Khabar Angin Kematian Dr Lo’ Lo’ Ghazali
Isu Semasa

Khabar Angin Kematian Dr Lo’ Lo’ Ghazali

Sepanjang hujung hari minggu – waktu bersantai bersama keluarga. Mak mertua saya datang, adik datang, adik ipar datang, kakak ipar datang, anak saudara sebelah saya sebelah suami – datang bertamu.

Minggu lepas  aktiviti kejubus, rewang dan tetamu blogger, minggu ini adik beradik saudara mara pula.

Walau tidak aktif beronline, saya sesekali masih menjenguk dan membalas beberapa mention dari kawan² di Twitter.

Entah bila, saya terpandang tweet yang di RT – Al-Fatihah, Dr Lolo Ahli Parlimen PAS Titiwangsa menghembuskan nafasnya baru sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kebetulan mak mertua saya  mengenali Dr Lo’ Lo’ Ghazali.  Saya sampaikan khabar ini kepada mak.

Lima minit kemudian saya baca tweet lagi berita yang mengatakan bahawa Dr Lo’Lo’ telah meninggal dunia adalah tidak benar.

Syukurlah saya sempat membaca tweet kedua. Kalau tidak…………..?

Twitter memang pantas menyebarkan berita tetapi bila menyentuh bab kematian, perlu berhati² untuk menyebarkannya.

Saya pun bersalah juga kerana membacakan tweet tersebut kepada emak.  Nasib baik juga mak di depan mata, boleh betulkan fakta.

Dr Lo’ Lo’ Ghazali adalah Ahli Parlimen Titiwangs sebenarnya sedang dirawat di Hospital Selayang kerana menghidap barah paru-paru.

Semoga Allah menyembuhkan beliau jika itu yang terbaik baginya.

===================================================

EDIT : 10:45 malam 17hb Julai 2011 – Innalillahi wainna ilaihiroji’uun… Dr. Lo’lo’ Bt Mohd Ghazali baru sahaja meninggal dunia… Al-Fatihah

Twitter dari Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Solat jenazah dijangka akan diadakan di di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 8 pagi 18hb Julai dan dikebumikan jam 10 pagi.

BIODATA YB. DR. LO’ LO’ DATO HJ. MOHD GHAZALI

  • Tarikh Lahir: 2 Ogos 1957
  • Tempat Lahir/ Asal: Kuala Kangsar, Perak
  • Pekerjaan: Ahli Parlimen Malaysia (P119: TITIWANGSA)

LATAR BELAKANG AKADEMIK:

  • Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly, Ipoh
  • Sekolah Raja Perempuan Taayah , Ipoh
  • Kolej Islam Klang
  • Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Pertama ( Kedoktoran)
  • Adelaide Alternative medicine & Surgery – Acupunturist

KEGIATAN DALAM PAS:

  • AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
  • Ketua Pengarah Al-Nisa’
  • Ajk Kerja Pas Pusat
  • Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.

PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA:

  • Bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang dalam Pilihanraya ke 11 (kalah)
  • Bertanding di Parlimen P119 Titiwangsa dalam Pilihanraya ke 12 (menang)

Dipetik dari http://drlolo.wordpress.com

EDIT : 11.30 pagi – Jenazah Allahyarhamah Dr Lo Lo’ Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “Khabar Angin Kematian Dr Lo’ Lo’ Ghazali

  1. al fatihah…

    arwah yg maza kenal sorg wanita besi, tokoh yg perlu dihormati.. lagipun arwah merupakan anak bekas mufti perak…

    moga roh allyarhammah di tempatkan dlm kalangan para solehin…
    Jom terjah post menarik dari maza ..Reformasi BERSIHMy Profile

  2. tu lah kak jie..semalam ptg kelas dgn dr harlina halizah siraj, inform cerita tu palsu..but last night bila tgk twitter ada berita kematian nya lagi..tunggu sampai betul2 confirm baru la berani nak inform others.. takziah buat keluarganya..semoga roh almarhumah di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Wordless Wednesday-FreeMy Profile

  3. takziah untuk keluarganya…. hari tu baca tweet akak… baru tau ni dah meninggal betul… moga-moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang terpilih di sisi Rasulullah s.a.w.. amin….
    Jom terjah post menarik dari Amni ..Letih Tapi Sangat Seronok!My Profile

  4. Salam, balas singgah tompek den. Semoga Dr dapat sembuh.. insyallah
    Jom terjah post menarik dari TedungS ..KambekMy Profile

Comments are closed.