Sebab BisulMy Profile

  8. kalau aku skrg pakai produk almaz…kulit licin sangat…kulit berminyak pun,dah berganti lembut macam baby…i suka sgt produk nie….moga2 aja takda bahan terlarang didalamnya…..

  9. saya sekarang dah masuk 6 tahun memakai natasya krim malam tu dgn sabunnya..mula-mula saya pakai untuk hilangkan jerawat,alhamdulillah hilang, tapi lama-kelamaan kulit muka saya jadi merah dan x boleh tinggal..

  10. hai… sy nk bg nasihat… jgn gunakan produk natasya… dulu sy gunakan produk selama 4 tahun. Mula2 pakai elok. pastu naik jerawat. sy skg menderita dgn masalah yg kronik. dah buntu.

    1. Betul tu.setahun sy pkai natasya pastu jerawat kuar besar2..muke jd hodoh..arrgghhh

  11. i pernah pakai produk felisa untuk peeling tu, mmg muke sampai skrg hypersensitif. sangat2. xboleh memandai pakai
    produk sebarangan dah sekarang, sume nak kene LESS chemical. pastu kalau make up, mesti jerawat naik. sedih sgt.
    menyesal sgt pakai felisa tu 😥

  12. akak ~ kalau krim pemutih super special sp bahaye takk .tlongg search kndungan dye .bhaye ke tak .sbb kesan dye mmg nmpk sgt .dlm 7 harii daa nmpkk cerahh .memangg brksanlhh.cme sye risauu laa jgk .tp stkt ni xde lg side effect .. 😥 tkutt je ni..

  13. 😉 ..sy pernah pakai natasya…mmg xelok…kalau stop…worse than before!!

    bedak bunga tanjung tu best!! sy pakai gak..skrub badan n muka…rasa licin n bersih je kulit….bau pn ok..:)

  14. Sepatutnya, kerajaan kena lebih peka dgn perkara ini,
    semua produk perlu la di uji sebelum di pasarkan…
    ujian produk ini bukan sekadar sekali dlm tempoh 5 tahun, tpi buat setiap 3 bulan atau 6 bulan sekali. Syarikat hanya tahu keuntungan sahaja tpi yg merana pengguna la…
    Bagi produk yg didapati melanggar akta tersebut, serta merta mengharamkan pengeluaran produk itu. Paparkan kepada media kesalahan syarikat berikut

  15. Mak nurul tanam pokok pisang dengan lidah buaya…Selalu tenyeh kat muka guna kulit pisang dengan gel lidah buaya ni…malam2 letak madu kat bibir…ni lah hasilnya….lihat wajahku…=) tak pernah make up pun…tak pandai + lambat pergi ofis…ngeh3…maaf tiada blog…bertandang blog orang je…assalamualaikum…tumpang lalu…

  16. lau nak diikutkan mmg byk sgt produk camni.. sbgai pengguna perlu bijak memilih, dan jgn terlalu taksub atau mudah percaya terhadap produk2 sebegini. silap hari bulan, muka kita jadi mangsa..
    ** pakai bedak sejuk bahaya gak kak jie, tkut malam2 suami terjaga, terkejut tgk hantu putih kat sebelah.. ehheeee

  17. semua wanita nak putih ker? saya pula rasa tak nak pakai pencuci muka yg boleh memutih lagi sbb rasa dah cukup putih (bkn niat membangga diri tau kak kujie)..

    Tapi krim photoshop tu jual kat mana yer?? hehehe
    .-= Post terbaru aarin ..hotlink.. kamu dimana yer? =-.

  18. kak jie..saya pernah pakai product natasya ni…ehmm..patutlah kulit cepat putih melepak tapi tangan hitam..

  19. BAGUS JUGA ADA YANG PEKA TENTANG KRIM PEMUTIH NI. KALAU KAT IKLAN BUKAN MAIN LAGI DIA PROMOSI KAT KITA. IKUT SEDAP DIA JE BAGI TAU SELAMAT, BERKESAN LAH. TU YANG TAK PERCAYA. PENIPU…

  20. Dari hari kehari semakin banyak produk baru di pasaran. sebagai pengguna selalunya tertarik dengan iklan-iklan di dada akhbar dan di kaca TV.

    Bukan senang nak buat pilihan yang tepat kerana tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menilai sesuatu produk. Bila dah guna terbaca pulak ada bahan terlarang.

    Macamana produk yang ada bahan terlarang boleh berada di pasaran? Kalau yang dijual secara underground tu memanglah, tapi yang dah keluar iklan besar-besaran kat TV dan akhbar tu apa cerita? Siapa yang luluskan?
    .-= Post terbaru ardzham ..CHERITARA – Kreativiti Anak Tempatan =-.

  21. saya senang aje, dalam hidup ni saya paling benci dengan krim pencerah, krim pemutih dan segala jenis krim lah yang clorox kulit kita. hakhakhak.

    rimasss la pakai, betul tak?

    saya nk promo nih, saya pakai gel aloe vera je, sejuk.. senang serap, kulit pun ringan je..

    hahahaha *gelak bangga.
    .-= Post terbaru zither ..ATTENTION PLEASE !! =-.

  22. salam kak jie.
    pelik-pelik orang kita ni.
    warna kulit kita dah cukup cantik, buat apa nak putihkan lagi.
    omputih sibuk nak gelapkan kulit hingga sanggup berjemur dan buat semburan apa tah, kita pulak terbalik.
    kat timur tengah pun sibuk dok iklan fair & lovely, wajah tak putih susah nak dapat kerja, prejudis sungguh.
    .-= Post terbaru kakchik of keluargaku sayang ..Be patience =-.

  23. semua wanita nak putih ker? saya pula rasa tak nak pakai pencuci muka yg boleh memutih lagi sbb rasa dah cukup putih (bkn niat membangga diri tau kak kujie)..

    Tapi krim photoshop tu jual kat mana yer?? hehehe
    .-= Post terbaru aarin ..hotlink.. kamu dimana yer? =-.

  24. hahahahahahha…bari ingat nak beli product yang disyorkan
    rupa-rupanya…
    tipah tertipu jua!
    .-= Post terbaru :: munira :: ..Happy Holiday! =-.

  25. Ntahlah.. dah banyak kes keluau suratkhabar pun masih ramai yg terpedaya..
    tu la penangan nak cantik …

    tak pandai berphotoshop sampai boleh ubah warna kulit tu… nak belajo.

  26. hahah.. bru nak begiat dlam penjualan barang kosmetik >.<
    befikir 2 kali nie.

  27. Produk yang terbaik yang memang terbukti berkesan ialah “Krim Photoshop”. haha..

    Saya mesti pilih!
    .-= Post terbaru myklikers ..We are alive and kicking! =-.

  28. Bersyukur dengan kurniaan Allah pasti ada keindahan disebaliknya kerana cantik itu berbeza bagi setiap lelaki.

  29. aha..nasib dah cakap awal2 lagi pada gadis idaman. dari kecik jangan amalkan makeup. jauhi gincu dan sebagainya. dan selalu cakap padanya. “saya suka wajah natural”..

  30. hahaha.. bagus nya.. krim photoshop.. tu la.. ramai orang tak pk langsung kesan krim pemutih ni.. nak putih cepat.. beli perlbagai jenis krim yang tak dapat kelulusan. silap silap.. dari putih.. jadi legammm

  31. ngerinya kalau difikirkan apa kesan akhir akibat bahan2 kimia tu semua. Saya nak kempen ni, guna bedak bunga tanjung yang beli kat mydin tu. kotak kaler ijau. tenyeh2 kuar semua karat2. serius ni!!
    buat scrub badan pon best. tapi tahan jela bau ye

  32. saya dapat senarai kosmetik yang diharamkan oleh BPFK dari email.

    Felisa Gentle Peeling Solution NOT07080210KE Tretinoin
    Krim Malam Rahsia Rimba NOT080801112K Hydroquinone
    Biocosmet Whitening Essence Cream Hydroquinone
    ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream Hydroquinone
    Magixpress Lightening Plus NOT07121009KE Hydroquinone
    A.Vant Cream NOT05022860KE Tretinoin
    Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone
    Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone & Tretinoin
    Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya Tretinoin
    Ratna Sari Whitening Night Cream Tretinoin
    ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream Hydroquinone
    Chantique – Whitening Night Cream Tretinoin
    Khazanah White Pembersih Wajah Hydroquinone
    Gloskin Krim Malam & Siang Hydroquinone
    Reena’s Astringen Lanjutan Hydroquinone
    Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk Hydroquinone
    EETYE Whitening Cream Hydroquinone
    BPFK Page 1 of 2
    http://portal.bpfk.gov.my/bpfk/main_print.cfm?menuid=75 20/Nov/09
    Senarai ini dikemaskini pada November 2009
    This webpage address http://202.144.202.76/bpfk/index.cfm?menuid=75
    6 O’Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin
    .-= Post terbaru Linarahim ..Hadiah Untuk Kamu =-.

  33. bila manusia sukakan sesuatu yang cantik kat jie..
    dua2 jantina sama jer tapi perempuan lebih ketara dieksplotasikan…
    saya tak suka laki kulit putih.. macam putera lilin.. 🙂

  34. aduhai malangnya umat Islam ditipu hidup2..
    .-= Post terbaru Syafrizal ..Ibu pejabat HPA bernilai 54 juta =-.

  35. HAAHHAHAHAHAHAHA krim photoshop T__________________________T guna mouse pun boleh! HAHAHAHAHAHAHA
    .-= Post terbaru yonna ..Hati Tisu =-.

Comments are closed.